Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, January 9

Berkerja, Berniaga atau Duduk sahaja

Assalamualaikum ..

Tajuk hari ni lain macam pula rasanya. Ye, ini yang mama rasa, setiap kali anak-anak minta sesuatu bila mama jawab nanti mama bagitau ayah. Kita tunggu ayah balik kerja baru kita tanya ye. Huhu budak mana nak faham kan apa yang kita fikirkan untuk mereka. Tiap kali mama cakap macam tu, mesti akan ada jawapan, mama kerja la macam dulu, mama jual la aiskrim yang mama buat tu. 

Aduhai anak, ikut hati memang nak kerja. Ada hutang lagi yang belum langsai tapi ayah dah janji nak tolong bayarkan. Ha 1 beban mama ayah dah galas. Tak bekerja bukan bermakna mama tak ada duit, ada la ayah bagi untuk belanja dapur. Sekurang-kurangnya sebelum beli atau buat sesuatu apa kata kita bagitau ayah dulu. 

Mama sanggup buatkan aiskrim untuk anak-anak mama supaya tak perlu korang naik basikal beli di lorong sebelah. Merisaukan mama bila tengok korang naik basikal lalu di jalan yang sibuk. Mama tak ada niat nak jual aiskrim tu bila ada ramai kawan korang datang rumah minta aiskrim, niat mama korang makan sama-sama dan sedekahkan je moga-moga rezeki ayah makin bertambah. 

Mama buat kuih untuk makan kita je, walaupun kadang kala mama buat nampak banyak tapi hakikatnya korang sendiri makan pun berebut. Ye, setiap kali buat karipap atau donut mama gunakan 1 kg tepung. Selalunya karipap tu memamg jarang mama dapat sejuk bekukan. Memang cepat habis. Buat petang ni, esok pagi dah habis. Kalau beli 5 biji mesti korang akan cakap tak puas, tak cukup. Ye selera korang tengah nak membesar. Mama ikutkan saja. 

Jual barang, dropship lagi 1 hal. Korang memang pantang tengok mama pegang hp, korang pun nak juga tengok. Nak pula Nur Aisyah baru 1 tahun lebih jadi banyak masa mama nak tumpukan pada dia. Memang orang kata dropship senang bila anak tidur pun boleh buat, ambil masa sekejap saja kan. Tapi prinsip mama bila depan anak-anak mama kurangkan pegang hp. 

Mama tak benarkan korang naik basikal kesekolah walaupun kita duduk di kawasan kampung. Ye kampung tapi kita di pinggir bandar, banyak kereta motor lalu lalang. Jadi agak bahaya untuk mama lepaskan korang berbasikal. Biar mama ambil dan hantar kesekolah. Biar mama penat berkejar asalkan korang selamat. 

Di rumah mama tak duduk saja, ada banyak kerja mama nak selesaikan. Jemur kain, masak, lipat kain, kemas rumah supaya korang selesa. Minat mama pada jahitan, mama akan buatkan korang baju dan seluar bila kelapangan. Alhamdulillah baju sekolah agama tahun ni mama dapat buat. Baju tidur dan baju basahan pun mama dah buatkan. sekurang-kurangnya mama menjimatkan sedikit duit ayah. 

Mama bukan jenis pergi jalan rumah orang bersembang kosong ye, mama jarang sangat nak duduk rumah orang lama-lama. Lebih baik duduk rumah dari bergosip yang tak ada faedah tu. 

Semoga korang faham niat mama. Mama dahulukan korang dari diri mama sendiri macam tu juga ayah.


  1. Tambahan sikit, mama ada je orang minta tolong jagakan anak tapi ayah tak bagi juga. Alasannya mama keluar masuk ambil Amar,  Ashraf dan Amsyar balik sekolah. 

1 comment:

Umi Nazrah said...

salam singgah. setuju! bila kita ni jadi mak2, memang camna pun fikir pasal anak2 ja. orang nak cakap apa pun, lantak lah dorang :)