Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, April 7

Jaundis

Salam...

Lama sungguh tak bersiaran waktu malam, maklum saja la malam aku ni ada je yg nak dibuat untuk Zikri. Malam ni dear kuar main futsal dan sekarang Zikri tgh lena diulit intan sambil2 sekejap2 buat2 bunyi yg menandakan die lapa...hehehehe.

Hari isnin lepas aku bawa Zikri pg klinik kesihatan pasal nak cek tahap kuning die tp ntah la nasib tak sebelah kami lak, tinggi pada kata dr kat klinik so kene admit spital. Meleleh air mata bila bayangkan Zikri kene dok bawah lampu bogel2 lak tu ngan matanya ditutup...oh kenapa aku tak leh gantikan tempat die pada masa ni ek. Maybe naluri keibuan aku ni buat aku cepat tersentuh sekarang ni.

Kat hospital selesai urusan pendaftran wad, kami diletakkan di wad 6C pada mulanya. Tp oleh kerana pihak hospital kata tahap kuning masih rendah so pindah ke wad 6A. Tahap kuning pada peringkat klinik 290ml, pihak hospital amik darah kat tangan Zikri sampai 2 kali. Walaupun aku tak nampak tp aku blh tgok kesan kene cucuk tu ok. Ciannya die...... :(

Result kuar sejam kemudian, so time kat wad Zikri kene dok kat bawah lampu biru. Nak kata panas tu tak de jugak tp ntah la maybe la ni ubat nak sembuhkan sakit ni kan. Amat la haru biru Zikri duduk kat dlm tu, time lapar memang menangis bagai nak rak tambah2 lak dengan mata yg ditutup tu yg buat Zikri takut agaknya. Aku pun rasa nak nangis je kat situ tp aku kuatkan juga semangat psal org lain kesnya lagi teruk dr aku.

Malam tu pas maghrib dr dtg bg result, so kalo ikutkan blh balik tp dah mlm derang tak galakkan discharge malam2....oh terseksa lg la aku ngan Zikri malam ni, dah la esok last day urut mengurut aku. Sabo je la urut blh pinda lusanya, tp yg kecian esok pg kul 4 lbh derang dah amik Zikri nak amik darah lg. Oh tuhan!!!!! time ni memang seriau, jgn la kuningnya naik lg sampaikan kami tak blh blik lak. Dear yg pling kesian, penat nak ulang alik dr umah lg amik bju aku ngan Zikri lagi.

Pg tu dr dtg cek, aku tanya Zikri dah blh keluar katanya. Tp nurse kata tunggu lepas kul 2 ptg baru leh blk pasal derang nak tulis report kat buku tu lambat sket katanya. La 1 hal la plak, tak pe la kang kalo terus kene tahan sampai malam lg la leceh so tunggu punya tunggu kul 2 lbh dear g bayar bil pas tu baru la buku biru tu siap tulis report. Alhamdulillah kul 2.30ptg aku ngan dear dah gerak kuar dr wad. Kat tempat wad aku tinggal malam tu ada 4 org tp 3 kes kuning yg sorang kes demam. Kecian jugak tgok kat bby lain, tp 3 baby termasuk Zikri blh kuar tinggal akak tu keseorangan lak pasal dr nak scan jantung baby dulu br blh blk. Dah seminggu akak tu dok spital, mintak2 ptg tu akak tu dah blk la.

Sampai umah MIL dah sedia tunggu cucu ni dr spital. So nak kata apa kan terima je la. Pg ni nurse dtg jenguk katanya esok kene g klinik lg amik darah nak cek tahap kuning. Mintak2 sembuh la lepas ni, cian tgok Zikri maupun bby lain kene cucuk. Blm besar dah ada bekas kene cucuk. Sabo je la sgt2!

Ok la nak rehat2 kan minda, nak tido nak ready untuk esok. Pg esok nak kuar g klinik harap2 dah ok la kuningnya. La ni sgt2 tak sabo nak tunggu mak dtg hujung minggu ni ngan kuarga yang. Hmmm nak blk skali ngan mak la nanti. :))


Tuesday, April 6

Alhamdulillah

Salam...


Oh sudah lama tidak meninggalkan sebarang nota maupun catatan pendek di diari maupun blog kesayangan aku nih. Alhamdulillah hari rabu lepas aku telah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini. Terlalu indah nak digambarkan saat kelahiran anak lelaki tersayang aku & dear :))


Setelah pergi check up hari isnin di hospital klang aku dipaksa untuk admit hari selasa kerana masalah GDM... (yg ni short form untuk apa aku tak tau tp maksudnya aku ada diabetis..tu je la yg aku faham sampai la ni) Sebelum admit aku ajak dear g Mid Valley jalan2 pasal dah lama tak jejak kaki kat sana kan. Tp jalan2 g sana cume tgok wayang je...hahahhaha bukan apa jalan2 banyak dah tak larat sgt pasal hari ahad tu aku & dear dah g jalan2.


Pg isnin gerak kul 9 lebih selepas sarapan ayam KFC yg kami beli lepas blk dari Mid Valley. Oh time ni la kan nak puaskan nafsu makan pasal nanti time dalam pantang makanan ni la yg kene elakkan. Dapat juga la nak merasa makan durian..hehehehhe..


Admit pg tu, tp petang baru dr dtg cek bukaan, ntah la aku pun tak perasan gak pasal dr kata time tu bukaan aku dah buka 3 -4 cm. Oh tuhan..langsung aku tak rasa sakit lagi pada masa ni. Plan awal dr nak induce aku terus dibatalkan pasal dah ada bukaan tp kalo esok pagi result masih sama dr akan masukkan ubat. Pg tu dr tak cek bukaan pun, pas je sarapan nasi lemak ngan pau yg dear bawa nurse panggil aku suh siap2 nak g masuk labour room...huh time ni kecut perut aku pasal time ni langsung tak de rasa sakit tp dah kene paksa g labour room.


Mujur cancel disaat akhir pasal ada org yg lagi memerlukan labour room tu. So aku kene buat CTG (cek jantung baby) tp ntah napa time buat CTG ni aku rasa sesak nafas lak. Kebetulan nurse minta aku pindah katil, so aku sempat la request bantal nak double pasal aku rasa tak selesa sgt kan. Time ni plak aku nye jantung degup kencang pasal sesak nafas tp tu la. Ish...nurse maupun dr dah panic time ni, macam2 la yg derang buat....sampai CTG aku tu hampir 1 jam juga la. Tak lama pas tu dr cek bukaan tp baru 4 cm. Dr pecahkan ketuban aku time tu maybe psal beat aku yg tinggi tu la kan.


Tukan katil, siap2 pg labour room...time tunggu nak tolak g labour room tu pecah dah ketuban...terasa hangat je air tu dan jugak bunyi pop yg keluar. Hehehe nak kata cam kencing pun ada gak. Masuk labour room pun blm sakit lagi. Sempat tgok jam...time kul 11.15pg. Tp masuk je 5 minit pas tu mula dah trasa skit. Oh time ni hanya Allah je la yg tau, walaupun time mula2 aku blh control lg padahal time tu sakit dtg tiap 3 4 minit skali...


Masuk je kul 1.30 mula la tak sedarkan diri, sakit makin kerap. Pinggang pun rasa tegang semacam. Terasa nak buang air besar yg sgt la tak lawas..mujur aku dah amik ubat buang air besar pg tu kalo tak maunye terberak kat labour room tu. Alhamdulillah setelah 3 jam setengah bertarung lahir lah zuriat terindah yg aku & dear nanti2 sejak 3 tahun lalu. Tp sayang dear langsung tak dpt tgok saat aku melahirkan. Kalo ikutkan nak bg dear tgok tp dah pihak hospital tak benarkan suami masuk so nak buat macam mana kan.


Dear cukup gerun maupun berterima kasih dengan pengorbanan aku...oh memang aku sanggup pasal dear akan sentiasa ada disisi aku walaupun time ni dear tak tau langsung yg aku dah masuk kat labour room. Dear cume duduk setia menunggu walaupun pihak hospital langsung tak inform dear aku ada kat labour room. Kejam kan derang time ni! Aku kuar labour room baru dear tau...tu pun pasal nurse panggil nama penuh aku kalo tak maunya dear tertunggu2 la kat luar tu.

Maha kaya Ya Allah...kesakitan aku kurang kalo dibandingkan dengan geng2 lain yg ada kat dlm wad 1B tu. Akak kat katil sebelah masuk dari tengah malam esok pagi baru masuk wad. Oh tidak dapat aku bayangkan kalo aku ditempat akak tu. Syukur sangat2 dah la dear tak de kan, kalo ada ok la juga blh jadi perangsang.

Ptgnye MIL ngan adik ipar dtg menjenguk, lg pun kalo MIL tak dtg dear tak dpat nak blk umah pasal kunci kete dear tertinggal kat bonet! klako kan, ni mesti kes menggelabah cari aku tak jumpa2 la ni. Rupa sape ntah la, sekarang ni bby asyik tukar2 je mukenya kan. So tunggu je la nanti, sekarang nak upload pic masih tahap kemalasan sesangat tambah lak masa sangt2 tak mengizinkan buat masa ni. Terkejar2 jugak la nak update blog. Ni pun dah tahap gian sgt nak online.

Insyaallah lepas pantang baru semua pic baby akan aku upload kan. Nama yg telah aku & dear pilih untuk 1st baby boy ni
" ZIKRI AMAR BIN ZAINI"

Oh opah dikampung dah kerinduan sangat kat cucu ke 8 ni. Maklumla aku ni kan anak perempuan pertama dpt baby lak tu. Tiap2 hari mak nak call, opah mana tak sangap tambah lak blm pernah tgok bby setakat tgok kat hp akak ngan abg je la.

Ok la, nanti ada masa aku akan update lagi blog ni, tp pling awal maybe next month. Hahaha pasl nanti kalo blik kg mmg tak de line so baik inform awl2 kan. See u all next month... :))


Saturday, March 27

Chandayu Restoran

Salam...

Semalam ikut dear jalan2 cari tempat di Banting plak, bertolak pun time lepas solat jumaat. Ok la kan lg pun kitorang dah makan tghari awal plak semalam. Ntah pasal pe la plak aku pun tak tau maybe pasal cepat lapo skrg ni kot. Kuar terus g cari tempat, dear blanja makan goreng pisang, kropok lekor, popia goreng dan juga air tebu. Ish sedap la kan kalo minum time panas2 tu.

Siap je buat kerja dlm kul 6 lbh aku ajak dear g makan, dear bawa aku g makan seafood kat pulau indah. Oh memang ni yg aku mintak2 dr dulu lg tp cian la tgok dear asyik penat je tiap kali balik kan. Dengan rela hati aku pun ikut je la.

Orang blm sampai tp kami dah sampai dulu, tak pe la asalkan kedai dah buka kan. So dear pilih makanan aku tukang order nak masak apa. Tak tunggu lama maybe pasal kitorang je customer petang tu. Dlm 15 minit kot sampai sudah, memang pantas ok. Permandangan memang indah pasl kedai ni dekat jeti untuk org memancing, cuma jalan nak g kedai ni je yg sedikit menyeramkan perasaan.


Menunya nasi putih, ikan siakap masak 3 rasa, sambal sotong, udang goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Ni pun kiranya cukup makan berdua la, niat di hati nak amik ketam pasal nampak besar2 je tp dear kata cukup la pasal dah banyak dah tu kitorang amik. :) nafsu kan!

Harga memang berbaloi tambah lak dengan kekenyangan dari petang tu sampai la kemalam. Pg ni pulak aku tak blh sarapan pasal kene g klinik buat BSP. Tp ok la untuk memuaskan nafsu makan tu dengan masakan yg sedap dan kene la dengan harganya.

Oh Aduan Rakyat

Salam...

Tergerak hati sejak lepas tgok rancangan aduan rakyat hari Rabu lepas tp tak berpeluang nak menaip sebarang komen lanjut aku mengenai masalah harga makanan di AEON Bukit Tinggi dan juga masalah penyediaan makanan tidak halal kerana di sediakan oleh pekerja asing dan bukan muslim.

Ketara sangat la juga aku tgok sekarang ni di mana2 hypermarket pasti nampak bangsa2 asing yg memonopoli dalam bidang kerja ni. Ada ke org kita ni yg nak kerja macam ni? sendiri fikir je la ok. Aku selalu juga la makan di AEON Bukit Tinggi ni pasal dekat je ngan office lg pulak ada byak pilihan makanan yg blh aku makan. Part yg jual hot plate tu mmg bukan melayu pasal kalo ko cakap maupun tanya panjang lebar derang tak kan jawab sepatah pun. Dah sah2 derang tak faham la kan, derang cuma tau amik kod makanan tu je.

Ish 3 4 kali juga aku dah makan kat food court ni tp blm pernah la kene harga makanan melambung tinggi. Maybe pasal aku lbh suka pilih makanan set maupun mmg 1 jenis saja bukan nasi campur. Rata2 pekerja disini memang bukan melayu dari tukang sediakan makanan sampai la ke tukang kutip pinggan. Kalo ada pun melayu ntah la maybe la sorang 2 je aku nampak.

Bukan kat AEON ni je tp kat tempat lain pun mmg ramai pekerja asing gak. Kat giant Shah Alam, dulu yg buat hot plate melayu tp sekarang ni aku tgok bangla plak. Huh so nampak gayanya pas ni kalo nak makan kene la masak sendiri pasal kita pun tak tau sejauh mana kebersihan maupun status halal makanan tu kan. Kalo tak silap giant Klang masih dimonopoli pekerja melayu kecuali ada 2 3 gerai yg bangsa cina dan juga indonesia yg jaga.

Pape pun sejak melihat rancangan ni maybe aku beralih selera dengan makan di kedai makanan segera tak pun kedai makan melayu yg biasa aku pergi je la. Kalo sekali sekala teringin lebih baik lihat2 pandang2 dahulu dengan keadaan kedai maupun yg bekerja di kedai tu. Moga2 kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah masyarakat bukan muslim ni. :)



Friday, March 26

5 Hari Je Lagi

Salam Jumaat...

Huh tinggal lagi 5 hari tp msih blm ada tanda2 baby nak keluar lg ni. Penat dah jenjalan sana sini. Semalam g check up last kat klinik desa kg so hasilnya ntah nape la BP ni kalo buat kat klinik desa mesti naik mencanak tak pasal2. Berdebar2 tunggu bby nak keluar la ni. Yg lain semua dikira ok lagi cume berat turun hampir sekilo padahal pg tu dah makan roti canai 2 keping setengah. Dear lak makan sekeping setengah...hehehhe kuat betul lak aku makan roti canai nih!

Hasilnya,

Ahad (28/3) - BSP last sebelum baby keluar. (Oppppsss Cik Misi klinik kg baru je call, esok kene dtg buat BSP so bermakna hari ahad blh la berjimba2 jalan2 sukaria dengan dear. :))

Isnin (29/3) - Review scan kat hospital klang sebelum sampai due date.

Rabu (31/3) - Kalo bby masih blm keluar kene admit kat hospital juga la nampak gayanya. Pasal aku tak dibenarkan overdue dek kerana kes BSP ngan BP la ni. (Oh moga2 kelahiran indah ni berjalan lancar la walaupun nak dikeluarkan secara paksa)

Buat masa ni 3 tarikh ni yg perlu aku ingt. Dear pun dah siap plan nak amik cuti hari isnin tu, maklum saja la sekarang ni dear takkan benarkan aku pegang stereng kereta kalo nak g mana2 tempat yg jauh. Cukup2 la selama 9 bulan mengandung mak buyung ni bawa kete sendiri g mana2 maupun menghantar, mengambil MIL maupun sesapa saja yg berkaitan dalam keluarga besar kami ni.

Tinggal 5 hari keadaan semakin getir kerana kalo tido malam tu tak sah la ulang alik g toilet. Paling tak syok ngan kes nak buang air besar pasal rase cam tak selesa sgt, maybe ni yg org kata sembelit time pregnant la ni. Oh moga2 pas ni keadaan menjadi lebih baik la harap2nya. Eja suh g jalan2 kat AEON Bukit Tinggi, oh tidak time blm gaji ni sgt kesayangan dengan itu duit ok. Padahal dlm hati kalo dpt jalan2 ngan dear kat Mid Valley ok la sgt! (kes dah lama tak jejak kaki kat MV la ni) :)

Apa2 pun ku panjatkan doa buat yg maha esa, semoga kelahiran mau pun kesakitan dapat aku dan dear hadapi dengan penuh ketabahan. Apa yg penting, SALAM KEMAAFAN DARI AKU JIKA TERDAPAT SEBARANG SALAH DAN SILAP SELAMA INI