Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, May 10

Selalu Bersyukur!

Assalam...

Syukur, memang sentiasa diluahkan hampir sepanjang masa.Ada anak 2 masa untuk diri sendiri sentiasa terhad atau pun kadang kala tiada masa untuk memanjakan diri. Ish...ini baru anak 2, macam mana dengan orang lain yang sudah ada 3, 4 dan seterusnya? pasti berlainan pula rasanya kan.

Hmmm memang tidak sangka usia menjangkau 28 tahun anak sudah ada 2 orang, tahun ini sudah 29 tahun masih belum mahu menambah bilangan lagi. Bagilah kami @ aku peluang berehat, tak kan setiap tahun mahu "buat anak" kot. ahaha...

Terpandang gambar seorang kawan sePoli dulu walaupun berlainan course dan intake tapi boleh di kira kawan juga la kot. Hehe...kat poli tak pernah nak bertegur last-last kat FB  baru sibuk.

Syukur aku ada suami yang banyak membantu dan keluarga mertua yang ada berhampiran yang mudah untuk memberikan sebarang bantuan. Ini kebaikan duduk dekat dengan keluarga @ mertua. Hehe...ambil kesempatan! :p

Sejak dapat tahu mengandung anak ke 2 aku sudah haru biru, mana tidaknya makan minum sekarang pun tak terjaga inikan pula bila ada anak 2 lagi lah hancur rancangan masak, mengemas maupun membasuh.

Tekaan itu memang benar, bermula dengan menjadi ibu bekerjaya sambil menjaga 2 anak di sebelah malam. Memang mudah kerana sebelum balik rumah bungkus makanan, ambil anak dan bawa balik rumah, mandi atau makan bersama-sama anak-anak, kemaskan dapur sikit sambil basuh kain. Kalau dear balik lewat ini rutin setiap malam kecuali bila tiba masa rajin nak masak aku pun masak la. Dear biasanya pulang lewat kadang kala hampir waktu subuh. Jadi anak-anak adalah urusan aku sendiri. Tidurkan anak kemudian aku siapkan baju untuk aku pakai esoknya, siapkan beg baju anak-anak, jemur kain atau lipat kain. Setiap hari hampir perkara yang sama aku buat.

Tidak pernah terlintas nak ambil pembantu rumah, bukan apa kami ni bukannya golongan berada. Kos pengasuh hampir separuh gaji tapi rasanya berbaloi juga sebab aku dapat membantu ahli keluarga aku juga. (Amar dijaga oleh nenek dan Ashraf dengan kakak ipar).

Paling tidak seronok masa untuk bermain dengan anak-anak adalah terhad. Setakat sejam dua saja tapi bila hujung minggu memang kami habiskan masa bersama-sama dirumah. Puas, dapat masak dan makan berempat!

Sekarang bila dah berhenti kerja memang terasa beban tapi masih mampu aku galas.

Dear kerap balik kerja lewat malam seperti dulu, kadangkala mencapai ke tengahari esoknya. Aku faham dear kerja keras untuk kami sekeluarga jadinya anak-anak tanggungjawab aku. Hehe....masak, makan, mandi, basuh kain mau pun kemas rumah menjadi rutin. Kadang-kala bila malas aku tidur dan hanya buat bila terasa rajin. Huih....dah nama duduk rumah nak tak nak kene buat juga kan.

Pendek kata jika selepas ini aku bekerja kembali, selalu lah beringat dan bersyukur. Anak itu anugerah tidak ternilai.

No comments: