Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, January 31

Seminggu lagi....countdown!!

Assalam...

Hari terakhir bekerja di bulan January 2013 dan bulan depan akan bercuti panjang semula. Hehe...ada lagi kurang seminggu, 4 hari je lagi untuk aku bekerja di sini. Eh....jangan terkejut, aku sekarang sudah ditukarkan ke department yang kejam....kenapa kejam? Ha....yang tu kalau nak tau kerja sini dulu la baru tahu. Buat masa ni aku tak nak ceritakan kenapa aku kata syarikat aku kerja sekarang kejam. :p

Bosan tau, bila pindah department lain. Sunyi sepi tak ada bunyi, nak sembang tak boleh...nak jalan-jalan sangat pun tak boleh. CCTV merata dah tu bos pantang nampak aku hilang. Ada je yang dia nak bagi aku buat keje.

Paling seronok dapat turun naik tangga lebih 5 kali sehari tiga tingkat bangunan. Kekadang boleh jalan pergi gudang, lagi aku suka boleh jalan jauh sikit....huhu...senaman kaki aku tiap-tiap hari. Harap-harap genap sebulan aku keje department ni boleh la turun sekilo dua. :p

Buat sementara ni aku masih belum ada tawaran kerja lagi tapi aku tetap berani dengan keputusan aku untuk duduk rumah buat sementara waktu. Memang susah tapi lagi susah bila setiap pagi bangun pagi tiada semangat mahu pergi kerja. ha..... langsung tak ada motivasi bila pagi-pagi mahu pergi kerja, kan lagi susah...

Kalau di ikutkan tak nak berenti sekarang tunggu dapat tawaran kerja lain tapi boleh tahan ke bila bos nak marah-marah sebab tak ada benda nak buat? Boleh tahan ke kene jerkah bila tersalah sikit buat kerja. Ha...memang adat kerja kan, tapi kalau staff di perlakukan macam hamba aku tak boleh tahan.

Kesian kat akak ipar, dia seronok jaga Ashraf tetiba dapat tau aku berenti lagi sedih dia kata. Tapi insyaAllah bulan depan aku akan cuba dapatkan kerja baru bukan untuk akak ipar aku tapi untuk aku juga. :)

Sentiasa berharap tempat kerja akan datang tidak lagi seperti sekarang. Terasa sangat-sangat menyesal tau kerja di sini. Sekurang-kurangnya penyesalan aku masih ada kebaikkan, mendapat banyak pengalaman beharga yang terlalu sukar untuk di cari dimana-mana.

Rehatkan Minda Dengan Anak-anak

Assalam...

Cuti Maulidur rasul lepas sempat bawa anak-anak bermain. Asyik main dalam rumah pun bosan juga.







Taman permainan ni dah nampak agak semak, tak ada orang nak jaga dah kot. Banyak ranting-ranting kayu yang ada takut anak-anak buat main atau tersandung ketika berlari.

 

Wednesday, January 30

Getuk Goreng

Assalam...

2 minggu lepas dear terlebih rajin, di tambah pula dear kerap balik rumah awal. Tahu-tahu dah sampai rumah dear sudah siap masakkan nasi dan sayur. Huhu...isteri mithalinya ni jadi tukang masak lauk utama je. :P

Kuih getuk ni memang kuih kegemaran dear, mana tidaknya MIL rajin buat sebab arwah FIL suka makan juga. Cara nak masak memang tersangat senang dan tidak ambil masa yang lama.



Bahan-bahan
Ubi kayu
Gula merah/gula melaka
Kelapa parut
Sedikit garam
(berat? agak-agak je :) )

Cara-cara
1. Rebus ubi sehingga empuk/lembut
2. Lenyekkan ubi sehingga hancur dan gaul dengan garam, gula melaka/merah dan kelapa parut.
3. Boleh di bulat-bulatkan dan makan begitu sahaja atau pun disalut dengan bancuhan tepung goreng seperti menggoreng pisang.

Mudah sangat kan, jadi bila dear beli ubi kayu aku dah pasti dear nak makan kuih getul. Hehe...tapi kuih ni tak boleh di simpan lama sebab mudah basi. Nak tahan lama aku bulat-bulatkan dan simpan dalan peti sejuk, bila mahu makan aku akan gorengkan.

Sedapnya!! ini kuih jawa kalau tak silap...hehe sebab jarang jumpa orang melayu yang tahu makan getuk kecuali ada campuran jawa. :)

Sunday, January 27

Bunga Kembang Semangkuk

Assalam...

MIL dapat pertua untuk mengurangkan batuk Amar dari jiran-jiran semasa pergi rewang di rumah jiran berdekatan rumah. Huhu...memang berkesan juga pada Amar aku tengok. Kakak ipar belikan di kedai runcit berdekatan rumah aku. Harga aku tak tau berapa sebab akak ipar tak minta bayaran pun...adik beradik/ipar duai...kami biasanya jarang minta duit ni.

Mudah je, rendamkan dalam air panas kemudian bunga ni akan kembang sepenuhnya. Ha...bila dah kembang boleh diminum. Rendam sekali dengan gula batu, kata orang gula batu pun ubat untuk kurangkan batuk. Air bila bunga dah kembang sepertu teh. Rasa pun manis-manis sebab ada gula batu. Sedap! aku pun boleh minum sama :)


Bunga kembang semangkuk

Gula batu

Bunga yang sudah kembang sepenuhnya dan bila mahu minum perlu di tapis dahulu.
Sekurang-kurangnya kita mencuba seberapa yang mampu lagipun caranya mudah kan. Sekarang aku cuba berikan lebihan bunga ni pada akak aku yang sudah hampir 2 minggu tidak hilang batuk.

Semoga Allah berikan kami semua kesembuhan seperti sedia kala. Amin!

 

Ashraf Demam

Assalam...

Baru minggu lepas Amar demam dan batuk minggu ni pula giliran Ashraf. Haihh...cuti yang ada memang untuk mereka. Hehe...mana tidaknya aku terkejut bila kakak ipar sms bagitau Ashraf demam panas yang agak panas pada dia. Dah tu pula pandai betul kata sakit kepala, pening minta di picit-picit. Hari Rabu lepas aku ambil setengah hari tapi sistem di sini tiada istilah setengah hari. Jadi cuti 1 hara jawabnya, nak minta keluar sekejap aku pula yang malas sebab memang tengah tak ada kerja dan malas sangat nak masuk office lagi kalau balik rumah.

Keluar office pukul 1.00 petang, kawan-kawan lain sibuk pergi makan. Aku balik rumah makan dahulu, kemudian baru ambil Ashraf. Tak rancang nak bawa ke klinik mana, jadi aku bagi dia makan ubat Amar je. Kalau tak ok baru bawa klinik pula. Lepak rumah MIL sekejap, tapi bila Amar nampak aku ada terus tak boleh nak lepak sebab dia sibuk nak masuk kereta. Ish...ni yang buatkan aku malas keluar sekejap. Derang pantang jumpa, pantang nampak aku atau ayahnya terus serbu. Hehe...

Sepanjang malam aku tak boleh tidur, hampir pukul 4 pagi baru dapat tidur itu pun bila aku masukkan Ashraf dalam buaian. Kembung, pening dan suhu badannya yang terlampau panas aku rasa. Bergilir-gilir dengan dear jaga Ashraf malam tu, mujur Khamis cuti kalau tidak memang mengantuk sakan masuk office pagi tu.

Nak letak alat cek suhu pun punyalah susah, asyik kata sakit je..geram betul di buatnya. Mujur pukul 4.00 pagi tu tidur juga, jadi dear berjaga pula sebab awal-awal tu aku dah berjaga. Hehe...tapi bila terjaga untuk subuh tau-tau dear dah baring di sebelah. Aih...siap ada selimut lagi. :p

Bangun solat dan terus berangan nak siap apa-apa untuk sarapan, tup-tup dear bagitau Ashraf bangun pula...mengempeng pula dan sambung tidur lagi di katil. Haih..penyudahnya dear keluar beli lauk dan sarapan. Dapatlah kami makan kuih lopes pagi tu.

Sepanjang hari Khamis Ashraf masih lagi panas badannya, setiap kali selepas mandi mesti akan menggigil kesejukkan. Walaupun mandi air suam tau, pelik juga...ye la badan tengah tak sihat. Tidur pagi agak lama, sekurang-kurangnya senang sikit aku nak masak dan buat kerja.

Masa untuk makan ubat mesti kena kepit, sangat susah mahu bagi makan ubat. Pujuk tak nak akhirnya kami kepit terus. Huhu...asalkan sihat.

Malam Jumaat badan masih panas aku cuma mampu berdoa agar pagi Jumaat suhunya dapat kurang. Syukur Allah permudahkan, suhu badan Ashraf pagi tu turun jadi aku boleh pergi kerja seperti biasa.

Semoga anak-anak mama lebih sihat akan datang, kesakitan menjadi penawar dan menghapuskan dosa-dosa kecil.:) Alhamdulillah