Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, May 2

Ashraf Sudah Setahun

Assalam...

Alhamdulillah sudah setahun masa berlalu dengan pantas kini Ashraf sudah pun setahun. Saat paling gembira adalah bila melihat dia sudah mampu berjalan dengan sendiri sebelum mencecah usia setahun. Syukur kerana Allah berikan aku dan suami nikmat yang tidak mampu kami nilaikan dengan apa juga benda.

Detik 3.45 petang hari Jumaat tahun lalu aku telah selamat melahirkan dia secara normal. Teringat-ingat detik itu kini. Bila di fikirkan terasa ada bebanan tapi aku tidak endahkan cuma bersyukur kepadanya setelah 3 tahun berkahwin kami di kurniakan Amar dan setahun kemudian Ashraf pula. Paling tidak ada juga mulut yang mengata.... terbabas, jadi nak buat macam mana? pasrah dengan rezeki, lagi pun tidak salah kalau ada anak rapat kan. hehe...

Kami sambut di rumah nenek, aku tak merancang untuk menyambut tapi dear yang plan sendiri. Petangnya kami pergi beli kek yang tak sampai 1kg pun, aku fikir cuma makan-makan kami berempat tapi selepas beli dear baru bagitau nak buat macam mana? hentam saja lah kan.

Kek makanan pertama habis, melainkan gula-gula Amar larikan 1 bekas. Ish...hantu gula-gula anak yang seorang ni tau. Kami cuma sediakan biskut, keropok dan gula-gula dengan air oren. Cukup la, sebab orang lain belum makan malam lagi. ahaks!

Buat Zikri Ashraf anak comel mama, mama doakan semoga Ashraf menjadi anak yang soleh, bijak dan berperibadi tinggi sesuai dengan tahap comel yang ada.


No comments: