Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, December 13

Kenduri Khatan

Assalam…


Salam hari Selasa semua, hihi…setelah 3 hari berpenat lelah di rumah kakak ipar akhirnya selesai juga majlis yang begitu meriah. Maunya tak meriah, dah macam majlis perkahwinan pun ada juga cuma tak ada pengantin dan pelamin je.

Aku mula tidur di rumah akak ipar dari hari Jumaat lagi, balik kerja ambil Ashraf ambil baju-baju dan gerak pergi sana. Amar pantang jumpa, Nampak macam kerinduan sangat…kesian pun ada aku tengok. Tapi layankan aja sampai sakit pinggang aku asyik dukung-dukung anak yang seorang ni.

Majlis bermula pagi Sabtu, sembelih kambing akikah dan juga majlis berkhatan. Kedua-duanya dijadualkan bermula pukul 7 pagi. Tapi biasa saja lah kan manusia mana ada yang mampu berpegang pada janji jadi majlis bermula hampir pukul 10 pagi. Paling kasihan dengan dear, malam sabtu terpaksa tolong kawan buat kerja sampai ke subuh. Ini tuntutan kerja nak tolak pun susah kan.

Petang sabtu tak ada apa-apa acara kecuali kami semua sibuk membuat persiapan untuk pembukaan majlis malam nanti. Ada acara potong kek untuk menyambut hari lahir anak adik ipar aku. (eh…aku tak pernah excited nak buat acara potong-potong kek untuk Amar….kesian dia kan tapi dia bukan faham pun, insyaallah ada rezeki nanti bila dia dah besar aku pasti akan buat). Tapi acara potong kek ni Amar dan Ashraf dah tidur pasal lambat sangat nak tunggu acara ini bermula. Ahaks!

Pagi Ahad sibuk siapkan anak-anak dulu, siap anak-anak aku pula mandi. Senang mandi awal nanti lewat berebut-rebut nak masuk bilik air. Maunya beratur panjang kat luar bilik air yang cuma ada 2 bilik air sahaja. Aku bukannya sibuk buat kerja tapi sibuk layan anak-anak, tinggalkan sekejap-sekejap je nak tinggal lama payah sikit. Maklum saja ada karaoke, nak tidur malam pun bising..Ashraf pula asyik terkejut saje bila orang asyik buka pintu. Kami tidur atas tikar…bantal ada bawa dari rumah. Mujur bawa tilam Ashraf kalau tidak Asraf terpaksa tidur atas tikar juga. Terlupa nak bawa toto sendiri jadi relakan juga tidur di tikar 2 malam. Harap-harap tak ada apa-apa masalah dan kesan. Bukan tak ada tilam, tapi tuan rumah sibuk dengan kerja-kerja kenduri jadi dia tak ambil tahu masalah kami. Hmmm anak-anaknya pun masih kecil jadi tak nak la kami menambahkan kerisauan tuan rumah lagi.(tapi kalau mak aku punya stail, bila nak buat kenduri mak akan kemaskan tilam, toto, bantal dan selimut. Pastinya bila ada sedara mara datang mahu tumpang tidur dirumah. Tinggal ambil dan guna sahaja).

Menu paling menarik ialah sup kambing! Huh aku dapat rasa semangkuk 3 ketul tulang rusuk kambing. Itu pun bila nampak dear tengah ‘layan’ aku pun minta sekali. Hehe… memang laris ok, mungkin sebab daging segar kot. Kiranya seekor kambing akikah tu tak cukup nak menampung jumlah tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu datang membawa rezeki dari luar dan dihidangkan dengan menu-menu yang lazat serta dihiburkan dengan karaoke nyanyian kakak ipar, adik ipar dan juga anak buah. (Paling tak best tempat karaoke dekat sangat dengan rumah dan bilik tidur kami. Sabar je la kan).

p/s: gambar tiada ditangan, kamera dipinjam oleh pihak tuan rumah…aku pula tak ada masa nak pegang hp sambil pegang Ashraf.

Saturday, December 10

Buaian

Assalam...

Bekerja kala di hujung minggu, tak apa cuma setengah hari saja kan bukannya lama. Tinggalkan anak-anak dengan keramaian orang yang ada di rumah "mak ngah" begitu mudah sekali. Tidak ada tangisan sendu mahu mengikut jejak aku ke pejabat. hehe....

Ok, hasilnya malam tadi totally tidak boleh tidur. Berada di tempat baru pun ye atau gangguan oleh anak-anak kerana tidak boleh tidur bila setiap kali pintu bilik akan di buka dan di tutup. Uh...nak buat macam mana tak kan aku nak kunci pintu bilik. Tidur di rumah orang lain jadi sabar saja dan tunggu sampai pagi. :)

Apa yang aku perhatikan malam tadi masa aku keluar buatkan Amar susu, nampak 2 orang anak buah tidur dalam buaian walaupun di malam hari. Persoalannya sekarang "bagus ke?"

Siapa aku nak menjawab, kalau anda tahu apa kesan sila kongsikan bersama. Mungkin di kemudian hari akan aku tegur dan nasihatkan kakak dan adik ipar aku nanti berkenaan kesan yang tidak baik.

Syukur, Amar sejak lahir memang tidur buai tambah-tambah sejak aku naik kerja dan nenek menjaganya. Tak mengapa tapi aku hadkan untuk siang hari sahaja. Malam hari perlu tidur di tilam dan dapat bergolek-golek sesuka hati. :)

Tapi semasa aku mengandung 9 ke 10 bulan Amar suka tidur dalam buai dan akan kami angkat setelah lena. Ehm... aku tak ajar tapi ini ayahnya yang ajar sampaikan terkadang sampai pagi dia akan tidur dalam buai. Kesian pun ada.

Ini berlarutan sehingga aku bersalin dan sampai selepas pantang. Bila duduk rumah sendiri berempat aku mula aturkan cara aku sendiri, lebih suka Amar tidur di tilam dari pada sibuk membuainya di buaian. Sambil tidurkan Ashraf aku boleh tidurkan Amar. Alhamdulillah, walaupun awalnya agak susah tapi lama kelamaan akan menjadi kebiasaan.

Contoh macam malam tadi, buaian ada 2. 1 aku MIL aku punya 1 lagi adik ipar aku punya. Kakak ipar guna MIL punya yang bila siang Amar akan guna berkongsi dengan Ashraf. Ini tak kisah la kan kitakan keluarga, berkongsi guna apa yang boleh. Hehe... Tapi buatnya Amar nak tidur buai juga? tidak keruan aku jadinya, terpaksa usung besi buaian sendiri nampak gayanya. ehm....susah jadinya di sini.


Ini Ashraf, tidur dalam buai semasa menunggu ayahnya (Dua-dua anakku ada trompet...haru!)
 Ye tak ye jugak rasanya siang-siang ni pasti berlaku perebutan buaian eh...memang perlu bawa besi buai sendiri jawabnya kalau tidak perlu berebut-rebut nak tidurkan anak masing-masing. :p

Wednesday, December 7

Ke Klinik

Assalam…


Entry ke 3 untuk hari ini.

Wah! Sangat senangkah aku hari ini? Ehm…boleh juga la di katakan senang. Tender dah submit hari ini, jadi sementara tunggu bos bawa tender lain masuk lebih baik aku rehat-rehat seeloknya kan. (melampu punya rehat ni)

Hari isnin lepas aku ambil cuti sakit, bawa Amar ke klinik sebab demam, batuk dan selsema yang masih belum baik. Rancangan awal ke klinik pakar kanak-kanak Tan di Klang tapi bila sampai di sana klinik tutuk kerana bercuti. Tidak ada rezeki kami untuk berjumpa dengan Dr. Tan yang lemah lembut orangnya.

Kami ke Poliklinik Shaik di Kota Kemuning sahaja yang pastinya lebih dekat dengan rumah. Ramai orang sedang menunggu giliran dan hamper pukul 11.00 lebih tiba giliran kami. Aku tak mahu ambil cuti sakit awalnya tapi bila dear bising-bising sebab tekak aku perit dan hidung pun mula gatal-gatal. Sambil-sambil bagi alasan jaga anak la kan. Alhamdulillah dapat cuti dengan mudah sekali.

Malu-malu kucing dengan mamat kat sebelah mamanya.

Dah tak ramai orang berani la nak jalan-jalan

Dapat 4 jenis ubat untuk Amar dan aku pula dapat 2 jenis pil. Hmmm hasil “rembatan” kami di klinik dengan berjumlah RM 65.00. erk! Telan je la, tapi boleh claim kat pejabat kan. Cuma tahan telinga je la bila akaun bising-bising. Hehe…sabar je la.

Setakat hari ini Amar masih belum pulih sepenuhnya. Batuk masih ada, demam sudah hilang tapi selsema belum baik lagi…masih meleleh. Harap-harap cepat sembuh, pasti hujung minggu nanti akan dapat minum air sejuk. Itu yang buat aku geram sebab pastinya selsema susah nak hilang.


Musim Buah 2011

Assalam…


Syukur, hujung minggu lalu berpeluang balik kampong menjenguk mak dan hasil buah kayu dari titik peluh arwah bapa. Begitu banyak sekali buah-buahan yang ada. Rambutan, durian, manggis yang masih belum masak, langsat dan cempedak yang masih belum masak juga dan pisang yang tumbuh melata. Kata arwah dulu, biar dia tanam sekarang hasilnya nanti biar anak-anak dan cucu-cucunya rasa. Memang betul katanya dulu….namun arwah masih sempat merasa titik peluhnya menanam pokok-pokok buah-buahan. Paling tidak tapak kebun yang pasti meninggalkan kesan pahit buat kami sekeluarga masih memberikan kemanisan rasa buah-buahan yang ada.

Syukur dengan kurnia yang Allah berikan. Aku tak mampu nak bawa balik banyak tapi setakat yang termampu dan yang ada sahaja. Nak di berikan pada kawan-kawan sepejabat pun masih tidak mampu. Setakat sedekahkan, panjangkan rezeki arwah pada sedara mara terdekat sahaja. Bak kata orang tua-tua dahulukan ahli keluarga sendiri dahulu.

Hasil dari kampong kami bahagi 2 bahagian, 1 untuk aku dan 1 untuk abang aku. Mertua abang tinggal di kepong becuti di sana maka abang perlu bahagikan bahagian dia kepada 3. 1 untuknya, 1 untuk mertuanya dan 1 untuk di sedekahkan kebalai tempat dia bekerja untuk di kongsi rasa dengan kawan-kawan sebalai. (abang aku bomba di balai bomba pandan indah)

Aku pula perlu bahagikan kepada 7 bahagian. Aku, mertua, abang long, mak ngah, mak lang, mak itam dan juga mak uteh aka jiran terdekat aku. Jadi hasilnya aku Cuma dapat 4 biji buah durian, seikat rambuatan, sebiji buah cempedak dan 2 sikat pisang awak. Sudah cukup memadai untuk aku sekeluarga dan rasanya terlebih-lebih pun ada.

Pisang Awak

Durian

Rambutan

Anakku

Assalam...

Sudah masuk hari rabu, hujung minggu ada majlis di rumah kakak ipar. Alamak….mahu ambil cuti untuk jaga anak-anak dan tolong “tengok” orang lain laksanakan kerja-kerja. Ish…ini bikin susah hati bukan apa hujung-hujung tahun selalu ambil cuti tambahan pula cuti tahunan dan habis tu yang membuatkan kemalasan tahap melampau nak ambil cuti lagi. Patut ke aku kerja dan biarkan anak-anak di sana dengan mertua dan sanak saudara lain? Kejam bunyinya bukan. Ehmmmm tengok saja nanti bagaimana bila tiba masanya.

Amar sudah menjangkau usia 1 tahun 8 bulan, sejak kebelakangan ini asyik demam, selsema dan batuk. Memang pakej kan, dating 3 serangkai sekali. Belum pandai berkata-kata tapi selera memang ya ampun! Perangai pun sudah macam-macam tapi sudah faham apa yang aku katakan. Tahu bila apa kesalahan yang dia buat aku jadi marah. Hehe….paling tak tahan bila Nampak lori je sebut “ayah” mentang-mentang ayah kerja bawa lori. Ayah, mama, nak, ucuk (busuk) memang dah terus la. Tunggu yang lain pulak keluar & aku sangat-sangat tidak sabar. :p

Main jelly hasil buah tangan dari rumah pengantin.
Paling aku tak tahan Amar cepat bosan. Main bola 5 minit kemudian tinggalkan, main kereta 5 minit tinggalkan kemudian sambung main bola lagi. Ulang-ulang benda yang sama tapi berselang seli main. Kakak aku kata mungkin dia bosan main seorang diri. Tunggu adik pandai main bola ok, nanti korang meriahkan rumah kita.

Ashraf sudah boleh duduk, kata mak aku kuat juga badannya ye. Ehm mungkin hasil susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah syukur setakat ini masih mampu berikan susu ibu pada Ashraf. Susu masih seperti biasa, 20-25oz sehari di rumah mak lang. Sebelah malam memang full akan mengempeng sahaja.


Gigi Ashraf sudah mula keluar harap-harap selepas ini makin berselera makan hendaknya.

Makan belum berselera, masakkan bubur nasi kosong 2 – 4 sudu teh ke. Buatkan nestum campur susu ibu pun lebih kurang sahaja. Cuba buat puree buah pisang, kentang maupun lobak merah pun belum mendatangkan hasil. Mertua kata langsung tak sama dengan abangnya Amar yang pantang nampak nenek pegang mangkuk bubur sampai sekarang. Tapi Ashraf tak pandang langsung walaupun mula-mula tunjuk muka excited tapi yang di makan sedikit sahaja. Cuba bagi biskut bayi pun masih sama. Adakah Ashraf bukan pemakan? Cukup ke susu ibu aku sahaja? Cuma suka minum air kosong di rumah mak lang. sampai kan sudah mampu pegang botol sendiri jika minum air kosong. Aduhai anak….

Merangkak dengan laju tambahan bila mengejar mainan. Tapi selalunya Amar akan kacau bila Ashraf sedang kejar satu-satu mainan. Grrrr…mamanya pula yang naik geram. :P pantang nampak ayahnya keluar laju merangkak sibuk nak ikut. (ini kes setiap pagi sambil aku boleh bersiap-siap dalam rumah, ayah bawa mereka tengok kucing dan main buaian di rumah kakak ipar).

Di rumah kami sediakan pagar di laluan menuju dapur, maklum saja rumah kecil Amar pantang Nampak peti ais mesti saja mahu buka dan tutup. Paling tidak dia tahu pasti ada Vitagen ataupun Solivite yang mamanya belikan ada dalam peti ais. Ada pagar Amar tak boleh lepas tapi Ashraf pula ambil kesempatan. Sudah pandai berdiri di pagar dan kadang-kadang sudah berdiri di besi buaian. Wah….kerisauan melampau bila terpandangkan sekali imbas keadaan ini bila aku sedang sibuk di dapur. Mana tidak, lantai simen ok. Kalau jatuh tersungkur terkena pagar kayu, jatuh ke lantai kena lantai simen. Wo….kedua-duanya adalah bahaya.

Pendek kata ada anak rapat memang penat, mudah-mudahan Allah berikan aku kemudahan untuk menjaga 2 orang hero kecil kami sehingga mereka menjadi terbaik antara yang terbaik. Amin!