Oh lama benar tak tinggalkan jejak sendiri dalam blog sendiri. Maklum saja la kesibukan kat ofis memang berganda2 sekarang ni. Tp skg bukan nak cite pasal busy kat ofis tu tp nak syer cite yg best2 ajer la ok.
Minggu pertama cuti tahun baru cina aku ngan dear buat kenduri semperna masuk 7 bulan. Hari Rabu nya kami selamat sampai kat kg bila dah hampir masuk maghrib. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dek kerana dear bawa kete slow2 gak la, syok kan mcm dating lak. Nak ajak dear jalan2 kat Pangkor tp malas la dpat balik kg pun dah syok berganda2. Bermacam2 aktiviti yg kami buat di kg, dear sempat tolong yang simen dinding dapur umah mak. Aku sempat siapkan tilam kekabu buat bakal baby kami nanti. Selebihnya lepak2, makan2 la kan.
Balik klang petang ahad selepas asar. Huh sedih gile lak nak tinggalkan kg pasal dah dapat duduk lama2 kat kg kan. Sampai klang dah masuk kul 10 malam. Kemas2 kan umah sket maklum la dah hampir seminggu umah terbiar kosong tiada bertuan.
Isnin aku masih cuti dan dear pun bercuti pasal diserang demam selsema. Mujur kene kat sini kalo kat kg cian lak kan, dah la klinik yg dear nak pegi cuma kat area klang ni je. Dear diserang semput, selsema, batuk + ngan demam. Sekarang ni alhamdulillah dah kembali seperti sediakala.
Hari selasa start keje, tp tak macam keje hari biasa pasal pg tu ada sambutan tahun baru cina kat ofis. dah tu plak time pagi2 jumpa je bos terus bagi ang pow! yes ni yg best ni setaun skali dpt byak ang pow dari bos yg agak ramai la kat sini. Maklum la, 1 bumbung ada 7 ke 8 anak syarikat. Huh! enjoy la untuk bulan Feb ni,walaupun gaji bulan lepas masuk lewat tp pas je dpt gaji dapt lak bonus, blm masuk ang pow dari tiap2 company yg ada. Minggu naik keje lak bos2 bagi angpow personal plak. Yes memang suke kan, bukan takat bos aje tp supplier yg bese keje ngan kitorang pun siap bagi ang pow gak. Tak banyak mana la dpt ang pow tp dpt la nak buat tambah2 duit blanja.
Pg tu ada tarian singa, bakar mercun dan aktivit makan2. Lepas tgahri kitorang baru start keje tp ptg sket derang kat area depan sibuk ngan minum2 lak. Big bos pun turut join kan, so tak leh nak kata apa la. Aku tak join pun pasal derang minum air keras, kalo ada pun air untuk aku mlas la aku nak join. Tak baik untuk bakal baby aku tgok gelagat derang ni.
So hal keje start je rabu dan hari seterusnye memang busy, maklum saja la dah seminggu lebih bercuti. Ada masanya aku ngan geng rasa macam blur ngan keje kitorang lak. Ye la seminggu lebih tinggalkan keje tu tup tup nak start blk kelam kbut la sket. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar gak untuk minggu pertama kerja.
Hari khamis office buat internal dinner untuk semua staf tp aku tak join pasal aku rasa time tu mesti tak de aktivit lain yg derang buat slain daripada minum2 je. Tak nak la join kan, dear pun tak menggalakkan sangat tp kalo aku nak pg gak dear bagi jugak. Hmmmm baik tak yah, lepak2 kt umah je lagi baik.
Hujung minggu semperna cuti Maulidur rasul tak g mana2 pun setakat jalan2 kat klang, pergi framekan gambar family aku yg dah lama aku plan nak framekan. Maklum saja la tu la satu2 kenangan terakhir brgambat nga arwah. Sedih pilu tgok gambar ni tp kuatkan semangat gak la. Sempat jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi walaupun dear cuma pakai suar pendek je. Hehe..jahat kan aku ni, hasilnya dpt la beg baby, maternity pad yg bakal aku gunakan ngan 2 pasang baju lg untuk baby. Hmmmm nak rembat breast pump pureen tp dear kata tak payah beli sekarang, nanti kalo dah tiba masa dear akan dtg sana belikan untuk aku. Ala..rasa cam nak pg sorang2 beli sendri lak. Sabo je la.
Sabtu keje half day, tghari pg umah Ira kat seksyen 18. Pas makan2 kitorang g summit tgok wayang. Lyan gak la ngan cite "LITTLE BIG SOLDIERS" memang funny pasal ada jackie chan kat filem ni. Tak plan nak tgok cite apa tp kebetulan nak poster filem ni terus dear ajak gok. Tak ramai la org tgok tp bg aku ngan dear tetap enjoy. Ehmmm tak pe kan kalo ngandung tgok cite funny jgn tgok cite ganas2 la kan.
Ahad hari ni, dear kuar ngan kawan aku lak dok umah. Jap g nak kemaskan blik depan dengan pelbagai kotak2 barang2 kitorang. Termasuk segala dokumen, ni dek kerana mana la tau kalo2 mak aku dtg nak tido umah aku lak ke kan. So prepare awal2 la. Ok la penat tul nak taip full story sepanjang 2 minggu tp mmg byak kisah menarik. Selamat berhujung minggu! :)
No comments:
Post a Comment