Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, January 17

Parking Bertiket di Kota Kemuning

Assalam...

Minggu lepas ponteng kerja pergi selesaikan semua urusan rumah. Bila sudah selesai baru senang hati kan. Tak kisah ambil cuti 1 hari asalkan yang penting aku dapat siapkan semua urusan yang tergendala. Semua yang orang lain minta kami selesaikan pun dapat kami selesaikan. Tinggal misi aku dan suami mencari beg sekolah sebab dia sibuk minta beg sekolah sebab asyik tengok orang lain asyik pakai beg sekolah.

Ok, nak di jadikan cerita kami pergi ke Maybank Kota Kemuning berhampiran dengan Mc Donald untuk bayar duit sewa rumah. Terkejut! sebab ada ramai penguatkuasa MBSA berkeliaran. Ha....mujur aku tak kerja dekat kawasan yang ada parking dalam kawasan kilang. Kalau tempat kerja lama sudah pasti perlu membayar parking setiap bulan/hari.

Selama ni mesin parking yang ada aku tengok tak pernah nampak ada orang guna. Bila ada penguatkuasa MBSA beratur punya panjang tunggu giliran nak guna mesin parking tiket. Ha....ada hati nak kene saman?  Silalah datang sini...kalau tak silap bermula tahun 2013 kot, mujur tak dapat keje di kawasan sana...di tambah-tambah dengan bilangan kereta yang makin lama makin banyak. Sampaikan terkadang nak pergi bank pun terpaksa pusing 2 3 kali baru dapat parking itu pun bukan dekat dengan bank tapi agak jauh dari bank.

Hehe...sekarang semuanya perlu di bayar mana ada yang percuma. Mahu atau tidak sila terima, nilai wang semakin hari semakin kecil. Contoh macam tempat kerja aku sekarang ni...orangnya asyik silih berganti, bila minta naik gaji katanya tak sepadan dengan kerja. Walhal dah sah-sah kerja memang banyak tapi gaji di berikan tidak setimpal. Mahu atau tidak...kita sendiri yang menentukan. :p

 

No comments: