Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, March 31

Hasilnya

Assalam...

Semalam settle 2 perkara yang patut terlaksana. Heh! sangat pantas ok, bawa Zikri g klinik kul 3 petang pasal time awal-awal aku sampai dia masih tido lagi. Nak kejutkan tak sampai hati maka lepak je la kan kat umah MIL. Tak sampai kul 2.30 dah bangun so lepas bagi susu terus zaasss g klinik berdua-duaan.

Sampai klinik memang tak ada orang lain, yang ada nurse sorang je. Ehm....ni yang suka datang petang-petang ni tak payah nak Q lama-lama tunggu giliran. Kalau tak time pregnent dulu memang naik keras bontot tunggu turn. Padahal bila dah sampai turn bukannya lama pun derang ambil masa nak check.

Berat naik 11.6 kg
Tinggi dah 76 cm

Ish....nampak berat tu naik sangat la kan, last time check up bulan ke 9 baru 10.4kg. Uwa....patut la nak patah pinggang aku kalau bawa dia dukung lama-lama. Time inject lagi best! langsung tak nangis ok, senang hati aku cuma masa dah kat kereta pulak dia buat hal tak nak duduk kat car seat dia. Bantai nak main payung pulak dah...ish...cancel plan mamanya nak pegi cari kek! hampa.... Next time je la mama beli eh, kita celebrate belated birthday je.

Pujuk dengan bagi sebotol vitagen, nasib baik sebelum balik dari ofis aku sempat singgah beli dekat kedai 99 kalau tidak maunya mati kutu aku. Tapi ok la untuk sekejap lepas tu mengamuk sakan, ish...sampai la kat umah. Kesan inject tu ke eh?


Bagi makan pisang lepas dia mengerjakan apa yang ada dalam handbag aku. Sampaikan hari ni access card aku pun lupa nak bawa. Geram...rasa macam nak kunyah-kunyah je jari-jari comel budak ni.


Masa ni tengah tunggu turn nak masuk jumpa DR, ayahnya terus masukkan dia kat dalam kereta tu punya la suka dia. Tapi ni bukan nak bagi makan apa ok, yang putih tu tisu pasal nak lap mulut da.. :)


Muka excited la pulak budak ni.

Malam lepas maghrib turn aku pulak nak kena check. Selalu pergi masa lepas balik ofis tapi malam tadi dear balik lewat petang takkan nak pergi time maghrib pulak. Sabar je la kan, tunggu jugak la last-last pukul 9 baru settle semua.

Hasilnya, BP plak naik sket...tapi masih tahap normal kat DR, maybe stress fikir masa dah dekat-dekat nak bersalin ni kan. Aduh la..... berat pulak turun! wow walaupun turun 200gm tapi DR inform jugak ok, ehmmmm aku story la kat DR kan sekarang selera aku memang tengah menggila. Nak-nak pulak bila tengahari time kerja. Dear pulak time-time hujung pregnent ni la sibuk tanya nak makan apa, nanti kalau dah kuar baby tak boleh nak makan lagi. Ish...."BERPANTANG" untuk seketika. :p

Pendek cerita semalam no scan pasal baru lagi kan DR scan tu hari, just check jantung baby dan kedudukan je la. Kesimpulan semuanya normal sahaja. Tenang sikit hati aku bila sempat aku tanya kat DR mungkinkah aku akan dipaksa bersalin kalau berlaku BP tinggi. DR kata itu semua masih awal lagi, so kalau nak buat kesimpulan sekarang pun susah juga. Tunggu la next check up kita tengok macam mana pulak. Oh sangat-sangat takut kalau sampai terpaksa operate pulak. Minta-minta sangat yang no. 2 ni normal jugak... Amin!!

Masalah Keputihan Ketika Hamil

Assalam...

Terdetik rasa nak berkongsi atau nak bertanya pada yang tahu dan pernah mengalami. Memang kebiasaan ke masa mengandung akan mengalami keputihan? Tapi pada aku sendiri 2 kali mengandung memang ada, kali ke 2 ni terasa lebih teruk dari yang pertama dulu. So tidak mungkin akan aku tinggal dari memakai panty liner...heheehhe ni je la cara nak control ditambah juga dengan bahan pembersih peribadi...uhmmmm baru selesa ok.

Ingatkan aku sorang je yang mengalami masalah ni tapi rupa-rupanya memang ada masalah ni pada semua orang yang mengandung. Ish...nampak sangat la aku ni tak peka, dah kali ke 2 mengandung baru la hegeh-hegeh nak survey. Tak kisah la kan cepat ke lambat asalkan aku tau jugak.

Ni hasil dari penjelajahan aku hari ni...

1) Hasil dari wordpress.com

2) Hasil dari mamypokoclub.com

3) eramuslim.com

3 Laman web ni yang menarik untuk dikongsikan tentang perihal keputihan ketika hamil dengan lebih lanjut lagi. Terkadang biasanya kita malu nak bertanya orang kan, ini la cara paling mudah nak mencari maklumat. Nak masukkan semuanya dlm blog ni malas rasanya nak copy paste, biar la korang tengok-tengok sendiri infonya. Takut-takut ada info lain yang korang boleh dapat dari laman-laman web berkenaan.

Ni perihal yang tak de kene mengena ok, akak ipar kata maybe aku ngandung perempuan....hahhahahahaha rasa nak ketawa terbahak terguling-guling. Insyaallah kalau diizinkan Allah dapat la aku anak perempuan, kalau lelaki pun aku terima dengan rela. Zikri dan adik boleh jadi macam kembar la nanti kan....heheehehe berangan jap!

Wednesday, March 30

Half Day

Assalam...

Sekarang dia suka minum Vitagen maupun Solivite...ehmmm berebut-rebut ok kalau botol tu dah habis, memang langsung tak nak lepaskan untuk aku buang...

Oh hari ni nak memontengkan diri berdua-duaan dengan Zikri ke klinik desa pasal check up Zikri 1 tahun hari ni. Awal sehari dari date sebenar tapi maybe pasal klinik desa kat kampung buat check up untuk kanak-kanak hari selasa atau rabu.

Tak kisah la kan awal sehari, lewat ke apa asalkan yang penting jangan lari lewat dari tarikh dah la kan. Malam pulak aku nak g check up. Yeah...dah 9 bulan tapi tau tak eh, aku langsung tak kemas lagi beg untuk sebarang kemungkinan yang berlaku. Huh! dasyat kan, sampaikan aku malas aku pernah suruh dear tolong kemaskan. Hahhahahaha melampau gila aku ni. Insyaallah dalam minggu ni akan aku persiapkan semua persediaan yang dah kemas aku simpan kat dalam bakul tinggal nak susunkan aje masuk dalam beg. Baju bajan baby pun dah siap basuh awal-awal senang la nanti kalau dah bersalin tinggal dear angkat bakul je la.

Sekarang rasa nak tukar susu untuk Zikri pulak, rasa macam nak bagi dia cuba perisa coklat pasal dia suka minum milo waktu pagi-pagi. Tapi ada pula suara yang kata kalau minum coklat susah nak buang air besar? ehmmmm...masih mempertimbangkan sekarang ni.

Tuesday, March 29

Alamak!!!

Assalam...

Aduhai...aku ingatkan dah jelas lagi terang tapi rupanya belum jelas lagi ye. Heh sorry sangat-sangat lah ek. Tak sengaja nak membuatkan kekeliruan berlaku.

Sebenarnya MIL aku tetap akan jaga Zikri macam sekarang. Kakak ipar aku pulak yang bakal menjaga adik Zikri nanti...tapi oleh kerana akak ipar aku ni perlu hantar dan ambil anak dia setiap hari ke sekolah makanya adik Zikri nanti dia akan tinggalkan dekat rumah MIL buat sementara.

Nak nak pulak rumah MIL dengan rumah kakak ipar aku ni dekat sesangat la kan. Selang sebuah rumah je. Tu yang aku tak kisah kalau kakak ipar ada rancangan yang begitu. Yang penting mereka berdua masih dijaga dan masih boleh berjumpa setiap hari walaupun lain orang yang jaga.

Paling-paling aku senang hati pasal yang jaga mereka-mereka nanti adalah saudara mara sendiri. Kita kenal siapa orang tu dan kita tau macam mana keadaan rumah orang tu. Lagipun akak ipar tu anak-anak dia semua dah besar, yang bongsu sekarang pun dah darjah 3 ke 4 kalau tak silap aku la. Yang sulung pun dah kerja dah pun. Kene pulak derang sekeluarga layan Zikri dengan baik sekali tu pasal aku tak teragak-agak nak bagi izin akak ipar aku tu yg jaga.

Sebelum ni pernah juga akak ipar aku jaga anak jiran sebelah rumah dia tapi tak sampai setahun. Alasan kenapa stop aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu akak ipar siap tolong jagakan kalau jirannya nak keluar cari barang dapur hari sabtu maupun ahad. So sendiri kena faham-faham la ye.

Harap-harap jangan la ada kekeliruan lagi lepas ni. Tapi tak tau pulak la kan kalau masa adik Zikri dah keluar nanti tiba-tiba ada orang yang bertukar fikiran....itu hanya Allah yang tau aku hanya mampu merancang buat masa ni.

Seronok Juga Eh...

Assalam...

Nak cite pasal malam tadi aku menjaga anak buah aku yang duduk dekat sebelah umah sewa aku sekarang ni. Haikal nama dia, budak ni kalau bab-bab berkata-kata memang petah sangat-sangat ok. Terkadang sampaikan maknya sendiri pun tak terlayan dengan semua soalan yang Haikal ajukan. Kami yang bukan mak ayah dia lagi la tak terlayan. Terkadang sampaikan merepek pulak budak ni kalau kami layan.

Malam tadi mak dengan ayahnya pergi klinik bawa adik Haikal jumpa DR. Entah kenapa sepanjang hari adik dia muntah-muntah pulak. Haikal pula masa tu ada kelas mengaji dekat rumah jiran seberang jalan area rumah kami. Tak jauh sangat la tapi maybe mak ayah dia malas nak tunggu kalau tunggu takut nanti time di klinik ramai pulak orang. Kebanyakkan klinik yang ok servisnya di kota kemuning sana tutup lebih kurang pukul 9 malam atau paling lewat pun 9.30 malam.

Haikal balik dari mengaji terus datang singgah umah kami pasal dia nampak kereta ayahnya dah tak ada. Lepak-lepak main dengan Zikri sampaikan satu ketika dia tengok aku baca surat khabar. Habis je aku baca surat khabar aku capai novel pulak. Entah macam mana haikal terus datang sebelah aku kata nak baca surat khabar la. Ehmmmm haikal ni dah darjah 1 sekarang ni.

Front page dia baca terus buat aku nak tutup novel layan tengok dia baca surat khabar pulak. Ish...nampak macam slow-slow dalam hati eja tapi boleh tahan juga la. Perkataan yang susah dia akan ambil masa nak sebut. Aku nak dengar dia eja tapi die eja kat dalam hati kot, pasal langsung sepatah pun tak keluar kecuali bila dia sebut perkataan tu la kan.

Hampir separuh surat khabar tu dia baca tajuk-tajuk besar sampai la Zikri kacau. Oh! ni la perasaan seorang ibu, mak-mak maupun mama-mama sekalian alam rasa eh. Seronok ok walaupun bukan anak aku tapi aku tumpang happy dia mampu mencuba walaupun dia nampak tak yakin.


Haikal tak ada kat pic ni, adik dia yang berdiri kat depan Zikri dan yang pegang Zikri tu anak akak ipar yang akan jaga adik Zikri kelak.

Harap-harap aku mampu membimbing anak-anak aku nanti sampai jadi macam haikal ni maupun jadi lebih bijak lagi..insyaallah kalau diizinkan Allah. Kata orang doa ibu bapa itu penting buat anak-anak. :)