Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, May 20

Tak Sekolah

Assalam...

Beberapa hari lepas aku dapat jemputan khas ke rumah kak ipar sebelah rumah. Ada sambutan hari lahir anaknya yang nombor 3 dah berusia 7 tahun. Ramai anak-anak jiran yang datang sebab majlis cuma di buat untuk kanak-kanak je. Aku join sama sebab Amsyar nak ikut abang-abangnya. Terpaksa tinggalkan kulit popia yang dah siap gulung.

Cuaca pula hujan lebat dan ada guruh juga. Lebih sejam terperangkap di situ. Sambil tunggu hujan berhenti sempat berborak dengan kak ipar, walaupun rumah sebelah je hujung minggu baru dapat berborak ye.

Katanya anak jiran dah tak bersekolah agama, umur baru 12 tahun. Kesian sangat bila aku dapat tahu. Sekurang-kurangnya ini tahun akhir sekolah agama tahun depan cuma sekolah 1 sesi je. Maknya kata anaknya dah tak berminat nak belajar. Hakikatnya kami jiran-jiran semua tahu, mak ayah berniaga anak yang sulung dah tak tinggal sama jadi tanggungjawab jatuh pada anak ke 2. MasyaAllah..kesian sangat aku rasa.

Anak sulung tak mahu jaga adik sebab bersekolah petang, tinggal berasingan dari keluarga, aduhai..kenapa mak ayah nya jadi begitu. Dunia sekarang perlukan duit, sampai ada yang sanggup mencuri inikan pula anak yang menjadi korban. Untuk ingatan aku dan semua berjimatlah, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Mungkin di duga sekarang, akan datang kita belum pasti. Kasihan kalau anak yang sepatutnya sekolah di berhentikan, sanggup ke bayangkan apa akan jadi pada anak itu dengan dunia sekarang yang sangat mencabar.

InsyaAllah aku doakan anak itu berjaya kelak. Amin.. aku tak berniat menjatuhkan maruah dia cuma aku berkongsi yang dia susah dan aku pun bukan juga orang senang.

Thursday, May 12

Cream puff untuk minum petang

Assalam...

Sejak anak suka makan apa je yang aku masak jadi setiap hujung minggu mesti cuba buatkan makanan untuk hero 3 orang tu. Termasuk dear sekali la, maklum saja selera bapanya pun sama je dengan anak-anak.

Mencuba membuat krim puff untuk kali kedua, dalam minda dah set nak buat besar dari kali pertama yang cuma bersaiz duit syiling lama lima puluh sen tu. Nak buat besar bola snuker..ha berjaya. Lagi pun bila buat besar lebih cepat adunan siap dan habis di bakar, maklum saja Amsyar pantang nampak aku lama di dapur

Resepi krim puff
1 cawan air
2 sudu majerin
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
Sedikit baking powder

Caranya
1. Masak air dan majerin hingga cair dan sekata
2. Ayak tepung gandum dan baking powder
3. Tuang tepung dalam periuk berisi air dn majerin tadi dan gaul hingga sekata dan biarkan sejuk
4. Tepung dah sejuk boleh masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan dalam piping beg dan terpulang nak guna nozzle jenis mana sekali pun, ikut cara sendiri
6. Paipkan adunan dan tekankan tanduk tepung menggunakan air. Maksudnya hujung jari di basahkan untuk tekan tanduk selepas paipkan adunan
7. Bakar api atas bawah suhu 190' 15 pertama, 180 api atas 15 minit kedua

Inti kastad
Bahan
1. 1/2 cawan susu cair
2. 2 sudu gula kastor
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 sudu tepung kastad

Cara
1. Masak semua bahan di atas dapur dengan api kecil sehingga likat.

Boleh paipkan inti kastad dalam puff, dan ditabur gula icing untuk gaya yang menarik. Ha..mudah kan.

Memang aku akan buat selalu ok sebab dear boleh makan dan anak aku pun semua boleh makan. Syukur derang semua makan je apa yang aku masak.

Nak bagi menarik ada yang letak pewarna, bagi puff tu warna merah macam red velvet, insyallah lain kali nak cuba pula.


Ini puff yang baru keluar oven, yang sejuk dah selamat masuk mulut anak-anak aku. 😃

Monday, April 11

Assalam...

Kerja aki setiap hari tak pernah kurang, bila ada masa senggang dapat tengok fb, whatsapp kawan-kawan pun dah kira ok sangat lah tu. Kalau tidak makan pun tak tentu hala, lagi-lagi sejak aku kehilangan kawan makan tengahari. Aku seorang pekerja bangsa melayu yang ada, kembali seperti 2 tahun lalu. Sedih tapi niat nak cari rezeki halal, aku gagahkan juga layan perangai sorang-sorang kawan kerja lain.




Inilah kerja yang tak pernah habis, selesai 1 datang lagi 3, geram juga tapi bila dah biasa aku tak pernah merungut pun. Mereka bagi aku kerja jadi tak perlu aku termenung mencari kerja.


Sila jangan muntah lihat tuan tanah yang pura-pura menulis. 😁

Saturday, April 9

Bila Bertemu Saudara

Assalam...

Cuti raya cina yang lepas berpeluang balik kampung Perak, tidur kampung lebih 3 hari. Semua pun dapat puaskan hati masing-masing. Anak-anak dapat bermain di kawasan rumah opah, dear dapat mancing dengan pak cik dan aku balik untuk luangkan masa dan makan apa je yang mak masak.


Ikan selat ni hasil dear pergi mancing dengan pak cik

Anak-anak, bila bermain memang teruja..ada yang di tengking sebab sibuk nak main api, mengacau pak yang buat kerja, main di tangga rumah opah sambil mendera kumbang, main sorok-sorok rumah atas dan bawah hinggakan bersepah dengan sampah, daun dan bunga-bunga.

Malam bila tidur nak berkongsi 1 kelambu, rumah kampung banyak nyamuk mesti pasang kelambu kalau tidak habis bertanda 1 badan. Aku sendiri pun bertanda banyak dek digigit nyamuk. 1 kelambu boleh masuk 7 orang tau, awal-awal tidur je susun baring elok-elok. Bila dah lena semua pakat pusing sana sini. Yang mengingau pun ada, maklum la siang main tak ingat dunia

Pagi-pagi bila bangun masing-masing akan kejutkan yang lambat bangun, terus ajak main. Seronok kan jadi kanak-kanak ni, aku dulu pun macam tu juga. Bila sepupu balik kampung mesti nak tidur sama-sama, main sama, mandidan makan pun sama-sama.

Aku yang dewasa ni pulak mesti duduk dapur, masak sarapan habis belum sempat kemas dah mak ajak masak makan tengahari pula. Biasanya masak tengahari merangkap masak kuih untuk minum petang. Dear sendiri siap cakap dengan mak perut ni tak sempat lapar bila balik kampung. Ada aje makanan yang mak nak masakkan.

Sempat buat sambal hitam pahang sebab pokok belimbing buluh dekat tepi parit belakang rumah mak banyak sangat buahnya, kakak ipar yang ajak dapat sebesen besar tapi bila masak dapat satu tipuware 4 segi je. Bahagi pada 3 rumah dapat la semangkuk kecik. Gagal sebab rasa masam melampau, mak tak pandai sangat buat. Kata orang try and error. Lain kali kalau balik kampung nak buat lagi, resepi dah cari siap-siap dalam FB. Di kampung line U Mobile tak berapa kuat, jadi tak dapat nak google mencari resepi cara buat. Tak apa kata mak belajar dari pengalaman, bila dah tau salah baru kita cari jalan penyelesaian.

4 hari 3 malam di kampung rasa macam tak puas, tak cukup lama. Walaupun masa banyak habis di rumah tapi memang ada je kerja yang nak di buat. Rumah kampung 2 tingkat, jadi tingkat atas memang jarang kami adik beradik naik kecuali bila semua adik beradik balik. Itu pun sebagai tempat tidur je. Kain baju semua di bawah rumah. Dasar pemalas nak turun naik tangga.

Alhamdulillah sempat juga pergi bawa mak ke Tabung Haji uruskan akaun arwah bapak aku, walaupun arwah dah pergi hampir 7 tahun tapi mak baru bagitau dan aku pun cuba melapangkan masa untuk bawa mak. Syukur dah selesai 1 hal tapi ada lagi akaun bank lain yang belum selesai tak apa selesaikan 1 1, asalkan selesai juga. Duit arwah bukan banyak pun tapi biar mak puas hati dan tau duit tu tak kemana.

Dear pun sempat buat mykad yang baru, memang JPN di kampung tak ramai orang. Masuk je terus duduk kaunter,tak payah ambil nombor dan tunggu giliran. Cuma tunggu giliran ambil gambar je. Itu pun selesai tak sampai 15 minit. Cepat kan,tapi yang lambat nak tunggu mykad tu. Sebulan lagi baru boleh ambil di JPN Shah Alam. Nanges dear usung kertas besar sana sini.

Ada banyak lagi kisah balik kampung kali ni tapi letih dah nak taip, panjang sangat dah ni. Nanti ada masa terluang aku sambung lagi sebab perjalanan balik ke Klang ada macam-macam dugaan.

Thursday, April 7

Kehilangan

Assalam...

Mata tak boleh lelap walau pun badan dan minda dah letih bekerja sepanjang hari, banyak kerenah orang yang sangat memeningkan lagi menyakitkan hati kebelakangan ini. Sabar...itu je yg mampu aku luahkan di mulut, di hati terdetik juga rasa meluat dan diperhambakan.

Pagi-pagi kawan dalam kumpulan whatsapp sekolah beritahu kawan merangkap jiran sebelah rumah kematian bapa, Allahuakbar, aku balik kampung hujung minggu lepas ada nampak arwah jalan depan rumah. Nampak sihat dan kuat tapi dengan kuasa dan kehendak Allah...ajalnya sampai situ saja. Arwah meninggal dirumah kerana jatuh dalam bilik air.  Kemalangan di rumah, tanpa isteri di sisi yang mencari lauk di kedai untuk makan tengahari.

Terbayang kenangan hampir 7 tahun lalu..aku hilang bapa yang tercinta, Allah beri aku bapa yang hebat hingga umur aku 26 tahun. Aku masih belum mampu nak balas jasa arwah sebab habis belajar terus kahwin. Arwah kata biar kahwin cepat, ringan sikit tanggungjawab dia. Aku tergiang lagi laungan mak aku bila pertama kali kami berpeluk bila aku sampai kampung. Sayu..

Jiran-jiran tetangga saja yang membantu memujuk mak aku..cinta orang dahulu sangat hebat, walau pun berkahwin atas permintaan keluarga namun cinta berpanjangan hingga hujung nyawa. Sampai sekarang mak masih ingat arwah, sayang dia aku tahu tak mungkin pudar. Lebih rela bersendirian dari berganti teman baru.

Buat sahabat yang juga jiran, kawan sepermainan masa kecil, remaja..teman semasa aku bertunang hingga nikah dan bersanding..aku doakam arwah bapa mu di tempatkan di kalangan orang beriman. Semoga Allah ampun kan dosa mereka yang telah tiada. Al-Fatihah