Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, November 2

Anak Jiranku

Assalam...

Kesibukan melampaui batas termasuk kekusutan yang masih belum terurai sampai kini. Harap-harap ada sinar yang memberi semangat aku di sini.

Sejak akhir-akhir ni cuaca dah rasa macam duduk di luar negara pula, mana tidaknya hampir setiap petang hujan pasti turun mencurah-curah....inilah rahmat dari Allah SWT jadi bersyukur hendaknya walaupun terkadang kain-kain aku selalu lambat kering. :p

Terasa seperti di tolak-tolak badan ini untuk berkongsi cerita anak-anak jiran sebelah rumah sekarang ni. Kalau jiran yang lama lagi teruk dari yang ada sekarang ini mungkin kerana mereka masih bujang dan belum tahu kehidupan berumah tangga.

Satu malam selepas makan malam dear keluar hisap rokok, aku pula basuh pinggan. Aku dengar dear sembang-sembang dengan anak-anak jiran rumah sebelah. Dear memang suka layan budak-budak berdua tu, seorang darjah 1 dan seorang lagi darjah 2 tapi emak ayahnya tinggalkan dirumah berdua dalam suasana hujan dan kesejukan. Opppp kalau sejuk pandai-pandai la mereka tak hidupkan kipas la kan. :)

Dear masuk bagitau derang berdua nak tumpang duduk di rumah kami sementara tunggu mak ayahnya balik kerja. Kesian yang amat aku rasa masa aku dengar ni tau. Tunggu punya tunggu tak sampai juga, lastnya dear intai kat pintu tengok pintu rumahnya tertutup rapat. Tak jadi nak datang la kot, aku ngan dear pikir mungkin derang takut mak derang marah nanti. Maknya memang garang ok, kekadang aku pun naik kesian dengar maknya bebel-bebel. Tapi kekadang aku pun terikut sama bila time marahkan Zikri. Ish....

Pernah dear cerita ayah budak-budak tu tak tegur dear selepas dear bagi anak-anak derang makanan. Itu pun cuma buah pisang, kalau nasi entah macam mana la agaknya ek?

Aku pulak pernah masa nak ambil Zikri di rumah derang, derang mengadu lapar. Aduhai...luluh hati aku ni bila dengar derang mengadu begitu. Terbayang-bayang kalau la anak-anak aku mengadu pada orang lain.... Erk! Balik rumah ambilkan biskut kering 1 mangkuk, jadi la kan dari aku tak bagi apa-apa pun. Tapi derang boleh ambil sambil buat muka lagi...ish! budak-budak ni

1 cerita lagi, kebetulan akak ipar ada buat kuih dan kami biasa la kan main hantar-hantar apa yang lebih dan minta-minta apa yang kurang. Elok je akak ipar buka pintu rumah nampak derang ni dalam rumah terdiam terus dia. Aku pun nak ketawa tapi ish....takkan la kan. Kuih sikit nanti kalau nak syer-syer susah la, Zikri pula pantang nampak piring bertutup-tutup ni. Uih...nasib baik derang cepat-cepat balik selepas main ngan Zikri dan Ashraf. Kalau tidak macam mana la aku nak cover semua kuih tu.

Hari Sabtu lepas kami keluar membeli barang-barang dapur, sampai rumah mereka sibuk main diluar rumah mereka. Aku biarkan pintu terbuka biar mudah nak masukkan barang-barang. Mulanya mereka sibuk dengan dear di luar tapi bila dear siap angkat barang mereka pun join masuk dalam rumah. Aku tak kisah la kan, siap pelawa makan jajan, kebetulan itu je jajan yang ada. Mujur Zikri tak buat perangai kalau tidak pening aku. Dari pukul 1.30ptg sampai pukul 3.00 petang! hmmmm nak kata apa? bila tanya duduk luar buat apa, mereka jawab tunggu mak cik datang ambil nak balik kampung. Aku ok lagi la, tapi sekejap-sekejap tengok kat tingkap sama ada mak ciknya dah sampai ke belum.

Paling aku tak tahan bila remote astro mereka pegang, tekan-tekan sesuka hati walaupun aku, dear dan Zikri ada menonton sama. Menukar siaran mana yang mereka mahu dan gunakan volume yang agak kuat pada aku sebab masa ni dear tertidur penat melayang Zikri. Kebetulan Zikri buang air besar, aku bersihkan tapi bila aku keluar dari bilik air aku dengar makin kuat volume tv. Ish...ni yang boleh buat orang marah.

Tengok siaran TV9, pasang kuat-kuat siap baring-baring di sofa. Aku pun apa lagi, slowkan dengan remote TV dah alang-alang mereka tak lepaskan remote astro kan. Masih tak faham yang aku ngan dear nak juga berehat-rehat, main dengan anak-anak. Last sekali aku buat-buat tidur bila aku bagi Zikri susu dan susukan Ashraf. Ha......yang ni baru berkesan tapi makan masa juga la yang penting aku sabar dengan tidak tinggikan suara ataupun halau mereka keluar.
Terbayang-bayang sampai sekarang macam mana la aku nanti eh kalau masih bekerja bila anakku bila aku masih kerja. Malas nak fikir sebab itu aku dah letakkan satu keputusan nak resign dan duduk rumah bila Zikri mula sekolah. Lebih mudah aku hantar, ambil dan siapkan semua keperluan sama macam apa yang emak aku buat pada aku dulu. Tapi cara mereka berdua agak melampau, kalau alasan sebab nak tunggu mak cik sekalipun apa salahnya tunggu di rumah saja. Nanti mak cik dah sampai keluar la...TV9 boleh tengok di rumah sendiri, mengapa perlu tengok di rumah jiran? huh! tekanan sekejap aku petang tu. Dear? hmmmm kesian budak-budak tu, dah la mak ayah sibuk cari duit.

Moralnya tolong la jangan tinggalkan anak-anak sendirian di rumah, takut apa-apa hal jiran pula yang susah.

2 comments:

Yaati Nor said...

kesian2 kesian2..mak apak sibuk anak terabai..

Azian & Zaini said...

tu la kan, sibuk cari duit...anak2 jadi mangsa