Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 19

Sebelum Hujung Minggu

Salam...

Sengaja mahu menghabiskan masa yg tinggal beberapa minit je lagi ni nak balik umah. Mau jumpa itu budak bulat kesayangan saya. Itu budak memang bulat pasal banyak kuat makan. Apa2 aja yg kami sumbat mmg semuanya die telan. Huh blh tahan tahap tong sampah gak la ni, tp cian lak minggu lepas kene cirit birit 2 hari. So baik hati2 kalo nak bagi sebarang makanan pun.

Plan baik punya untuk sepanjang hujung minggu ni ialah nak lepak je kat umah. Huauahahaha....apa kes kan? ok la tu. Nak kemas bhagian dapur umah lak, rasa cam pinggan yg tak pakai periuk ngan kuali yg tak guna tu patut disimpan maupun dibuang.... (eh buang! cam sayang je la kan tp tgok pada condition brg dulu la tak nak la main buang gitu je).

Banyak kerja blh buat kalo dok umah, pling best blh tido... (tp maybe tak pat pasal time zikri tido la aku kene berkejar nak buat segala kerja di rumah. Nak siapkan masak serunding daging yg dah selamat aku rebus semalam tinggal nak siat2 dan nak masakkan je. Esok pg blh la mintak dear carikan bahan nya tak pun kalo dear tak nak aku pun blh kuar jalan2 ngan Zikri. Makanya lambat la jadinya serunding daging ku itu.

Mujur minggu ni tak de jemputan kawen2 ni kalo tak penat gak, ye la blk umah mmg la dah kenyang tp umah serabut tu yg penat tu. Tau2 je la anak kecil lagi ni kan, brg2 tak leh nak letak suka2 je. Tambah2 lak pape je yg zikri dpt pasti masuk mulut. Adoiiiiii kuman tu sayang!!!

Ok la, masa untuk kembali kerumah setelah seharian berhempas pulas mengerjakan tender yg tak siap2 juga. Pening kepala, layan asam jeruk maupun makan coklat blm dpt hilangkan penat kerja hari ni. Tinggal nak tgok Zikri pasti penat ku ini hilang sekelip mata. Selamat berhujung minggu semua... :)

No comments: