Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, October 21

Ada Bomba Dalam Rumah

Assalam...

Semasa majlis persandingan adik ipar dear kebetulan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan konvensyen di perkarangan Stadium Shah Alam. Seronoklah kalau Amar dapat pergi tapi takkan kami nak tinggalkan majlis dan pergi ke sana pula kan. Jadinya sekadar melihat keseronokkan orang lain je la.

Entah macam mana Amar boleh terminat lebih dengan bomba pun aku tak pasti. Kalau tak silap mungkin sebab ada siri dalam cerita upin ipin kot.

Hari raya haji lepas kami beraya di rumah aku yang sememangnya seorang kakitangan bomba juga. Dia hadiahkan 2 beg, 1 untuk Amar lagi 1 buat Ashraf. Seronok bukan kepalang Amar. Haih....sejak dari itu, baju, seluar,  topi dan beg memang melekat. Kata pak ciknya nanti belajar rajin-rajin boleh jadi bomba juga. Insyaallah...




Sambil  menonton TV pun sibuk nak pakai. Memang bajunya padan dengan Amar, cuma besar buat Ashraf. Haih....sabo je la. Mujur Ashraf tak sibuk macam Amar.

Sejak dari hari tu kering je seluar tu dia akan minta pakai lagi. Bajunya aku tak kuasa nak pakaikan sebab kain agak tebal.

Saturday, October 19

Hukum Bersalin Dengan Dr Lelaki

Assalam...

Terbaca 1 status dalam FB dan terus meninjau ke blog berkaitan... memang tak rugi sebab memang bermanafaat dan memberikan peringatan pada aku. Harap-harap juga pada orang lain.

Syukur sangat sebab aku dapat banyak pengalaman yang mengajar aku sebelum ni. Walau pun semasa melahirkan Amar ada Dr lelaki yang terlibat tapi aku abaikan sahaja sebab masa tu aku dan dear masih belum berpengalaman lagi dan kami pun memang tak pernah mencari ilmu mengenai hal ini.

Setelah kejadian bersalinkan Amar dan ketidakselesaan mendapat perkhidmatan dari Dr lelaki aku buat keputusan drastik dan sangat berani. Ketidakselesaan di sini sebab aku rasa sangat tidak selesa bila Dr lelaki yang menjaga sejak dari masuk wad hingga ke waktu melahirkan ada Dr lelaki yang terlibat. Melihat dan memegang....Ya Allah! hanya Allah je yang tau perasaan aku masa tu. Dear pun nak kata apa dah pihak hospital beri kes 1 wad pada  Dr lelaki.

Alhamdulillah semasa mengandungkan Ashraf, aku langsung tidak mempunyai kaitan dengan Dr lelaki. Begitu juga semasa proses melahirkan. Walaupun ada rasa malu sesama perempuan tapi sekurang-kurangnya aurat aku masih dijaga dengan sempurna. Dalam wad, dalam bilir bersalin tiada lelaki yang masuk kecuali suami masing-masing.

Insyaallah kalau diberikan rezeki mengandung lagi memang mahu ketempat yang sama. Walau pun kata orang di klinik swasta kosnya mahal tapi aku rasa biar mahal asalkan aurat aku tetap terjaga. Kecuali bila betul-betul darurat.

Ini link blognya, moga-moga memberikan pencerahan pada semua

bersalin-doktor-dan-hukum

Aku pun bukan pandai sangat pasal hukum hakam ni, cuma mencari sesuatu yang diredhai Allah itu kan lebih baik. Jadi bila ada pengalaman ni, terasa macam bodoh sangat aku masa tu. haih....

Tuesday, October 15

Sarapan Di Kedai Mamak

Assalam...

Bila dapat SMS dari dear bagitahu malam sabtu dear balik Shah Alam aku pun apa lagi. Kelam kabut fikir nak masak apa. Sebabnya tak ada bahan nak masak. Lauk dalam peti ais tak ada, ikan masin ada la. Setakat ikan bilis dengan sardin itu di kira lauk biasa-biasa je. Haih...mujur dear bagitau dear dah makan. Selamat!

Paginya aku yang tersangat malas nak siapkan sarapan, terus minta makan roti canai. Dear pun siapkan anak-anak sebab dah bercuti panjang siapkan anak-anak. Susupun mahu ayahnya buatkan. Yahoooo!!!



Makan 2 roti telur dan 1 roti sardin kegemaran dear. Haih....tapi aku pun tumpang sama sebab lambat sangat order aku sampai. Mujur roti sardin tak pedas jadi anak-anak pun makan sama. Kami makan kedai mamak namanya Ameer Ehsan di Kota Kemuning. Pagi-pagi ni pun boleh tahan ramai juga orangnya aku tengok. Patutlah order sampai lambat walaupun sekadar roti telur je.


Ashraf bukan jenis yang mahu duduk setempat. Masa kami sampai pekerja di sana bagi kami kerusi ni, bukannya dia nak duduk. Katanya tak best. Tapi bila dah tengok-tengok kerusi tu masih di situ, dia sendiri minta 'Adik nak duduk kat kerusi best tu' haha...lawak betul budak sorang ni.

Sekarang memang semakin bijak. Kekadang memang pening, macam mana mulut adiknya lagi petah dari abangnya tapi bila fikir lagi mungkin sebab di rumah mak lang ramai orang yang melayan mulutnya bersembang.

Selesai makan kami pergi cari lauk basah. Bermulalah sesi memasak aku hingga rabu nanti. Eh...esok hari mungkin tak masak di rumah, kami berkampung di rumah abang. Yehaa...

Monday, October 14

Bersukaria Di Pagi Sabtu

Assalam...

Bila sudah berjanji mahu atau tidak mesti di tepati kan...haha... lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak ni kan. Memang dari malam dah bagitau esok pagi nak bawa derang main di taman kalau cuaca baik. Tau je la di sini sejak 2 3 hari ni hujan setiap pagi.

Syukur hujan turun tapi setelah kami masuk kereta dan menuju ke Puchong. Haha...alhamdulillah sempat puaskan hati anak-anak bermain sepuasnya.


Masih mencuba membuat 'peace'

Amar sempat main buaian sendiri pulak..


Sambil jalan sambil mulutnya pun mengomel.

Yang ni selepas 1 pusingan Amar jalan. Sebelum ni tak pakai selipar, ini semua gara-gara selalu tengok aku dengan dear suka jalan atas ni tak pakai selipar.

Hampir sejam lebih berada di sana, memang tunggu sampai mereka bagitahu kata sudah penat. Terus basuh kaki, masuk kereta dan dapat susu....kepenatan bermain.


Pagi tenang aku tak tenang buat orang lain. Mungkin  ada yang masih bekerja ataupun mungkin ada yang mahu pulang kampung bercuti. Aku sengaja memandu perlahan sambil perhatikan gelagat orang lain. Seronoknya...

P/s : Tak tahan mata tengok ramai mak mak berbangsa cina datang bawa anak-anak main di taman pakai seluar atas lutut. Paling tak boleh tahan sebab seluar yang mereka pakai jarang dan menampakkan bentuk yang tak sepatutnya di tayang. Tapi bila fikir semula apa yang mereka kisahkan....kita tak sama agama dan budaya.

 

Thursday, October 10

Takoyaki

Assalam...

Sejak tak kerja di kawasan Bukit Tinggi, Klang ni aku mati kutu juga nak selesaikan minat yang satu ni. Ye la biasanya pergi makan di sana jadi sesekali boleh beli juga kan. Tapi sekarang memang tak kerja area sana dan jarang sangat dapat pergi kesana sejak dear kerja di Pahang sekarang ni...huhu...sedih bila kenangkan selera makan yang payah pula nak jumpa di Shah Alam ni.

Eh...bukan payah sangat cumanya malas nak cari, beli dan cuba rasanya. Hehe...maklum je la dah terbiasa dengan rasa yang lama kan. Eh, macam payah pula nak biasakan dengan rasa yang baru plak.

Syukur sangat bila adik ipar kerja dekat-dekat area bukit kemuning yang selalu makan di Giant Kemuning Utama yang tersangat dekat dengan tempat kerja aku ni bagitau ada makanan ni. Aih...pucuk di cita ulam mendatang kata orang kan.

Takoyaki dengan keju dan mayonis lebih... RM 5.90

Takoyaki, makan jepun yang telah menawan hati aku dan sekarang anak-anak aku. Haha...mana tidaknya sekarang Amar dan Ashraf pun dah tau makan juga. Sedap kata mereka. Jadi tak rugi kalau aku beli 2 kotak sekali gus kan.

Nama kedainya Danidana Takoyaki kalau tak silap sebab ini baru pertama kali pergi walau pun dah lama nampak kedai ni wujud di Giant sana tu.

Kesimpulannya la kan, takoyaki di sini lagi sedap, lg besar dan puas jadi berbaloi la dengan harga yang aku bayar. Memandangkan sekarang aku malas nak masak untuk makan malam jadi 8 ketul takoyaki ni jadi menu makan malam kami bertiga...alhamdulillah kenyang.

Cumanya tak best sebab kat sini tak ada sushi....haih..lepas satu satu pula la yang aku nak...hahahha...layan selera sendiri sesekali kan.