Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 13

9 Bulan 10 Hari

Salam...

Dah cukup 9 bulan 10 hari tp baby blm masa lagi nak keluar buat masa ni. Heh nak buat cam ne kan, tunggu je la. Last week g check up kat klinik kat kg semua ok kecuali BP naik. Ni gara2 kes 2 tender masuk semalam la ni yg buatkan aku ngan geng tender department bengang. Oh jgn la menyalahkan org lain maybe tu kesilapan aku jugak kot kan. So trima saja la ngan hati terbuka. Lepas check jantung baby, perut ngan bengkak kaki nurse minta aku g follow up kat klinik ibu dan anak di Klang petang tu jugak. Mujur la awal2 dah mintak 1/2 day leave kalo tak maunye terkial2 time tu nak call office minta 1/2 day. Ada plak yg HR membising kat aku nanti.

Sampai KKIA Klang semuanya ok, dr kata aku kene g buat BP setiap minggu 2 kali...isnin ngan khamis. Tak pe la pasal hari isnin aku kene buat BSP lg pulak setiap khamis kene g klinik pasal dah masuk 37 minggu. Selamat la jugak kan, tak payah la nak mintak cuti maupun 1/2 day selalu sgt. Cuma memang tiap khamis kene amik 1/2 day la kan, rugi rasanya kalo tak dtg keje sehari sekarang ni, dok umah kan bosan. Insyaallah minggu ni minggu last aku keje takut2 lak nanti kalo kene sakit time kat office panic semua org lak. Plan ajak dear blk kg rehat sebelum bersalin langsung dear tak layan pasal kang kalo bersalin kat kg tak de can la mak dear nak jg. Ceh langsung tak de tolak ansur ini org kan. :)

Makanya seminggu akan datang aku akan last keje sebelum menunggu masa tibanya untuk baby ni keluar. Biar la aku rehat puas2 kat umah dan bercinta selagi maunya bersama dear, hehe... nurse bgtau kalo masih blm keluar next week hari khamis aku kene dtg lagi la, makanya next week akan jadi last time aku amik 1/2 day la sebelum baby keluar. Moga2 baby keluar time aku cuti la kan, so tak la membazir cuti amik awal2.

Minggu ni ada byak plak jemputan kahwin yg aku kene pg, tp sayang aku kirimkan je la kat mak kat kg yg mana aku blh kirimkan je. Hmmm kang kalo nak blik tak pasal2 aku bersalin kat kg plak. heh dear dah bg larangan nak jalan2 jauh ni ok. Bahaya kot2 terberanak on d way plak kang.

Ok la keadaan tak mengizinkan nak taip2 panjang2, kalo ada masa akan ku cuba update setakat termampu. Buat sahabat blog sweetie site tahniah dengan kelahiran "Faris Iman" yg comel tu ok. :)

Friday, March 5

Bila Patut Cuti?

Salam...

Sepanjang minggu ni sejak g check up minggu lepas aku dok berfikir bilakah masa yg sesuai untuk aku amik cuti. Atau pun lebih baik tak payah amik cuti awal tunggu sampai masa terus cuti. Tp kalo tiba time sakit time keje kan naya je kang, tak pasal2 1 office panic aku buat. Heh badai apa ntah la derang ni semua dok tanya bila aku nak amik cuti ek. Aku sendiri pun blm ada jawapan lagi.

Geng siap pesan jgn kuar lunch tp kalo tak kuar lunch aku nak solat cam ne? solat kat ofis blh tp aku lak rasa tak selesa, maklum la ulang alik dari toilet ke bilik meeting blh thn gak la. Tu pun kalo solat kat bilik meeting kene gak siapkan macam2 brg, maklum saja la kene la bawa sajadah ngan telekung termasuk gak ngan kain atau tikar sebagai lapik lantai nak solat. ish... tu yg buat aku fikir selagi terdaya baik lunch kat luar je.

Plan aku sekarang nak tunggu result check up minggu depan, pas tu baru aku nak fikir bile lak aku nak amik leave. Kang kalo amik leave awal masuk keje awal plak. Rugi la cam tu kalo kene lewat baby keluar seminggu kemudian ke maknanya masuk keje awal seminggu lak. Ayark....mlas sgt nak fikir. Mintak2 tima skit2 nak bersalin tu biar la time aku dok kat umah, malam2 atau pun awal pg. Senang sket nak plan cuti kan. Kang kalo aku cuti dear keje sapa lak nak g hantar aku. Nak kene tunggu dear blik la jawabnya, mak oiiiii harap2 blh thn la time tu. :)

Wednesday, March 3

Perbandingan

Salam...

Sejak akhir ni aku suka sgt membandingkan keadaan diri aku dengan ibu2 mengandung yang lain. Bukan apa sejak awal ngandung lagi aku rasa terlalu berbeza ngan ibu mengandung lain.

1. Alahan. Maybe nasib org tak sama maka aku tergolong dalam golongan yg alahan aku tak terlalu teruk. Kalo setengah org sampai muntah2, hilang selera makan mau pun susut berat badan tp aku alhamdulillah cuma susut berat badan dek kerana hilang selera nak makan dan jugak kerana terlampau memilih makanan.

2. Saiz tummy. Ada juga ramai yg tegur aku nampak tak naik banyak pada awal sampaikan tummy memang tak nampak walaupun dah masuk 5 bulan. Nak amik pic pun rasa cam kelakar pun ada. Dear la pling bnyak bg sokongan katanya asalkan kita tau badan kita ada isi cukup la kan. Sampaikan aku blh kuar jalan2 ngan MIL & dear g naik komuter tp tak ada sorang pun pelawa bg seat kat aku. Alhamdulillah aku masih kuat dan mampu nak berdiri sepanjang sejam perjalanan kami. :)

Kalo kat ofis lg la ramai yg tak tau, tau pun bila ada org lain yg terbagitau. Ehmmm aku tak kesah kalo org tak tau ataupun ada yg nak amik tau. Tp asalkan org tu amik positif cukup la kan. Buat masa ni setiap minggu pasti akan ada yg bertanyakan pasal baby aku, seronok pun ada kerana ada org lain bangsa yg amik berat pasal aku jugak. Kalo sehari tak dtg keje memang derang agak aku g bersalin tp aku siap inform awal2 kat HR kalo aku bersalin nanti aku akan bgtau. Walhal big bos aku pun nampak caring jugak.

Paling tak best time kat klinik ada akak yg tanya dah brape bulan, bila aku jawab 5 die diam lak. Ehmmm tu yg tak best tu kalo die kata perut kecik ke apa ke ok gak la. Senang la aku ni tak diam je la plak. Time kuar shopping beli barang2 baby pun tgok tummy org lain besar je tp aku ni tecik lak. Ish....ni maybe pasal aku dah cukup besar la ni kan.

3. Berat badan. Sejak awal pregnant kenaikan berat badan aku yg sedia ada berat ni tak naik banyak sampai la masuk bulan ke 7 baru selera makan membuak2. Kalo 3 4 bulan pertama tiada kenaikan tp yg berlaku pengurangan aku tetap amik positif pasal time ni selera makan kurang tp yg penting amik makanan yg berkhasiat dan minum susu. Last check up selang 2 minggu je berat naik 2kg, rasanya kalo pas 2 minggu lg ni maunya naik 4 kg terus time check up kat klinik gov. Sabo je la kan.

4. Persiapan baby. Aku rasa aku macam terlambat nak prepare kelengkapan buat bakal baby. Walaupun time aku beli tu time selepas kenduri pasal dear punyer permintaan. Nasib baik baby tak kuar awal kan kalo tak maunye kelam kabut kami. Beli barang sekali gus dan tinggal nak tambah2 bila setiap kali keluar je la. Skrg ni pun rasa macam masih ada kekurangan lagi je.

5. Hospital. Aku ngan dear awal2 dah sepakat nak g hospital gov tp ntah la pas last check up kat prvt rasa macam nak g prvt lak tp tgok la nanti. Org lain sibuk tanya nak bersalin kat mana tp aku kekadang cam blur je nak jawab. Memang unplan la kami ni, kekadang takut pun ada pasal kang tak pasal2 kene g spital klang plak.

6. Cuti. Patut ke amik cuti maternity leave awal dr due date? aku pening gak ni pasal kalo ikutkan dr kat aku tak blh bersalin lbh dr tarikh psal ada kencing manis. Tp kalo time tu tak nak kuar gak mau kene paksa gak la kan. Akak ipar advised amik cuti 1 week berfore due date. Tp geng2 kat office tu nampak macam menggelabah je kalo aku buat2 tak larat. :) sabo je la kan. Derang plak takut lebih dari aku. Kalo amik cuti tanpa gaji ok gak kot, pasal cuti ni potong gaji next year bukan this year tp tak best gak nanti kalo dah ada baby maunye amik cuti selalu kan, tp mintak2 tak de masalah la ngan bakal baby nanti.

Ok tu je la yg selalu aku bandingkan ngan org, maybe keadaan ibu mengandung ni tak sama pada setiap individu. Terima kenyataan paling penting, maka aku terima seadanya aku kini. Yg penting baby sihat kat dlm tummy mummynyer ni :))

Tuesday, March 2

Check up 36wks

Salam...

Dah masuk bulan march bermakna tak lama lagi kuar la our lovely baby yg sgat2 dinantikan. :) Minggu ni masuk keje semua org risau pasal aku, aku pun tak tau nape la kan maybe sebab aku kata aku nye due hujung march so tu yg derang risau sakan plak. Ada juga yg dah mula berpesan2 kat aku untuk jangan lupe inform kalo dah melahirkan, tak kurang juga akak ipar suggest untuk aku amik cuti awal seminggu dari date. Entah la rasa macam sayang je nak amik leave awal tp tgok la keadaan akan dtg macam mana kan.

Isnin lepas masa cuti tahun baru cina aku g klinik untuk check up plus ngan review scan yg aku buat kat private. Sangat2 tak memberansangkan dengan hasil check up pasal DR bgtau kepala baby aku maybe besar so kene rujuk pakar di hospital Klang. Hmmm sangat merisaukan tp sepanjang minggu aku tunggu untuk dapatkan date appoiment memang hampa, nak call tak de maknanya la baik aku rujuk g private skali lagi tgok mcm mana plak.

Kebetulan pg ni kepala rase berat plus ngan hidung meleleh je hingus cam kanak2 riang je. Dear yg suruh aku MC je hari ni lg pun rekod MC untuk taun ni blm amik lg. Tp sayang plak kan, kalo selsema je aku sanggup g keje tp siap ngan pening2 kepala tu yg buat seriau nak drive g keje. Mintak dear hantar blh tp kang kalo keje berlambak kat ofis maunye aku lak yg tak tahan.

Dear bawa aku g klinik barakah kat Bandar Puteri, Klang g check up ngan amik MC skali. Hasil check up kat sana sgat puas hati, cume berat bertambah berganda2 plak. :) tak pe la time awal2 memang tak naik banyak kan. DR Khairiah sgt lembut, penerangan die pun lancar je so senang hati dengar. Buat scan skali lagi dan DR buat ukuran kepala baby masih ditahap normal. Ikutkan kata DR aku blh bersalin di sana tapi aku lak yg tak sanggup nak kuarkan duit RM 1k lebih semata2 nak bersalin selesa. Takut2 lak kalo tak dpt bersalin normal maybe kuarkan lebih RM 3K. Dear tak kesah tp terpulang pada aku, maka aku tau setakat mana kemampuan dear dan juga kemampuan aku untuk melahirkan nanti yg lebih merisaukan. Biarla yg sulung ni keluar di hospital kerajaan biar aku dpt pengalaman pahit manis yg org lain pernah rasa.

Dr pesan aku blh bersalin normal cuma jgn lebih dari tarikh yg dah DR bagi, pasal aku ada kencing manis cuma kencing manis aku masih ditahap normal lagi. Tak terlalu teruk sampai kene ambik insulin. Insyaallah doa aku ngan dear kalo blh nak bersalin normal dan baby pun sihat jugak. Kalo blh tak nak baby kene jaundis pasal cian tgok baby kene inject amik darah, biar aku wakilkan kalo blh.

Persiapan untuk baby dah siap, aku dah pack barang2 baby cuma blm masukkan dlm kete je lagi. Dear pesan barang baby tak payah bawa banyak2 pasal nanti kalo dah dok spital dear akan angkut bakul besar tu dlm bonet, senang kalo nak amik pape brg. Rasenye tinggal nak beli minyak2 urut untuk baby je la. Untuk aku memang blm prepare lagi. Insyaallah malam ni baru nak siapkan pasal td dr pesan skrg dah 36wks so maybe next week baby dah blh kuar. Yang penting masa tu usia baby dah ditahap matang untuk lahir. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. :))

Friday, February 26

Cuti Chinese New Year

Salam Maulidur Rasul...

Oh lama benar tak tinggalkan jejak sendiri dalam blog sendiri. Maklum saja la kesibukan kat ofis memang berganda2 sekarang ni. Tp skg bukan nak cite pasal busy kat ofis tu tp nak syer cite yg best2 ajer la ok.

Minggu pertama cuti tahun baru cina aku ngan dear buat kenduri semperna masuk 7 bulan. Hari Rabu nya kami selamat sampai kat kg bila dah hampir masuk maghrib. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dek kerana dear bawa kete slow2 gak la, syok kan mcm dating lak. Nak ajak dear jalan2 kat Pangkor tp malas la dpat balik kg pun dah syok berganda2. Bermacam2 aktiviti yg kami buat di kg, dear sempat tolong yang simen dinding dapur umah mak. Aku sempat siapkan tilam kekabu buat bakal baby kami nanti. Selebihnya lepak2, makan2 la kan.

Balik klang petang ahad selepas asar. Huh sedih gile lak nak tinggalkan kg pasal dah dapat duduk lama2 kat kg kan. Sampai klang dah masuk kul 10 malam. Kemas2 kan umah sket maklum la dah hampir seminggu umah terbiar kosong tiada bertuan.

Isnin aku masih cuti dan dear pun bercuti pasal diserang demam selsema. Mujur kene kat sini kalo kat kg cian lak kan, dah la klinik yg dear nak pegi cuma kat area klang ni je. Dear diserang semput, selsema, batuk + ngan demam. Sekarang ni alhamdulillah dah kembali seperti sediakala.

Hari selasa start keje, tp tak macam keje hari biasa pasal pg tu ada sambutan tahun baru cina kat ofis. dah tu plak time pagi2 jumpa je bos terus bagi ang pow! yes ni yg best ni setaun skali dpt byak ang pow dari bos yg agak ramai la kat sini. Maklum la, 1 bumbung ada 7 ke 8 anak syarikat. Huh! enjoy la untuk bulan Feb ni,walaupun gaji bulan lepas masuk lewat tp pas je dpt gaji dapt lak bonus, blm masuk ang pow dari tiap2 company yg ada. Minggu naik keje lak bos2 bagi angpow personal plak. Yes memang suke kan, bukan takat bos aje tp supplier yg bese keje ngan kitorang pun siap bagi ang pow gak. Tak banyak mana la dpt ang pow tp dpt la nak buat tambah2 duit blanja.

Pg tu ada tarian singa, bakar mercun dan aktivit makan2. Lepas tgahri kitorang baru start keje tp ptg sket derang kat area depan sibuk ngan minum2 lak. Big bos pun turut join kan, so tak leh nak kata apa la. Aku tak join pun pasal derang minum air keras, kalo ada pun air untuk aku mlas la aku nak join. Tak baik untuk bakal baby aku tgok gelagat derang ni.


So hal keje start je rabu dan hari seterusnye memang busy, maklum saja la dah seminggu lebih bercuti. Ada masanya aku ngan geng rasa macam blur ngan keje kitorang lak. Ye la seminggu lebih tinggalkan keje tu tup tup nak start blk kelam kbut la sket. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar gak untuk minggu pertama kerja.

Hari khamis office buat internal dinner untuk semua staf tp aku tak join pasal aku rasa time tu mesti tak de aktivit lain yg derang buat slain daripada minum2 je. Tak nak la join kan, dear pun tak menggalakkan sangat tp kalo aku nak pg gak dear bagi jugak. Hmmmm baik tak yah, lepak2 kt umah je lagi baik.

Hujung minggu semperna cuti Maulidur rasul tak g mana2 pun setakat jalan2 kat klang, pergi framekan gambar family aku yg dah lama aku plan nak framekan. Maklum saja la tu la satu2 kenangan terakhir brgambat nga arwah. Sedih pilu tgok gambar ni tp kuatkan semangat gak la. Sempat jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi walaupun dear cuma pakai suar pendek je. Hehe..jahat kan aku ni, hasilnya dpt la beg baby, maternity pad yg bakal aku gunakan ngan 2 pasang baju lg untuk baby. Hmmmm nak rembat breast pump pureen tp dear kata tak payah beli sekarang, nanti kalo dah tiba masa dear akan dtg sana belikan untuk aku. Ala..rasa cam nak pg sorang2 beli sendri lak. Sabo je la.

Sabtu keje half day, tghari pg umah Ira kat seksyen 18. Pas makan2 kitorang g summit tgok wayang. Lyan gak la ngan cite "LITTLE BIG SOLDIERS" memang funny pasal ada jackie chan kat filem ni. Tak plan nak tgok cite apa tp kebetulan nak poster filem ni terus dear ajak gok. Tak ramai la org tgok tp bg aku ngan dear tetap enjoy. Ehmmm tak pe kan kalo ngandung tgok cite funny jgn tgok cite ganas2 la kan.

Ahad hari ni, dear kuar ngan kawan aku lak dok umah. Jap g nak kemaskan blik depan dengan pelbagai kotak2 barang2 kitorang. Termasuk segala dokumen, ni dek kerana mana la tau kalo2 mak aku dtg nak tido umah aku lak ke kan. So prepare awal2 la. Ok la penat tul nak taip full story sepanjang 2 minggu tp mmg byak kisah menarik. Selamat berhujung minggu! :)