Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, January 4

Persekolahan 2019

Assalamualaikum..

Sudah Jumaat hari ni, alhamdulillah dah hari ketiga anak-anak bersekolah.  Syukur ya Allah mudahkan urusan kami, ye la tahun ni semua tinggal masuk je sekolah semula.  Amar sekarang tahun 3, Ashraf dah tahun 2 dan Amsyar masih di Pasti kelas 5 tahun.  2 tahun lagi kami pasti sibuk menguruskan anak masuk darjah 1.

1. Buku tulis dan lencana
Persediaan persekolahan mama dah siapkan dari awal kecuali baju je.  Buku mama dah beli sebelum kita balik kampung sebab tahun sebelum ni bila pergi hujung bulan memang ramai sangat orang yang nak beli buku juga. Jadi beli awal senang tak perlu nak beratur panjang.  Kebetulan masa mama pergi cuma ada 2 orang je masa tu. Urusan beli buku dah habiskan Rm120.00 termasuk lencana. 

Buku beli ada lebih biasanya sebab sejak dari Amar tahun 1 memang akan ada buku lebih tapi simpan sebab buku dijual di sekolah lebih mahal kan. Ye la ada gambar sekolah kot. Jadi aku akan catu beberapa buku je untuk awal tahun ni sebab nanti cikgu akan bagitau untuk 1 subjek berapa buku nak guna. Amar dah tau untuk Bahasa Malaysia je kena guna 3 buku tulis dan 1 buku catatan. Fuh yang pasti setiap hujung tahun jarang sangat guna sampai helaian akhir tu. 

2. Pakaian
Baju mama beli baju kemeja dan seluar untuk Ashraf, Amar mama cuma beli 2 helai seluar ganti seluar lama yang dah senteng. Baju sekolah agama dan sampin mama jahitkan cuma beli kain je.  Habis lebih kurang rm150.00

3. Kasut
Kasut sekolah kita beli di Bata. Kebetulan hujung tahun Bata ada buat jualan gudang di Kapar, Klang jadi kita pergi tengok kasut di sana sebab sebelum ni pernah pergi kita balik tangan kosong. Alhamdulillah kali ni banyak sangat pilihan cuma susah sedikit nak mencari saiz sebab dah bercampur. Kita datang awal jualan kalau dah hujung entah macam mana la gayanya tu. Jumlah habis rm25.00 untuk 4 pasang kasut.  Murah sangat untuk ibu bapa yang ada anak ramai. Kita dapat promosi beli 3 percuma 1. Mama ingat beli 1 jenis kasut je baru dapat tapi bila beli 4 automatik terus dapat jimat 1 kasut.

4. Beg
Beg sekolah mama beli untuk sekolah agama sebab korang asyik minta nak beg tu je, jadi mama belikan untuk korang makin rajin belajar lagi. Amsyar pun mama beli beg baru sebab beg lama dah koyak di talinya. Jumlah habis rm60.00 untuk 3 beg.  Beli pun kat Shopee semperna 12.12 lepas. 

Beg sekolah kebangsaan yang lama masih elok lagi, jadi korang gunakan je la sampai betul-betul rosak. Huhu..

5. Yuran
Yuran sekolah agama selesai bayar 27.12.18 yg lepas. Jumlah yuran untuk Amar dan Ashraf rm 390.00. Yuran ni dah termasuk buku latihan, buku tulis dan kelas tambahan bagi tahun 4, 5 dan 6. Sekolah kebangsaan belum bagitau yuran berapa, kalau tahun lepas cuma bayar PIBG rm50.0 tapi tahun ni akan ada tambahan nampaknya. 

Yuran Amsyar je yang mahal tapi insyaallah akan ayah usahakan juga. Tak pernah lagi kita berhutang dengan pihak Pasti. Jumlah yuran Amsyar rm500.00 termasuk baju sukan. Baju uniform pakai yang lama sebab masih elok dan muat lagi. 

Ini bayaran Pasti di sini, lain kawasan mungkin lain jumlahnya. Anak saudara di Perak pun berbeza jumlahnya jadi yang ini boleh jadikan rujukan atau budget kewangan. Ada yang kata mahal tapi setakat ini, di sinilah antara yang murah berbanding dengan tadika swasta yang lain. Lagipun 2 orang abangnya belajar di sini, alhamdulillah boleh membaca awal usia 6 tahun.  Kalau tak boleh membaca akan ada kelas tambahan untuk membaca tapi terhad pada murid 6 tahun.  Mualimah lebih prihatin sebab di sekolah nanti susah kalau mereka belum boleh baca. 
Inilah sedikit sebanyak yang mesti disediakan bila nak mula bersekolah. Moga jadi panduan mama akan datang untuk melihat sejauh manalah peningkatan nilai harga barang.  Hehe, jumlah semua ayah berhabis buat korang kurang rm1,300.00 kurang dari budget mama rm2k. Haha 

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

tengok parents share cerita anak2 masuk sekolah.. tingat pula zaman sekolah.
haih zaman paling seronok. cepatnya masa berlalu..