Salam...
Selamat hari jumaat, esok cuti untuk deepavali plak. semalam dah la amik cuti gak pas tu next week ada lg appoiment kat klinik. Ayak! begitu byak cuti aku amik bulan ni..teruk la rekod pekerja cemerlang kalo macam ni je tiap2 bulan. Semalam semua ok tp isnin ni nak kene wat MGTT.. sgt la malas nak g pasal nak kene minum air gule tu.
Hari ni tak de keje sgt lak kat ofis, jap g nak kuar makan tp tak tau nak makan apa. Dah la berat dah naik plak baru 3 minggu lepas timbang masih turun tetiba naik lak. Makan pun masih kurang selera tp blh lak naik 2kg. Adoi la.
Cite best esok nak g open house zila wat untuk geng melewar & poli gak. Sgt teruja menanti saat ni pasl time ni je la kitorang jumpa. Once time for a year ok. Padahal sume dekat2 je tp ntah la memasing menyibukkan diri lak. Skrg tgh fikir nak pakai bj apa pasal aku g sorang, dear tak dpt join pasal kene keje lak hari tu. Tu yg geram je aku ngan dear pasal time2 cam ni la dear tak join. Kalo nak ikutkan suami zila tu member sekampung & 1 skola dear. Tp kurang rapat je la kan.
Ok nak siap2 nak kuar makan, nak g ngan amoi sorang ni lak. Nak bawa die g makan kat mane la ni...pening pala dok fikir dah. Hehehe aku nak makan claypot la, tp die nak makan ayam goreng melayu la plak. Tak de tmpat lain la aku leh g, tp tmpat yg aku bese makan tu ayam goreng sedap cume cepat abes je. Tu yang aku mals nak bawa tu. Hahahaha..ok Bye :)
Salam...Lame rasenye tak update blog ni, kalo ikutkan pg ni patutnye tgh busy2 kat office tp sorry la today amik half day la kalo ikutkan plan. Tp kalo lambt maybe leave untuk 1 hari, mujur HR kata ok je semalam kan so senang hati sket nak g check up. Hari ni check up kali ke 2 kat klinik kat kg ni je. Plan nak g awal tp dear kata lambat pun ble. Lepas ber"sms" ngan kak ipar so aku decide g lewat sket la kan, lg pun kalo pg awal macam lambat sgt je tunggu. Skrg dkt kul 10...g kul 11 pun blh kate akak ipar aku tu la kan. Jgn nurse yg ada tu bising dah la. Tension lak nanti mau naik plak bp aku...heheheEh now dah masuk 15 minggu... kejap je. Tp blm nampak buncit la pasal aku oversize kot. hahahha..next week dah masuk 16 minggu @ 4 bulan. Wah!!!sgt excited tmbah lak next 2 week ada scan for 2nd time kat klinik kesihatan anika, klang. Harap2 bby ni sihat dan membesar dengan sempurna...amin.Sepanjang minggu lepas asyik menyibukkan diri, bukan apa hujung2 minggu ada je aktiviti. Minggu ni pun sama la, masih blm sempat nak menyibukkan diri nak kuar beraya. Tambah lak bila ajak dear g umah mak cik nak braya leh lak dear kata g umah mak cik yg kita blm jumpa kat kg je. Adoi la...kan time arwah meninggal tu punya la mak cik blk...ish! tu tanda malas nak kuar braya la tu kan...ikutkan je la.Minggu lepas pak cik dear (abg sulung MIL) meninggal dunia. aku dpt tau time kat office pasal sabtu tu aku tgah keje. Kat umah MIL lak ada kenduri lenggang perut untuk eja, so agak terkejar2 jugak la nak pg sane kan. Dear janji ngan MIL nak g jenguk malam minggu tu la pasal kalo nak tgok jenazah mesti tak sempat. Kenduri pas asar dan arwah kebumikan pun lepas asar. Malam gerak dr umah MIL g sana, sampai2 je derang trus ajak g umah sebelah pasal mlm tu ada sepupu dear nak nikah plak. Kalo ikutkan nikah pas asar tp tunda nikah lepas isyak. Aku mlas la nak g tgok nikah tu lg plak pala aku skit la plak time tu so blk umah trus tido.Ahad baru dpt g jalan2 tgok wayang. Nak hilangkan stress rasenye kan, bukan apa byak cuti tp cuti ngan hal2 yg mengejutkan je. Sekurang2 dpt la release segala beban yg aku tanggung. Alhamdulillah aku sekeluarga dpt terima pemergian org tersayang.Minggu ni lak ada umah terbuka untuk kawan2 time blajo kat poli dan umah sewa gak. So kalo tak g rugi la kan, nak g rewang dear lak keje..mesti tak best. Lg plak tak sempat dah nak g braya umah kawan2 lain tu. Ahad baru g rewang la, tu pun mesti kene g awal pasal dear ni mmg rajin la g rewang...aku je yg kekadang malas sgt.Ok la nak g siap2 nak g klinik, harap2 org tak ramai la dan dlm sejam je dah settle la. Bosan amat kalo tunggu lame2 pasal channel tb kat sana tu tak leh tukar...kalo ada astro ke best la gak..hahahah :)
Salam…
Begitu pantas masa berlalu, usia kandungan aku dah masuk 14 minggu. Hari ni genap seminggu arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kejutan yang teramat menyakitkan untuk dihadapi tetapi mesti aku tempuh dengan redha.
Berkisah tentang kematian ayah, tengahari khamis lepas aku call mak kat kg saje nak Tanya khabar tambahan pulak mak call aku semalam nya time aku keje so tak banyak yang leh aku cite kan. Agak menghairan kan sebab kul 2ptg aku call mak ayah aku masih blm blik dari kebun. Kebiasaannya tak pernah selewat ini kalo kuar pg kebun. Tambahan pula sebelum keluar arwah ada mengadu pening2 tp masih bersemangat nak abeskan kerja di kebun.
Lepas aku call mak mula rase tak sedap hati, akak ipar dah blik dr sekolah so die yg msg kat abg mintak g tgok kat kebun. Ajal dah sampai kan, arwah pergi sendirian di kebun getah yg baru beberapa bulan ditanam semula. Menjadi kes polis sebab tempat kematian tu agak mencurigakan, tp kami sekeluarga tak ambil pusing pasal tu seab arwah sememangnya tak ada musuh, ajalnya sudah tiba tika itu. Sempat melihat gambar dari hp abg tp rase sayu melihat arwah terbaring ditepi semak dengan cuaca terik tengahari tanpa ada sebarang bantuan.
Mak tahu bila diminta dtg kebalai polis untuk buat pengesahan, masa ini aku tak dpt bayangkan macam mana perasaan mak. Walhal kitorng yg dengar melalui telepon pun dah cukup sedih. Arwah diminta izin untuk dibuat post mortem untuk mengetahui punca kematian, mujur mayat arwah tidak diganggu dek binatang berbisa maupun binatang buas yg ada dikawasan berhampiran hutan.
Sejam selepas aku call mak aku dpt call dr akak ipar kat sri kembangan bgtau arwah dah tak de. Dengan perasaan yg tak dpt aku gambarkan tika itu masih sempat bgtau HR aku nak blik awal. Mujur dpt pelepasan walaupun bulan ni terlalu banyak cuti yg dah aku ambil. Dlm keta sempat call akak kat puchong, dear yg keje kat poli shah alam time tu. Terus start enjin, drive dan menangis sepuas2nye. Alhamdulillah pemanduan aku selamat sampai dirumah, tak sempat nak mandi trus siap2 kemas baju aku ngan baju dear. Sempat call pak cik kat ampang nak bgtau pasal arwah. Ingat nak amik dear tp selang 10 minit pas aku sampai umah dear pun sampai dengan motor kawan keje. Mujur kawan keje dear dtg keje naik motor pg tu, kalo tak aku kene amik dear dl baru blik kg. tunggu dear siap aku masukkan brg dan siap2 nak blk kg.
Kami ikut highway coz lebih cepat sampai pasal kalo ikut jalan kuala selangor teluk intan terlalu bnyak lampu isyarat. Di highway bertembung dengan abg yg duduk di bukit beruntung dan dear hanya follow abg je la. Aku dok risau takut2 tak pat tgok arwah lg.
Kami 4 bradik sampai kg dalam masa yg hampir sama, abg sulung sampai dulu kemudian aku dan yg last abg ngan akak aku. Kebetulan masa kami semua tiba arwah baru sahaja tiba dari hospital. Nasib kami baik dan dpt melihat arwah buat kali terakhir malam tu. Raungan mak yg membuatkan kami bertambah sedih tp kami kuatkan semangat juga.
Malam semestinya tak blh tido, mengenangkan kesedihan mak. Aku dan pak cik mak cik sempat la membacakan bergilir-gilir membaca yassin dan mengaji quran untuk arwah sepanjang malam. Hilang letih bila melihatkan arwah terbaring kaku. Mak langsung tak pat tido hanya mampu baring sahaja.
Pagi jumaat tu arwah selamat dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan sempurna oleh rakan2 masjid. Majlis pengkebumian memang dihadiri dengan begitu ramai kenalan mungkin kerana arwah rajin ke masjid sembahyang jemaah. Malam jumaat penuh rumah dihadiri rakan2 masjid yg dtg membacakan surah yassin buat arwah, sangt terharu dengan nilai persahabatan arwah.
Aku, mak dan akak ipar tak pegi ke tanah perkuburan. Aku dan akak ipar tengah mengandung so orang tak galakkan pergi. Insyaallah aku akan singgah menjenguk kubur arwah hari raya haji nanti. Mak memang blm ada kekuatan nak pergi walaupun hari ke3 arwah selamat dikebumikan.
Hari khamis mlm jumaat mertua abg yg dok kat kg dtg dari kedah sempat tido kat umah, mertua aku dtg hari jumaat malam sebab sesat dan mertua abg aku yg kat teluk intan dtg hr ahad sebab ada hal di perlis. Mertua aku dan mak sama status la ni. Arwah ayah mertua meninggal awal tahun, 23 januari 2009. masa aku nak blk kg ptg tu singgah kat umah MIL memang die pun terkejut so nak kata apa lagi kalo dah tiba ajalnya kan.
Kenduri tahlil dibuat di rumah selama 3 hari berturut turut. Insyaallah malam ni akan diadakan kenduri tahlil malam ke 7 di masjid. Aku pesan kat mak jangan masak kat umah mintak org masakkan pasal tak de sapa yg nak tolong mak masak.
“Tiada kata mampu diungkap, Tiada sentuhan mampu dirasa lagi, Hanya kenangan yang kekal abadi”
Salam…
Alhamdulillah hari ni genap hari ke enam selepas majlis pengkebumian ayahda tercinta. Tak banyak yg blh dikongsikan buat masa ni, keadaan aku sendiri pun bercelaru. Niat di hati nak mulakan kerja supaya fikiran tak merewang ke mana2 la kan. Tp skrg ni aku rase tak sehat plak, maybe kejutan yg teramat mengejutkan aku dan kuarga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Semoga aku dan keluarga akan sentiasa tabah dengan dugaan dari Mu yg maha esa. Amin.
Salam…
Masih dalam mood raya lagi kan time ni walaupun dah masuk minggu ke 2 raya. Tp cian lak kat aku ngan dear pasal tahun nib lm banyak umah yg sempat kami jengah lagi. Alhamdulillah malam td selamat serbu 3 buah umah dekat area2 umah jugak la. 1st g umah wak dear pas tu pg umah sepupu dear dan umah last umah akak dear kat depan umah MIL. Hehehhe plan nak g yg jauh sket tp pasal dok kat 1 umah panjang lak citenye kan, tambah lak jarang2 nak jumpa kan.
Insyallah malam ni nak g umah akak ipar kat sg kandis, beraya dan nak melawat skali pasal katanya ada ketumbuhan yg nak kene buang next month. Seriau je dengar kan. Ehmmm pape pun tu dah takdir nye. Nak on laptop pun tak de mood sgt, takat tumpang tgok je time dear gune.
Berkisah pasal aku minggu ni memang start keje lambat. Mula keje hari rabu, kalo org lain isnin keje tp aku isnin dah terpacak depan klinik kesihatan pasal nak g wat buku pink tu la. Hasilnya setakat ni amatla stress! Pasal ape?pasal aku disuspek ada tekanan darah tinggi. Aduhai…rasenye mesti aku tak makn sehari tu yg aku nye bp naik mendadak kot. Selera nak makan tak de pasal blk dr kg hr jumaat aku demam sampai hari sabtu tu kene cirit birit lak. Dari kul 4 pg lagi perut dah meragam nak kene layan g toilet selalu. Nak amik ubat yg ada takut effect lain lak kan, sabor je la. Abg ngan akak dtg beraya pun dear yg tlong serve, masak lagi la jauh. Setakat masak air tu blh la, memang 2 3 hari tu melepek gile aku.
Umah dah tak sempat nak kemas, bukan tak sempat tp pasl tak larat. Blog maupun facebook tak de rase pun nak jguk. Baring2 tido…tu je la yg aku tau. Dok kat umah MIL nasib baik kurang sket.
Isnin g klinik kat kg je, tp ptg baru settle la. Selasa kene g klinik klang, pasal nak jumpa doc lagi kat sane. Kesabaran mmg sgt la di uji time2 cam ni. Harap2 semua selamat la, awal2 lagi cam ni mntak2 akan dtg semuanya ok la.