Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, February 15

Sup Kambing Kegemaran Sekeluarga

Assalamualaikum...

Sempat mama curi masa lepas tidurkan Nur Aisyah dan Amsyar. Mama rasa seronok tengok anak-anak mama makan dengan seleranya hari ini. Alhamdulillah mama cuba masak mengikut selera anak-anak dan ayah. Mama pernah ajak ayah pergi makan sup kambing kegemaran mama dan ayah di kampung Jawa. Tapi ayah menolak sebab kalau makan di sana memang sah ayah akan keluarkan hampir rm60.00 untuk kami 5 orang makan. Anak-anak pun memang suka daging tak kira lembu, kerbau maupun kambing. Alhamdulillah tak ajar sangat anak-anak mama memilih makanan tapi mana yang mama mampu mama buatkan.

Mama minta ayah belikan rusuk atau daging kambing, teringin sangat rasa nak makan sup kambing. Ayah beli di Segi berdekatan rumah cuma 1kilo bahagian paha. Alhamdulillah dapat daging dan tulang walaupun tak banyak. Mama cuba masak ikut resepi dalam facebook. Sedap juga walaupun bahan tak cukup. Main hentam masak sebab malas nak pergi kedai, kalau mama singgah kedai tak sah lebih rm10.00 campur dengan jajan atau pun ais krim. Aduh..sabar je la kan

Amsyar yang sakit mulut sebelum ni dek kerana ulser teruk cuma makan yogurt je 3 hari kasihan sangat mama tengok dia. Perut makin kempis mungkin sebab susu pun tak nak minum, makan nasi apa tah lagi memang tolak tepi. Tapi bila mama masak sup dia tiba-tiba minta nak makan. Bertambah-tambah pula tu makannya.

Ini entah kali ke berapa tambah, mama ikutkan je sebab dah lebih 3 hari awak tak makan nasi. Syukur dah baik dari ulser teruk. Minggu depan tamat cuti sekolah bolehlah ayah hantar sekolah Pasti ye.

Ok, mama nak kongsikan resepi yang mama dapat tu buat anak-anak mama kalau nanti nak cuba masak ye.

Bahan-bahan
1kg daging/tulang kambing, lembu, kerbau atau apa sahaja daging yang penting halal
3 biji bawang merah di kisar halus
Setengah labu bawang putih dan 2 inci halia di kisar
5 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa.
Sesudu minyak sapi dan sesudu minyak kelapa

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih kisar bersama halia.
2. Panaskan air, bila air dah mendidih baru masukkan daging yang dah dicuci bersih.
3. Agak-agak daging dah mendidih boleh mula tumis rempah sup, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dengan minyak sapi dan minyak kelapa hingga naik bau dan ke masukkan bawang merah di kisar berserta halia dan bawang putih.
4. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih disangai kemudian ditumbuk lumat. Di masukkan dalam periuk daging.
5. Bawang tumis yang dah naik bau bolehlah dimasukkan dalam periuk daging.
6. Kacau biar sebati semua rempah dan bawang yang dah di kisar tadi.
7. Masak dengan api sederhana, masa yang lama lebih kurang 2 ke 3 jam supaya daging empuk mudah nak di makan.
8. Dah agak-agak daging lebut bolehlah masukkan garam sebagai perasa dan masukkan daun sup ikut suka.
9. Siap masak dan boleh dihidang sama ada dengan nasi atau pun makan bersama bihun/mee/ketiew.

Senang je kan. Mama tak pernah guna rempah sup serbuk jadi tak tau la tang mana bezanya. Kalau ada nzk letak sayur pun boleh. Lobak merah, kentang, maupun tomato ikut selera sendiri la.

Sedap yang mama masak tak sama dengan kedai. Mama masak dengan kasih sayang untuk anak-anak mama makan dengan seleranya. Makan di kedai tak sama sebab di kedai letak lebih banyak lemak mungkin sebab nak jimat kan, mama masak tak masukkan lemak sebab anak-anak bising cakap bila makan liat. Sayang je kalau di masak tapi tak di makan walupun ada yang kata lemak tu menambah lagi perisa dalam sup. Tapi pada mama biar mama masak tanpa lemak supaya anak-anak mama tak termakan lemak tu sekali.

Wednesday, February 14

Jemput Jagung Kegemaranku

Assalamualaikum...

Dah lama mama teringin nak makan jemput jagung macam opah buat tapi tu la bila opah ada kat sini opah nak masak lain pulak jagung tu. Tak pe pelan-pelan mama belajar masak ikut air tangan opah. Ngaku je la ye, walaupun dah nak 11 tahun nikah tapi mama bukan pandai masak sangat pun. Yang mana anak-anak suka mama pandai la sebab ulang kali masak. Tapi yang jarang masak tu mesti lupa kan.

Pak long ada bagi 5 tongkol jagung. Dalam hati mama rasa sedapnya kalau buat jemput jagung. Anak-anak mama dah jemu kot makan jagung. Sebelum ni ayah ada beli mama rebus tapi tak berapa jalan pada tekak anak-anak. Kali ni mama nak masa jemput pula. Makan ke tidak kali ini ikut selera mama.


Ni bancuhan tepung yang dah di perap 2 jam, buat masa nak masak untuk tengahari. Selit bancuh sekali senang bila dah siap. Nak guna tinggal goreng je.

Senang je rupanya nak buat jemput jagung macam opah tu. Mama je yang tak pernah terfikir nak cuba. Ok ini sukatan yang mama agak-agak juga la, kalau nanti anak-anak mama nak cuba silakan ye. Mama tak kisah kalau anak lelaki mama pun rajin ke dapur.

Bahan-bahan
2 tongkol jagung
1/2 batang lobak merah
2 biji bawang merah kecil
Segenggam ikan bilis
Sedikit daun sup
Sebiji telur
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Sedikit cili blend

Cara-cara
1. Tumbuk ikan bilis dan bawang hingga hancur.
2. Lobak merah di parut kasar.
3. Tuang tepung gandum, telor, lobak merak, bawang dan ikan bilis yang di tumbuk lumat, daun sup, cili blend, jagung yang dihiris dan juga garam secukup rasa dan gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi seedikit, agak-agak jangan bancuhan terlalu cair. Kalau tercair tambah tepung gandum lagi.
5. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 ke 2 jam. Lagi baik kalau nak masak pagi malam tu dah bancuh.
6. Panaskan minyak dan boleh lah mula menggoreng. Goreng hingga warna kuning keemasan. Kalau nak makan dengan sos cili pun boleh juga.

Senang je kan, ha ni memang mama suka kalau opah masak tu terasa sedap nya sangat-sangat.

Tuesday, February 13

Awal Feb 2018

Assalamualaikum...

Dah masuk feb pun sekarang, ikutkan anak-anak mama dah banyak juga belajar. Abang amar tahun lepas bulan 3 dah ada ujian prestasi, tahun ni tak pasti lagi bila tu. Alhamdulillah setakat ni anak-anak mama memang bijak. Ampun maaf terkadang mama ni terkasar sangat dengan korang ye. Mama nak ajar korang supaya jadi insan yang berguna. Lebih baik dari pada mama dan ayah. Lagi berjaya dari mama dan ayah. Insyaallah.

Amsyar dah 3 hari ponteng pasti. Bukan sengaja tapi sebab dah dijangkiti HFMD jadi lebih baik kuarantin di rumah je. Kadang kasihan sangat tengok Amsyar, dari pada seorang yang kuat menyusu, kuat makan, kuat jerit tapi jadi kurang susu, tersangat kurang makan dan juga jarang sangat menjerit. Mama sendiri dah maklumkan pada pihak pasti, jadi mama tak salahkan pun kalau Amsyar berjangkit dari kawan di pasti atau tidak. Cuma mama tak nak ada yang dijangkiti pulak sebab mama tak  elakkan amsyar ke pasti.

Sekarang kesihatan makin beransur pulih, mama paksa makan ubat, sapu ubat mulut biar ulser jahat tu lari jauh-jauh dan juga sentiasa jaga kebersihan diri amsyar. Cuma amsyar sangat suka gigit kuku. Mama syak amsyar gigit kuku masa tangan kotor. Atau pun mungkin bersih tapi luaran je dalaman tak bersih. Masih ada kuman tertinggal.

Nur Aisyah minggu lepas sepatutnya pergi klinik untuk cucuk 6 bulan tapi dia selsema dan batuk terus tunda. Mama kadang rasa kasihan tapi memandangkan nurse sarankan datang sebulan kemudian mama ikutkan je la.

Balik dari klinik desa follow up check up 6 bulan Nur Aisyah tapi nurse tak bagi cucuk tunggu bulan depan baru datang lagi. Amsyar dah letih, mengantuk siap baring, pening kepala katanya. Cuaca pun panas je dah beberapa hari ni.

Aih...jadual mama pula di rumah sentiasa padat lagi-lagi sibuk melayan Nur Aisyah. Masa rehat pun dapat sekejap itu pun kalau Nur Aisyah bagi kerjasama. Ada anak kecil memang menduga, lagi pula sekarang Nur Aisyah sudah mula mengesot, mama dudukkan dalam walker biar dia meneroka semua ceruk dalam rumah ni. Tempat paling disukai sama ada dapur atau pun pintu depan.

Tempat kesukaan Nur Aisyah kalau mama buka pintu, ada jaring jadi tak dapat dia nak sentuh selipar yang ada di luar tu. Jaring tu sebenarnya untuk elakkan kucing masuk dalam rumah, tapi ada juga yang bijak melompat masuk dalam rumah.

Pintu depan dia boleh tengok kucing, burung dan kereta lalu lalang cuma mama kena pantau lebih sikit la takut pula kalau di makan nya sampah atau serangga.

Apa pun semoga anak-anak mama sihat sentiasa dan berada di bawah lindungan Allah.

Sunday, February 4

Buat Anak-anakku

Assalamualaikum...

Dah tiada masa lapang lagi rasanya buat aku sejak akhir ni. Maklum saja sejak ada Nur Aisyah semua agak kelam kabut. Terpaksa belajar untuk membiasakan diri setiap hari walaupun dah hampir 7 bulan usianya kini. Dulu masa abang 3 orang tu memang mama banyak masa rehat sebab kerja kan. Kalau tak sihat boleh ambil cuti sakit. Tapi bila dah jadi surirumah sepenuh masa memang tiada istilah cuti.

Anak-anak yang 2 orang tu dah pandai membaca, mama taip 1 perkataan mereka pakat baca kat belakang kita. Aduh jadi dengan itu mama dedikasikan blog ini untuk anak-anak mama yang 4 ni. Mama kongsikan kisah kamu berempat disini. Di mana kasih sayang kita yang tiada berpenghujung bermula dari kamu lahir lagi.

Walau pun banyak kisah anak-anak dalam blog ni tapi terkadang mama terselit apa juga hal yang berlaku di sekeliling mama dari sudut pandangan mama sendiri. Mama harap jika suatu hari anak-anak mama jumpa blog ini, mama nak kamu semua tahu kisah yang kamu lalui semasa kamu semua masih kecil. Insyaallah mama akan sentiasa coretkan tulisan buat kamu kenangkan satu hari nanti.

Saturday, January 6

Kesibukan Melanda

Assalamualaikum...

Allah hu..sejak mak aku balik dari umrah dan anak-anak bercuti sekolah masa aku nak mengadap tablet memang kurang. Ibu ramai anak kan...hahaha..ye la anak 4 orang tu dah kira ramai la kan. Ikut hati memang letih, penat dan macam-macam lagi tapi untuk anak-anak aku lalui juga.

Banyak kisah nak tulis tapi asyik draft je, belum sempat nak publish lagi. Hari sekolah sekarang memang sibuk, bangun seawal 5.30 pagi terus masak. Solat dan kejutkan anak-anak. Pukul 10.30 nak keluar ambil Amar dan Ashraf balik sekolah agama, lepas tu hantar mengaji dan terus ambil Amsyar. Pukul 12.00 sampai rumah mandi dan makan. Keluar pukul 1.00 atau 12.40 ke sekolah kebangsaan.

Selesai hantar Amar dan Ashraf ke sekolah kebangsaan aku dah lega. Boleh rehat la, sebab pagi lagi dah sibuk masak dan basuh kain..kadang kala kain yang dah kering 2 hari baru aku lipat. Memang tak sempat dan terkejar-kejar