Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, June 13

Peperiksaan Anak-anak

Assalam...

Alhamdulillah anak-anak dah mula bersekolah pagi ini, walaupun agak susah nak kejutkan sebab dah lama cuti tapi semua masih berjalan lancar lagi.

Saja nak kongsi kegembiraan hasil kejayaan anak-anak, syukur walaupun ada masa tak sempat nak ajar sekurang-kurangnya mereka mampu membuat yang terbaik. Kami suami isteri tak pernah letakkan 1 syarat pada anak-anak. Tak pernah paksa mereka buka buku kecuali untuk buat kerja sekolah. Mungkin kami anggap masih kecil dan masih tadika, jika di arus sekolah kebangsaan mungkin berbeza nanti.

Lagipun masa sangat suntuk untuk aku bantu mereka belajar. Insyaallah tahun depan aku mohon Allah mudahkan niat aku untuk fokus pada keluarga. 



Jadual peperiksaan yang telah berlangsung, aku tampal di dinding bilik anak-anak biar mereka nampak ujian apa untuk hari tu. Alahai bukan tengok sangat pun.

Keputusan Ashraf

Keputusan Amar

Alhamdulillah, syukur keputusan keduanya sangat baik di awal tahun ini. Komen cikgu Amar kurang lancar lagi membaca. Tak pe ada masa lagi, kelas tuition membaca yang pasti buat pun aku hantarkan. Tak pernah paksa Amar jadi pandai sebab aku dulu pun kecik-kecik kuat main :)

Monday, June 6

Sambutan Hari Jadi

Assalam...

Ini cerita beberapa bulan lepas, pihak Pasti mengadakan majlis sambutan hari lahir pelajar dari bulan 1 hingga bulan 4. Bermakna setahun ada 3 kali sambutan, kami bukan jenis yang sentiasa sambut hari lahir anak jadi bila sekolah ada buat kami terima dengan baik. Cikgu mintakibu bapa bawa sedikit makanan, maklum saja pelajarnya bukan makan banyak.









Alhamdulillah, anak-anak gembira kami ibu bapa pun gembira. Tapi balik rumah masih tanya mana hadiah..aduhai anak

Thursday, June 2

Muka Kasihan Budak-budak

Assalam...

Sejak 2 3 hari ni kerap pulak aku tertengok iklan si anak bagitahu ayah die buat kerja lebih sebab ayah dia kerja buat filem dan hasilnya di cetak rompak. Allah, kenapa gunakan kanak-kanak, aku rasa mesej yang nak disampaikan tak dapat diserap orang ramai.

Memang budak tu buat muka sedih tapi hakikatnya bukan ayah dia yang seorang pembuat filem tu je perlu kerja lebih, orang lain pun kerja lebih juga untuk mendapatkan segala keperluan yang semakin tinggi nilainya, tempat tinggal kalau sewa harga semakin naik, nak beli baru silap-silap tak mampu bila harga dah cecah dekat 500k sebiji.

Arwah bapa aku dulu pun buat banyak kerja, tak de pun dia merungut kat kami anak-anak, cuma di pesan biar kami belajar rajin-rajin jadi orang berguna kelak sebab arwah tak sekolah. Nak pulak aku anak bongsu, arwah dah cecah 60 tahun masa aku nak masuk poli, arwah tetap kerja jadi jaga semata-mata nak bantu aku sekesaikan duit yuran dan belanja makan tiap bulan.

Bukan dengan merungut kita boleh dapat apa yang kita nak, aku paling sakit bila gunakan kanak-kanak buat iklan macam tu, agak-agak budak tu faham tak apa yang die sampaikan ye? Aku rasa dah 3 tahun kemudian baru dia faham agaknya dengan apa yang diasampaikan.

Kerja cetak rompak bukan setakat filem je tapi semua pun orang nak cetak rompak tudung, baju, kasut, beg pendek kata macam-macam.

Paling penting kenapa wujud cetak rompak? Sebab harga barang original/asal terlampau mahal dari kemampuan. Jadi orang wujudkan cetak rompak supaya semua orang mampu beli dengan harga berpatutan.

Ha..sekian bebelan aku pagi ini, rimas sebenarnya tengok iklan tu..lama tak nampak tetiba ada lagi, sakit je tengok.

Friday, May 20

Tak Sekolah

Assalam...

Beberapa hari lepas aku dapat jemputan khas ke rumah kak ipar sebelah rumah. Ada sambutan hari lahir anaknya yang nombor 3 dah berusia 7 tahun. Ramai anak-anak jiran yang datang sebab majlis cuma di buat untuk kanak-kanak je. Aku join sama sebab Amsyar nak ikut abang-abangnya. Terpaksa tinggalkan kulit popia yang dah siap gulung.

Cuaca pula hujan lebat dan ada guruh juga. Lebih sejam terperangkap di situ. Sambil tunggu hujan berhenti sempat berborak dengan kak ipar, walaupun rumah sebelah je hujung minggu baru dapat berborak ye.

Katanya anak jiran dah tak bersekolah agama, umur baru 12 tahun. Kesian sangat bila aku dapat tahu. Sekurang-kurangnya ini tahun akhir sekolah agama tahun depan cuma sekolah 1 sesi je. Maknya kata anaknya dah tak berminat nak belajar. Hakikatnya kami jiran-jiran semua tahu, mak ayah berniaga anak yang sulung dah tak tinggal sama jadi tanggungjawab jatuh pada anak ke 2. MasyaAllah..kesian sangat aku rasa.

Anak sulung tak mahu jaga adik sebab bersekolah petang, tinggal berasingan dari keluarga, aduhai..kenapa mak ayah nya jadi begitu. Dunia sekarang perlukan duit, sampai ada yang sanggup mencuri inikan pula anak yang menjadi korban. Untuk ingatan aku dan semua berjimatlah, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Mungkin di duga sekarang, akan datang kita belum pasti. Kasihan kalau anak yang sepatutnya sekolah di berhentikan, sanggup ke bayangkan apa akan jadi pada anak itu dengan dunia sekarang yang sangat mencabar.

InsyaAllah aku doakan anak itu berjaya kelak. Amin.. aku tak berniat menjatuhkan maruah dia cuma aku berkongsi yang dia susah dan aku pun bukan juga orang senang.

Thursday, May 12

Cream puff untuk minum petang

Assalam...

Sejak anak suka makan apa je yang aku masak jadi setiap hujung minggu mesti cuba buatkan makanan untuk hero 3 orang tu. Termasuk dear sekali la, maklum saja selera bapanya pun sama je dengan anak-anak.

Mencuba membuat krim puff untuk kali kedua, dalam minda dah set nak buat besar dari kali pertama yang cuma bersaiz duit syiling lama lima puluh sen tu. Nak buat besar bola snuker..ha berjaya. Lagi pun bila buat besar lebih cepat adunan siap dan habis di bakar, maklum saja Amsyar pantang nampak aku lama di dapur

Resepi krim puff
1 cawan air
2 sudu majerin
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
Sedikit baking powder

Caranya
1. Masak air dan majerin hingga cair dan sekata
2. Ayak tepung gandum dan baking powder
3. Tuang tepung dalam periuk berisi air dn majerin tadi dan gaul hingga sekata dan biarkan sejuk
4. Tepung dah sejuk boleh masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan dalam piping beg dan terpulang nak guna nozzle jenis mana sekali pun, ikut cara sendiri
6. Paipkan adunan dan tekankan tanduk tepung menggunakan air. Maksudnya hujung jari di basahkan untuk tekan tanduk selepas paipkan adunan
7. Bakar api atas bawah suhu 190' 15 pertama, 180 api atas 15 minit kedua

Inti kastad
Bahan
1. 1/2 cawan susu cair
2. 2 sudu gula kastor
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 sudu tepung kastad

Cara
1. Masak semua bahan di atas dapur dengan api kecil sehingga likat.

Boleh paipkan inti kastad dalam puff, dan ditabur gula icing untuk gaya yang menarik. Ha..mudah kan.

Memang aku akan buat selalu ok sebab dear boleh makan dan anak aku pun semua boleh makan. Syukur derang semua makan je apa yang aku masak.

Nak bagi menarik ada yang letak pewarna, bagi puff tu warna merah macam red velvet, insyallah lain kali nak cuba pula.


Ini puff yang baru keluar oven, yang sejuk dah selamat masuk mulut anak-anak aku. 😃