Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 27

Chandayu Restoran

Salam...

Semalam ikut dear jalan2 cari tempat di Banting plak, bertolak pun time lepas solat jumaat. Ok la kan lg pun kitorang dah makan tghari awal plak semalam. Ntah pasal pe la plak aku pun tak tau maybe pasal cepat lapo skrg ni kot. Kuar terus g cari tempat, dear blanja makan goreng pisang, kropok lekor, popia goreng dan juga air tebu. Ish sedap la kan kalo minum time panas2 tu.

Siap je buat kerja dlm kul 6 lbh aku ajak dear g makan, dear bawa aku g makan seafood kat pulau indah. Oh memang ni yg aku mintak2 dr dulu lg tp cian la tgok dear asyik penat je tiap kali balik kan. Dengan rela hati aku pun ikut je la.

Orang blm sampai tp kami dah sampai dulu, tak pe la asalkan kedai dah buka kan. So dear pilih makanan aku tukang order nak masak apa. Tak tunggu lama maybe pasal kitorang je customer petang tu. Dlm 15 minit kot sampai sudah, memang pantas ok. Permandangan memang indah pasl kedai ni dekat jeti untuk org memancing, cuma jalan nak g kedai ni je yg sedikit menyeramkan perasaan.


Menunya nasi putih, ikan siakap masak 3 rasa, sambal sotong, udang goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Ni pun kiranya cukup makan berdua la, niat di hati nak amik ketam pasal nampak besar2 je tp dear kata cukup la pasal dah banyak dah tu kitorang amik. :) nafsu kan!

Harga memang berbaloi tambah lak dengan kekenyangan dari petang tu sampai la kemalam. Pg ni pulak aku tak blh sarapan pasal kene g klinik buat BSP. Tp ok la untuk memuaskan nafsu makan tu dengan masakan yg sedap dan kene la dengan harganya.

Oh Aduan Rakyat

Salam...

Tergerak hati sejak lepas tgok rancangan aduan rakyat hari Rabu lepas tp tak berpeluang nak menaip sebarang komen lanjut aku mengenai masalah harga makanan di AEON Bukit Tinggi dan juga masalah penyediaan makanan tidak halal kerana di sediakan oleh pekerja asing dan bukan muslim.

Ketara sangat la juga aku tgok sekarang ni di mana2 hypermarket pasti nampak bangsa2 asing yg memonopoli dalam bidang kerja ni. Ada ke org kita ni yg nak kerja macam ni? sendiri fikir je la ok. Aku selalu juga la makan di AEON Bukit Tinggi ni pasal dekat je ngan office lg pulak ada byak pilihan makanan yg blh aku makan. Part yg jual hot plate tu mmg bukan melayu pasal kalo ko cakap maupun tanya panjang lebar derang tak kan jawab sepatah pun. Dah sah2 derang tak faham la kan, derang cuma tau amik kod makanan tu je.

Ish 3 4 kali juga aku dah makan kat food court ni tp blm pernah la kene harga makanan melambung tinggi. Maybe pasal aku lbh suka pilih makanan set maupun mmg 1 jenis saja bukan nasi campur. Rata2 pekerja disini memang bukan melayu dari tukang sediakan makanan sampai la ke tukang kutip pinggan. Kalo ada pun melayu ntah la maybe la sorang 2 je aku nampak.

Bukan kat AEON ni je tp kat tempat lain pun mmg ramai pekerja asing gak. Kat giant Shah Alam, dulu yg buat hot plate melayu tp sekarang ni aku tgok bangla plak. Huh so nampak gayanya pas ni kalo nak makan kene la masak sendiri pasal kita pun tak tau sejauh mana kebersihan maupun status halal makanan tu kan. Kalo tak silap giant Klang masih dimonopoli pekerja melayu kecuali ada 2 3 gerai yg bangsa cina dan juga indonesia yg jaga.

Pape pun sejak melihat rancangan ni maybe aku beralih selera dengan makan di kedai makanan segera tak pun kedai makan melayu yg biasa aku pergi je la. Kalo sekali sekala teringin lebih baik lihat2 pandang2 dahulu dengan keadaan kedai maupun yg bekerja di kedai tu. Moga2 kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah masyarakat bukan muslim ni. :)



Friday, March 26

5 Hari Je Lagi

Salam Jumaat...

Huh tinggal lagi 5 hari tp msih blm ada tanda2 baby nak keluar lg ni. Penat dah jenjalan sana sini. Semalam g check up last kat klinik desa kg so hasilnya ntah nape la BP ni kalo buat kat klinik desa mesti naik mencanak tak pasal2. Berdebar2 tunggu bby nak keluar la ni. Yg lain semua dikira ok lagi cume berat turun hampir sekilo padahal pg tu dah makan roti canai 2 keping setengah. Dear lak makan sekeping setengah...hehehhe kuat betul lak aku makan roti canai nih!

Hasilnya,

Ahad (28/3) - BSP last sebelum baby keluar. (Oppppsss Cik Misi klinik kg baru je call, esok kene dtg buat BSP so bermakna hari ahad blh la berjimba2 jalan2 sukaria dengan dear. :))

Isnin (29/3) - Review scan kat hospital klang sebelum sampai due date.

Rabu (31/3) - Kalo bby masih blm keluar kene admit kat hospital juga la nampak gayanya. Pasal aku tak dibenarkan overdue dek kerana kes BSP ngan BP la ni. (Oh moga2 kelahiran indah ni berjalan lancar la walaupun nak dikeluarkan secara paksa)

Buat masa ni 3 tarikh ni yg perlu aku ingt. Dear pun dah siap plan nak amik cuti hari isnin tu, maklum saja la sekarang ni dear takkan benarkan aku pegang stereng kereta kalo nak g mana2 tempat yg jauh. Cukup2 la selama 9 bulan mengandung mak buyung ni bawa kete sendiri g mana2 maupun menghantar, mengambil MIL maupun sesapa saja yg berkaitan dalam keluarga besar kami ni.

Tinggal 5 hari keadaan semakin getir kerana kalo tido malam tu tak sah la ulang alik g toilet. Paling tak syok ngan kes nak buang air besar pasal rase cam tak selesa sgt, maybe ni yg org kata sembelit time pregnant la ni. Oh moga2 pas ni keadaan menjadi lebih baik la harap2nya. Eja suh g jalan2 kat AEON Bukit Tinggi, oh tidak time blm gaji ni sgt kesayangan dengan itu duit ok. Padahal dlm hati kalo dpt jalan2 ngan dear kat Mid Valley ok la sgt! (kes dah lama tak jejak kaki kat MV la ni) :)

Apa2 pun ku panjatkan doa buat yg maha esa, semoga kelahiran mau pun kesakitan dapat aku dan dear hadapi dengan penuh ketabahan. Apa yg penting, SALAM KEMAAFAN DARI AKU JIKA TERDAPAT SEBARANG SALAH DAN SILAP SELAMA INI


Wednesday, March 24

Jalan-Jalan

Salam...

Dah masuk hari ke tiga aku start cuti, kalo ikutkan masa hari ni dah masuk 39 minggu. Oh sgt kesabaran menanti keluarnya bby comel kesayangan ni. Tak nak keluar awal tak pe jgn sampai kene paksa keluar sudah la ye... moga2 tak de la kene paksa ni, seram ok. Kalo blh biar la keluar bila masa die nak keluar kalo paksa2 ni cian je rasenya.

Esok maybe jadi last day g klinik desa pasal pas tu kalo tak kuar gak kene paksa kuar kat spital la jawabnya. Yang tu dah tak blh nak pilih spital lg la, kene ke klang juga la jawabnya. Sekarang tgh menunggu sebarang tanda2 awal je, kalo ada dalam minggu ni ok jugak.

Semalam seharian kuar jenjalan pusing2 selangor...eh bukan jenjalan 1 selangor ok tp dok je kat dlm kete dear yg drive. 1st g Puchong, pas tu g Serdang, siap kat serdang kitorang gerak g PJ plak. Last skali g Shah Alam. Heh kalo ikutkan hari ni dear nak bawa pusing2 area klang plak tp dear ada keje lain. Sronok gak g jalan2 tp kaki ni kebas juga la pasal duduk lama sgt! Bila sampai kat umah perasan sgt apsal la kaki ni sembab semacam je. :)

Ok la hari ni nak buat keje umah sket, kalo ada kerajinan rase cam nak masak sesuatu la. Heh tunggu........ :))



Monday, March 22

Mungkinkah?

Salam...

Semalam berkesempatan menemani dear ngan MIL pergi melawat mak cik dear yg tak berapa sihat di rantau panjang. Alhamdulillah ke dua2 mereka dah sembuh semula seperti sediakala. Kuar umah MIL lepas makan tghari pasal dear tak nak aku masak la ni, lgpun MIL masak roti canai pagi tu dear cam tau2 je dr semalam la tu. Hantar Ucu g naik bus kat Klang sentral. Sempat nak singgah toilet tp mak oiiii sampai 60 sen sorang. Cam nak cekik2 je autie india yg jg toilet tu. Dah la toilet tak de la bersih mana. Tisu pun tak de kene beli lak tu...Hampeh!

Gerak g umah mak cik dear kat rantau panjang klang, mak cik dear lbh siap tegur lak tak lama lg aku blh bersalin la ni. Huh! ok la sgt kan, kalo ikutkan hati mmg nak bby kuar minggu ni gak pasal kalo blh tak nak la paksa2 ni kan. Biar la die kuar bile masa yg die nak, cume jgn la kene paksa. Ok bby kuar la minggu ni ek, mama ngan ayah dah tak sabo nak timang baby sendiri ni. Asyik2 mama sorang je yg kene kick nak gak bg ayah rasa penangan bby kick real punyo ok! :)

Katanya hidung nampak kembang, kaki nampak sembab dah kurang, hidung berkilat pun ada gak katanya...so suke la aku, tinggal tungga masa je la skrg ni lg pun dah cuti kan. Dear je la yg kene keje tp aku stanby la dulu kalo ada tanda2 awal ok la kan, jgn tetiba je nanti haru la plak dear nak blk. Heh..

Blik dr umah mak cik dear singgah kat hospital klang nak melawat hariz tp time melawat plak dr kul 5 sampai ke 7. Bengang sungguh la kitorang dah la sampai sana kul 4 ptg, takkan nak tunggu sampai sejam lg. MIL kata blik je la, mintak2 hariz dah ok dan esok blh la blk umah. :)