Assalam...
Terkadang mulut maupun tekak teringin nak makan itu ini bila ternampak gambar dalam internet, tv, surat khabar maupun dari mana-mana flyers. Tapi ada masanya terfikir....adakah makanan itu halal walaupun nampak begitu menarik.
Masalah makanan halal memang sukar nak dihadapi ketika ini, maklum saja masa kerja terpaksa makan di luar. Boleh bungkus dari rumah tapi aduh masih belum ada kesempatan masa untuk masak-masak lagi. Tunggu bila masa anak-anak dah besar sikit baru dapat luangkan masa untuk masak-masak.
Kadang kala hujung minggu teringin makan di luar tapi kedai makan mana? ehm....fast food atau kedai yang biasanya kami pergi saja lah kami tuju. Jarang mahu mencuba kedai baru kerana tidak mahu kecewa jika makanan tidak menyelerakan.
Dengki yang amat bila tengok kawan-kawan bangsa cina maupun india boleh makan di mana-mana sahaja yang mereka mahu. Cina boleh makan makanan melayu dan india, india pun sama tapi melayu tidak boleh makan makanan cina dan india kecuali ada tanda halal.
Erk...beberapa minggu yang lepas ada terdengar Subway Malaysia pun termasuk ketegori tidak halal. Adui...yang dah masuk dalam perut aku ini macam mana la ye. Bila teringin nak makan terpaksa rancang nak buat sendiri tapi yang pasti rasanya tidak sama macam di sana! hish....
Ok lagi beberapa hari bakal menjadi surirumah sementara mencari kerja baru atau sepenuhnya jika diizinkan oleh kewangan. Ahahahhaaaaaaaaaa. Mahu masak pelbagai menu, mahu berikan Amar dan Ashraf makanan yang sihat dan paling penting adalah HALAL.
Eh! ayam dan daging pun perlu berhati-hati bila nak membeli. Kalau ayam aku suka beli di kedai runcit sebab tuan kedai ada membela ayam dan memproses sendiri untuk dijual di kedainya. Tahu dari mana hasilnya makan senang hati mahu membeli. Tapi kalau daging? adoi....
Rasa macam tak mahu ambil pusing tapi bab halal ini penting sekali bagi orang islam jadi mahu atau tidak menghadkan pilihan makanan di luar. Lebih banyak makan ikan tapi ada juga yang kata ikan yang dibela ada diberikan makanan haram.
Ya Allah, Kau lindungilah aku dan keluarga ku serta seluruh umah islam di dunia ini agar kami tidak terbuka hati mahu mengambil makanan yang haram. Berikan kami petunjuk agar kami senantiasa menjaga kebersihan dalam pemakanan.
No comments:
Post a Comment