Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, February 21

Permulaan Ashraf Tahun 1

Assalamualaikum...

Mama nak imbas balik kenangan semasa Ashraf masuk darjah 1. Ye tahun ni 2 anak-anak mama di aliran sekolah rendah. Syukur walau pum Allah kurniakan rezeki anak lambat tapi mama masih dapat melihat anak-anak mama berjaya. Insyaallah.

Bulan november tahun lepas selepas tamat sesi persekolahan tahun 2017, pihak sekolah terus adakan hari orientasi dan juga ujian penilaian prestasi setiap murid. Maaf ye Ashraf, mama tak dapat tengok sebab hari yang sama pak cik (abang mama) ada kenduri doa selamat semperna pergi umrah awal bulan disember. Tak pe ayah ada temankan Ashraf. Mama tau awak dah boleh berdikari masa di sekolah. Cumanya awak tu penakut juga ada kalanya. Hehe...

Add caption

Hasil ujian tu mama langsung tak tau, masa pergi beli buku tak nampak di mana keputusan di tampal sampai lah pagi hari persekolahan 2018. Kali ni pun ayah temankan. Mama kat rumah dengan Aisyah. Ayah ambil cuti 3 hari untuk tengok-tengokkan anak-anak ye. Alhamdulillah, keputusan ujian penilaian meletakkan Ashraf di kelas pertama dan terbaik.

Syukur Ashraf ikut jejak Amar. Amar pun tahun ni masih kekal di kelas pertama. Selalu mama pesan, duduk kelas pertama tak semestinya kawan-kawan yang duduk kelas belakang tu tak pandai, ni rezeki Amar dapat kelas pertama. Ok biasanya sekolah anak-anak mama akan menyusun semula kelas pelajar mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah tahun lepas Amar dapat tempat ke 34 dari 300 lebih pelajar. Nasib baik cikgu letak kelas pertama 40 orang murid, kalau tidak mungkin Amar dah masuk kelas ke 2. Sekolah ni memang ramai muridnya, sebab banyak projek perumahan baru naik di sini. Tahun 1 tahun 2018 ni ada tambahan 2 kelas lagi, bermakna lebih 400 murid dah sekarang. Masa mama nak tau keputusan pun berdebar-debar. Tiap-tiap hari tunggu dan asyik tengok je SAPS. Syukur keputusan masih cemerlang pada mata mama.

Mama tak kisah anak-anak mama duduk kelas mana pun asalkan jangan kelas lebih 5 ke atas. Mak uteh bagitau mama pelajar kelas belakang sangat disisihkan oleh guru. Terkejut mama sebab sepatutnya guru lebihkan pelajar kelas belakang. Mungkin guru tu ada alasan tertentu.

Ashraf mula bersekolah bukan rehat sama dengan Amar. Sekolah agama berlainan tempat sebab ramai pelajar jadi ada 2 bahagian sekolah. Untuk darjah 1 dan 3 di bangunan utama jalan dalam sikit. Bagi darjah 2 di bahagian bangunan lama tepi jalan besar. Mama pun terpaksa bincang bagitau awal-awal di mana mama akan tunggu. Mujur anak-anak cepat faham dan biasa dengan cara mama.

Sekolah kebangsaan sama sekolah cuma masa rehat untuk darjah 1, 2 dan 3 tak sama. Mungkin sebab pelajar ramai kalau semua rehat sekali mesti pening mak cik yang jaga kantin tu. Macam diserang je kot mama rasa. Hehe.. minggu awal Ashraf bagitau dia malu-malu juga nak beli di kantin. Tapi perlahan-lahan belajar beli sendiri apa yang dia mahu. Syukur sekarang dah boleh beli apa yang dia nak. Siap beli aiskrim lagi masa balik sekolah agama. Kadang kala beli ayam goreng atau air koko. Aih la anak-anak, mama bukan nak sekat sangat apa yang kamu makan cuma kadang-kadang mama risau sumber air yang digunakan tu sama ada air masak atau air paip je. Sekarang ni semua tau nak ambil jalan mudah je untuk dapat untung berganda-ganda.

No comments: