Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, August 27

Spectra 3

Assalam…

Alhamdulillah ada rezeki lebih dari Allah. Dear tolong bayarkan duit upah jaga anak pada mak mertua dengan akak ipar. Ahaks! Duit mama boleh pakai beli pum baru. Kebetulan tengok dalam majalah PA&MA memang ada promosi tu yang berkobar-kobar nak membeli lagi tu.

Aku ambil keputusan beli set spectra 3 dengan pakej jingle jungle. Beli beg besar amat untuk kemudahan bawa pum dan barang-barang yang sepatutnya aku bawa.

Abes juga la RM500 aku beli semua ni, ada beg tapi tak masuk pic la pulak. Lupa nak ambil nak kumpul kan. Itu pun aku ambil tambahan sehelai nursing bra dan 3 botol jingle jungle. Kalau ikut price memang RM418 tapi aku siap tambah sehelai nursing tank untuk senang bagi susu di tempat umum.

Setakat ni hasil yang aku dapat memang ok sangat la kan, jimat masa aku sebab aku di rumah terhad masanya. Mana tidaknya nak jaga 2 orang anak yang tengah nak membesar ni memang banyak cabarannya. Buat masa ni belum lagi bawa ke ofis, insyaallah selepas raya aku akan bawa sebab pasti lagi memudahkan aku nanti.



Kalau ikutkan review orang memang kata senyap, pada aku buat masa ni aku tak amik pusing pasal senyap ke tidak tapi yg penting hasil yang aku dapat.

Friday, August 26

Majlis Berbuka Puasa

Assalam...

Hari selasa lepas ofis aku buat majlis berbuka puasa di Premiere Hotel, Klang. Kalau ikutkan sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa postpone maybe sebab bos ada hal kot. Maklum saja la kan bos ofis aku ni ada ramai so nak tunggu sorang-sorang tak sibuk agak susah juga la kan.

Aku & geng antara orang terawal sampai. Awal? huh tidak, pada aku elok-elok aja kami sampai terus ambil seat masing-masing. Terus zass pergi amik makanan, kami makan nasi dan mihun dek kerana tertipu..hahaha.. excited nak masuk sampai kan kami tak perasan di luar masih ada pelbagai menu lagi. Tak pe lepas makan nasi kami makan lagi yang lain tu.

Best bila buat majlis berbuka ataupun makan-makan sebab masa ni la kami satu keluarga ofis ni berjumpa. Maklum saja la kami ni di kontraktor ada banyak site yang perlu kawan-kawan kami jaga. Oh! nak harap-harap derang datang ofis ehm tidak ok. Hahaha

Bos kami sampai dah lewat katanya sesat. Ish padahal ofis kami dengan hotel tu dekat la sangat-sangat. Sabo je la aku. Sampaikan kek yang derang beli pun boleh lupa nak bawa. Mujur aku pergi awal, itu pun dah pukul 6.30 petang ++ juga ok. Elok-elok sampai nak cari parking lagi. Sabar je la.


Nampak tak ais krim kat depan tu. sedap!!!

Kesian mamat sorang ni kene buli


Ini antara hasil tembakan kami malam tu, tak ada acara lain kecuali makan dan makan sampai kenyang sangat. Kebetulan akak sebelah aku tu yang pakai tudung hitam tengah berbadan 2, hehe....kami bagi dia makan puas-puas jangan sampai mengidam apa yang ada malam tu. Kalau nak tau amoi-amoi satu ofis aku derang pantang ada majlis mesti nak bergambar, kesian mamat sorang tu terpaksa amik gambar yang sama tetapi gunakan beberapa kamera. Bila disuruh bluetooth derang tak nak pasal kualiti gambar yang diambil tak sama.

Lelaki sorang tu la bos kami, ini anak bos besar. Memang giler-giler kalau kat luar, kalau kat ofis siap la kalau gilernya datang maunya kami nangis.

Pendek kata apa yg ada disana semuanya kami makan, tak mahu ketinggalan walaupun 1 makanan pun. Jangan ada yang teringin pulak kan, dapat rasa sikit-sikit pun jadi la. :) Moga-moga bertambah rezeki bos setelah belanja kami semua makan disini.

Persiapan Raya 1

Assalam…


(Ini entry yang tak sempat nak dipublishkan dari awal minggu dek kerana kesibukan melampau...alasan!)
Sudah masuk ke minggu terakhir ramadhan, tak lama lagi syawal pula menjelma macam mana persiapan orang lain ek? Persiapan kami sekeluarga hancus. Langsung tak tersiap-siap.

Ahad semalam dah merancang nak jalan-jalan di Giant Kemuning sambil-sambil nak cari barang dapur nak tengok-tengok baju untuk anak-anak. Kami gerak pukul 11 pagi itu pun bila sampai sana orang tak ada la ramai so senang la nak jalan-jalan cari barang. Zikri pula dah mula mengantuk dan tak berapa nak duduk dalam troli, Ashraf aku letakkan dalam stroller. Ini adalah percubaan pertama kami keluar berempat. Haahahaha..kelakar je bunyinya kan, orang lain anak 3 4 orang ok je kami yang 2 ni pun agak kelam kabut jadinya.

Dapat la beli baju dan kasut untuk Zikri, dan barang-barang dapur sedikit. Nak jalan lebih-lebih Ashraf mengamuk tak nak duduk dalam stroller pula. Aku lepak tunggu dear dengan Zikri di luar sambil rancang nak susukan Ashraf pasal aku tau dia dah mengantuk. Ok fine! Giant tak sediakan tempat untuk BF, mujur aku pakai nursing tank. Boleh cover tang perut yang banyak lemak ni dari dilihat orang. Tapi sayangnya Ashraf tak berikan kerjasama, so fikir punya fikir taka pa la kita balik rumah saja la apa yang kurang nanti aku beli sendiri.

Nak mencari baju untuk AShraf tak banyak pilihan yang cantik, maybe minggu ni time lunch hour aku akan keluar jalan-jalan cari baju anak-anak. Tak pun aku nak amik MC 1 hari (ini jalan terakhir)MC ajak dear join sekali baru best tapi dear pula malas nak cuti pasal nanti raya nak cuti banyak. Aduh….

Dimana aku mau membeli belah ni eh? Jusco? Giant lagi? Tesco pula ke? Kita tengok saja la nanti dimana. :)

Friday, August 19

Warna Najis Bayi

Assalam...

Tolong jangan geli ok, title di atas sana tu memang betul berkenaan apa yang aku alami. Ish masa Zikri kecil dulu aku dah mula campurkan susu ibu dengan FM so aku tak ambil pusing sangat dengan hal-hal ini.

Petang hari Rabu lepas Ashraf buang air besar cair dan berwarna hijau sikit. Ehmmm ini yang aku dapat dari hasil pencarian aku secara online di susu-terbaik.blogspot.

"Setelah kolustrum susu bertukar menjadi susu matang, bayi biasanya akan berak lebih kurang 2 hingga 5 kali sehari. Ada juga bayi yang berak hanya sekali seminggu, sekiranya najisnya tidak berbentuk, lembut dan tidak kering ini menunjukkan ia mendapat susu awal dan akhir (foremilk & hindmilk) yang mencukupi. Najis yang terlalu cair dan berwarna kehijauan menunjukkan bayi mungkin tidak mendapat cukup hindmilk. Najis yang cair ini juga menunjukkan bayi anda sensitif dengan ubatan atau makanan yang diambil oleh ibunya. Biasanya ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil produk tenusu sehingga 3 minggu. Sekiranya terdapat perubahan pada najis bayi (najis normal), tambahkan sedikit demi sedikit produk tenusu dalam diet. Mulakan dengan keju. Jika najis bayi menjadi terlalu cair, ibu mungkin terpaksa mengambil alternatif lain bagi sumber kalsium dan protein utama mereka."

Ouh....pagi semalam pun masih berlaku hal yang sama, agak kecewa pula tengok najis Ashraf macam tu tapi aku sabar dan tahankan sahaja.

Alhamdulillah pagi ni najis nya kembali bewarna kuning pekat. Syukur pada MU YA ALLAH! Boleh ceria kembali....yahoo

Tapi kalau ikutkan buat masa ni, dibulan puasa ni aku tak ambil produk tenusu apa pun. Melainkan apa yang aku makan untuk 2 hari tu adalah sandwich telur atau pun aku teringin nak makan makanan pedas. Ish...kesian anak pula yang menjadi mangsa disini.

Thursday, August 18

Cuti Nuzul Quran 2011

Assalam...

Semalam cuti Nuzul Quran untuk negeri Selangor. Ouh! dalam kepala seronok betul kalau dapat pergi shopping raya hari tu pasal orang KL kerja, tapi bukannya dear nak kalau aku ajak keluar cari barang sampai ke KL sana. Logik juga kan?

Petang hari selasa balik kerja kul 5.30 petang tapi entah kenapa jalan jem teruk. Sampai di bulatan batu 4 jalan kebun klang jalan jadi sesak. Ish aku tersalah pilih jalan la balik ni. Bukan apa dear minta aku belikan krim gatal untuknya tu yang aku pilih jalan lama, kalau tidak aku lagi selesa ikut KESAS. Lebih pantas untuk sampai kerumah.

Lama juga aku terkandas disini, hampir setengah jam membazir masa dek kerana trailer biru didepan sana telah diblok oleh beberapa buah kenderaan lain. Ini la kekurangan bulatan di sini, pasti akan jem teruk sebab banyak trailer yang menggunakan jalan ini sepanjang masa.

Pagi rabu dear bagitau dear tak kerja. Macam biasa pagi-pagi lagi Zikri akan bangun awal dan kacau semua orang. Kesian dear nak tidur tapi asyik diganggu, mujur dear layankan aja kalau tidak pening kepala aku. Dear bawa balik barang untuk repair paip dan tangki flush.





Gigih dear repair getah paip yang sudah agak lama bocor tau. Nasib baik bil air kami masih free, tapi claim dengan tuan rumah tetap kami lakukan..hahaha

Alang-alang masih belum 'dibenarkan' untuk berpuasa aku masak awal, sambil bagi Zikri makan. Dear sabar ok. Kebetulan akak ipar sebelah rumah pun masih 'bercuti' puasa ni dia masak nasi goreng dan pass se'tupperware' kerumah. Layan juga la kan tengahari makan nasi goreng ni.



Anak yang sorang ni ada saje akalnya. Bisa buat jantung aku jadi tak keruan. Ashraf pula dah 2 minggu pandai menirap sendiri. Oh sangat pantas kan masa berlalu, dah nak hampir masuk usia 4 bulan. Raya nanti adakah Ashraf sudah mahu merangkak?ehmmm nak imagine jap