Lama tidak bercerita tentang Amar, putera sulung ku.
Hujung minggu akan berusia 2 tahun, pantas masa berlalu. Banyak perkara baru yang telah aku pelajari setiap hari. Syukur Allah berikan aku nikmat untuk menjadi seorang ibu kepada 2 orang anak lelaki setakat ini. (Mana tau rezeki akan datang dapat puteri pula).
Ehm...masih belum sempurna namun sudah boleh untuk aku fahami. Tak ada pelat mungkin sebab aku jarang-jarang sangat nak cakap pelat-pelat ni. Paling best Amar panggil mama, ayah, nenek dan sesiapa juga dengan nada suara yang lemah lembut. Ahak! macam tak sesuai dengan tubuh badan ok.
Tidur sekarang tidak lagi berbuai tinggal bagi sebotol susu dan bantal busuk bila mengantuk tidur la dia. Tapi paling aku hairan dalam kereta pergi kemana juga pasti susah nak suruh dia tidur. Walaupun balik kampung....aiseh pening aku dibuatnya.
Di Puchong, mujur masa balik Amar nak tidur itu pun dek kerana penat sangat 1hari belum tidur. |
Masih lagi berputing, pening nak berhentikan. Bila nak tidur ini benda penting yang akan dia cari, tapi bila dah tidur lena. Beberapa hari lepas ada terjumpa nyonya sorang ni bawa cucu jalan-jalan di Econsave, cucunya pun memuting tapi sudah berhenti menjelang usia 3 tahun. Ouh tak sempat nak minta petua atau rahsia dari dia. Pelan-pelan akan cuba mencari cara dan akan praktiskan kelak.
Mama suka kalau Amar tak hisap puting sepanjang masa tau. |
2 comments:
cara nak berhentikan keras hati je biar dia nangis xde puting..
ok, ini akan dibincangkan...mau persetujuan kalau aku sorang je buat payah juga
Post a Comment