Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 31

Balik Kampung 1 Minggu

Assalamualaikum...

Lama dah mama tak menulis di sini, sibuk melayan anak-anak yang tak sihat termasuk mama sendiri batuk yang agak teruk. Terkencing juga kadang tu. Entah lah ujian Allah kot.

Syukur anak-anak dah selesai menghadapi ujian pertama. Keputusan akan dapat lebih kurang 2 minggu lepas sekolah. Cuti sekolah 1 minggu yang lalu pun mama sibuk melayan kamu semua. Kita balik kampung mama dan tinggal sana 6 hari. Alhamdulillah ayah benarkan kita duduk kampung lama sikit. Cuma kasihan kan ayah yang berpenat sikit terpaksa ulang alik ambil kita. Ahad ayah balik klang, Jumaat ayah datang ambil kita semula. Ayah tak nak bawa kereta takut nanti kalau mama nak pergi mana-mana ada la kenderaan. Lagi pun ayah cakap ayah nak jimat minyak.

Duduk kampung anak-anak juga yang seronok. Apa tidaknya main dengan sepupu puas-puas. Seronok tengok dapat jumpa sepupu terus sakan bermain. Makan, mandi dan tidur kena paksa kalau tidak memang tak buat. Geram juga tapi biarkan je sebab ini masa mereka nak bergaul bersama kan. Main pasir, main tab dan main basikal....biarkan je, paling mama marah bila naik basikal pergi jauh dari kawasan rumah opah. Dah la anak-anak mama ni tak pandai sangat jalan kampung lepas tu sibuk nak kesana kemari. Ni la kesan dia bila dah ramai kan.

Duduk kampung hampir 1 minggu tak kemana pun, cuma dapat selesaikan urusan simpan duit raya anak-anak yang tertangguh sebab hujung Syawal mama dah bersalinkan Nur Aisyah. Tak berkesempatan lagi nak pergi. Memang berniat nak pergi dengan anak-anak semua biar mereka tau mama simpan semua duit tu dalam bank, mama tak guna 1 sen pun. Alhamdulillah siap mama daftarkan haji terus. Jadinya, mama dan ayah perlu konsisten mengingatkan anak-anak untuk menabung dan mama pun kena la serius juga untuk simpankan buat anak-anak mama semua.

Dapat bawa opah ke Econsave baru buka membeli keperluan dapur. Opah memang lah tak nak meminta bantuan orang sangat. Kecuali dah terdesak. Bila Pak Yang dah gerak balik Kedah opah baru bisik bagitau banyak barang dah habis. Terus ajak pergi beli. Pilih sendiri puas hati kata opah. Anak-anak dapat peluang pergi jalan-jalan. Seronoklah derang.

Paling mama tak tahan bila 2 malam Nur Aisyah tak lena tidur. Batuk agak teruk sampai mama pun tak selesa dan risau je nak tidur. Susu pun kurang bila malam. Sabar lah mama layankan je la. Mujur tidur siang lebih lama juga walaupun batuk tetap ada. Hari ke 3 mama bawa ke klinik dan alhamdulillah doktor bagitau paru-paru ok, cuma tekak je yang merah. Sebab tu susu kurang hisap. Syukur juga ayah tinggalkan kereta. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati juga. Keluar klinik terus carikan opah stok lauk untuk beberapa hari. Sebab esoknya kita nak balik rumah dah. Mama ajak ayah balik awal sebab nak kemaskan barang sekolah dan nak rehat juga bila dah 2 malam berjaga.

Alhamdulillah puas sangat mama dapat luangkan masa kat kampung. Anak-anak pun seronok, dapat main walaupun sepupu tu tinggal tak jauh pun dari rumah kami. Biar anak-anak mama kenal saudara, ini tujuan utama mama. Dapat jumpa, kenal semula mana yang dah jarang-jarang jumpa dan merapatkan hubungan juga.

Hasil balik dari kampung semestinya 2 bakul kain, huhu sabar la mama melipat dan mengemas sendirian.

No comments: