Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, November 24

Alahai Anak

Salam...

Pening sket kepala pg ni dek kerana sejak malam td memang dah letih nak fikir. Sempat jenguk2 google & found la byak gak info. Pling penat bila fikir pasal nak tukar susu Zikri ni. Leceh bertambah leceh, mahal ke tidak bukan itu masalahnya. Tapi bakal serasi ke die ngan susu yg doc bg pg ni? huhuhuhu kencang kepala fikirkan Zikri kat umah MIL. Nak call mlas la plak kang dpt info tak ok aku plak yg risau, better tunggu & MIL pasti ada caranya sendiri nak handle budak2 kecik ni.

Alkisahnya,
Malam td pas je blk dr pasar malam, aku g mandi2 ngan solat maghrib sambil dear layan2 Zikri bg makan kurma ngan roti. Siap je aku dr solat aku plak suapkan ngan nestum. Makan tu makan la tp sket je, kalo ikutkan macam tak nak makan abes la semangkuk yg aku bancuhkan tu....

Time nak tido br pasal die poo poo lak, ish sampai merah kangkang nya. Dear g umah akak ipar kat sebelah dpt la krim "Bruno oil" krim ni anak akak ipar gune time melecur kene sterika. Katanya kalo serasi maybe mlm ni sapu esok pg dah kurang merahnya. Mmg nampak kesannya, pasal kul 1 lbh zikri poo poo skali lg. Pedih gak la bila time nak lap2 tu tp terpaksa juga la kan. Kalo bawa masuk bilik air maunya menggigil pedih. Lg tak than tgok.

Alhamdulillah tidurnya lena sampai ke pagi lepas tido kul 2 lbh. Mata mama ngan ayah ni mmg terpaksa tahan je la, ayah ok lagi tak kerja kat ofis tp mama ni sabo je la. Kalo busy tak pe gak ni free memanjang plak ari ni. :)

Pg ni g jumpa doc, kul 8 lbh dah sampai klinik 24jam. Tp rupanya doc blm masuk lg. Adoi la..... nak marah tp sabo je la kan, dugaan pasti akan dtg & pergi dengan sebab musabab yg tak kan kita tau. Kul 8stgh doc masuk terus die pggil nama zikri. Wah sgt berbaloi2 tunggu 15minit itu pasal doc nya explaination mmg full of confident aku dgr. Ayah tak masuk tak tau nape, tp katanya apsal la lame tul duk kat dlm tu. Hehe tu la ajak masuk tak nak.

Zikri dah beri2 hampir 2 3 minggu ni tp tak de la setiap hari. Cume akan berulang selang 3 4 ari. Risau dah lama dah tp kalo ikutkan kata dear maybe die tau ada sape2 yg ada isi (ngandung) kot.... ni trend org jawa. Aku ikutkan je la, tp kalo dah sampai thp melecet ni kami ber2 dah naik risau gak. Tu yg bw g klinik gak.

Menurut kata doc zikri maybe tak sesuai ngan susu berlaktosa. Makanya perlu tukar ngan susu lactosa free. Hmmmm dah survey jenama apa, & doc pun ada bg jenama jugak yg maybe sesuai untuk Zikri. Tp untuk 2 minggu ni dr bg Novalac untuk atasi beri2 zikri tu. Harap2 dpt sembuh la risau bila tgok ada yg anak sampai kene thn kat wad, aku mmg lemah bab2 dok spital ni. Kalo tgok anak buah kene cucuk tgn pun aku dah nak nangis ni kan anak sendiri.

Untuk melecet doc bg krim sapu + ngan garam untuk di bancuh. Tp aku tak tau la setakat mana keberkesanan air garam ni pasal dah 2 3 kali aku bg zikri masih beri2.

Mungkin pas 2 minggu ni aku harus tukarkan susu Zikri. Jenama pertama yg bakal aku try jenama Similac LF as per saranan doc this morning. Kalo ikutkan cam nak je bg breast feed lg tp zikri dah mula menolak pasal thp kesabaran nya tunggu susu kuar tu kurang. Tak rezeki susu makin lama makin slow plak productionnya. Nak kata tak pantang, pantang gak. Makan pun jg gak tp dah rezeki sampai 6 bln je syukur jgk la. Mampu gak aku laksanakan sampai 6 bln je.

Ohhhh kepanjangan plak bebelan aku, coz mmg tgh free sesangt kat ofis la ni. Hehe big bos ada tp tgh tak kaco nak bg kerja so lepakking la. Nak ber FB pun dah naik muah dah.

No comments: