Setelah seminggu berjalan-jalan baru ada masa nak jenguk blog. Mengemas rumah, melayan anak-anak seperti biasa adalah hal-hal di dahulukan sekarang. 2 bulan tak kerja rasa macam dah berbulan-bulan duduk rumah. Ahaks!
Balik kampung hujung minggu lepas, kemudian kami ke Johor untuk menghantar ipar ambil repeat exam di sana 2 hari dan sambung bercuti ke Port Dickson. Wah! penat tau.
Perkara biasa kami balik kampung adalah duduk diam-diam di rumah dan mak akan masak sedap-sedap sampaikan sekejap pergi dapur makan dan sekejap lagi ulang balik ke dapur. Ish...perut sentiasa penuh ok. Mak rajin masak bila anak-anak balik. hehe...ambil kesempatan makan sepuas hati.
Kami balik kampung hari Jumaat, malamnya dear join abang aku tengok bola sepak di Ipoh. Kebetulan Perak lawan Selangor dan yang penting dear duduk di seat penyokong Perak dan Perak menang malam tu. hehe.... Kesian! Balik dari Ipoh aku dapat makan satay walaupun dah pukul 1 pagi. Ada aku kesah?
Dear ambil masa di Stadium Ipoh |
Dear repair kaki kipas opah di kedai pak yang, aku ngan Amar jalan di pasar tani dengan mak |
Jem gila dalam kereta, sakit bontot sambil melayan anak-anak. Mujur Amar tidur lama senang ayah nak drive kalau tidak sibuk tunjuk itu ini sepanjang jalan.
Amar tidur, Ashraf kacau |
Syukur setelah berbulan tak balik kampung kami dapat balik juga.
No comments:
Post a Comment