Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, March 6

Terasa Bila Kehilangan

Assalam...

Hari ini sangat menyedihkan, terasa kehilangan 2 orang dalam satu  hari. Allah lebih tahu perancangannya yang telah ditentukan untuk kita semua.




Hari ke  tiga ditinggalkan dear, terasa sangat rindu  kehilangan dear beberapa hari ni. Entah apa lagi  perasaan orang lain yang menjadi isteri pejuang negara yang meninggalkan keluarga untuk menjaga keselamatan negara. Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Kehilangan ke dua yang sangat dirasai ialah kehilangan seorang anak saudara suami. Anak kakak ipar sebelah rumah aku sewa sekarang ni. Haih…dia anak kurang upaya dan sangat istimewa di mata kami semua. Pemergiannya petang tadi setelah masuk hari ke 2 diserang muntah cair bewarna hitam. Kalau ikut kata doctor  di hospital Columbia Asia Bukit Rimau muntah hitam  menunjukkan ada organ dalaman yang rosak tapi kalau untuk anak istimewa memang agak biasa. Cuma arwah pernah sekali muntah seperti ini kalau tak  silap tahun lepas.


Arwah Adam Azhari Bin Nor Azmi yang lahir pada 26/2/2003 di hospital klang. Dek kerana arwah lahir bermasalah MIL terus terasa takut kalau ada lagi anak-anak MIL yang bakal bersalin di sana. Sejak  dari itu memang semua kakak ipar bersalin di hospital swasta. Alhamdulillah proses bersalin aku dipermudahkan Allah.

Arwah belum lagi dikebumikan dan insyaAllah esok pagi kami akan pergi ikut MIL dan adik beradik lain. Dear tak dapat balik sebab kerja masih belum selesai.


 

Monday, March 4

Ditinggalkan

Assalam...

Haih...malam pertama kami bertiga tidur tanpa ayah disisi....dear pergi kerja luar pula jauhnya di raub, pahang sana. Oh...pagi ni baru pergi sedang elok aku dan anak-anak bersiap mahu keluar bawa kakak pergi bank selesaikan urusan kat ATM/debit.

Mahu atau tidak urusan rumah tangga aku pikul seorang untuk seminggu ni, sekarang tengah takut pun ada...takut sebab takut tak terlayan anak-anak nanti bila aku seorang je yang melayan. Biasanya bila malam dear sudah ada dirumah boleh lah aku rehat-rehat sekejap sebab dear bawa anak-anak pergi rumah nenek. Hehe...bukan lama pun kan, seminggu dua je pun...mengada-ngada pula rasanya nanti.

Malam ni tidur bertemankan kakak aku, esok dia cuti lagipun tadi urusan sudah selesai kami cadang nak tengok wayang tapi tak berkesempatan pula.

Ok la...mahu urut kaki yang kepenatan jadi pemandu tidak bertauliah sejak semalam. Mood sedih sebab kena urut kaki sendiri. :p

 

Cita-cita

Assalam...


Sejak kecil semua orang  bertanya pasal cita-cita kita kan…pastinya ada juga antara kita yang mampu mencapai cita-cita yang kita idamkan tu kan. Sayangnya setakat ini cita-cita aku masih belum tercapai lagi.

Masa Kecil

Masa aku kecil aku suka tengok mak potong kain, jahit baju orang dan dapat tengok riak wajah orang bila dapat baju yang ditempah mengikut kehendak mereka. Pernah juga aku curi perca kain untuk buat baju anak patung dan juga teddy bear. Bila main dengan kawan-kawan teddy bear aku je ada baju lain dari yang lain.
Teringat masa sekolah rendah, masa masuk kelas pertama kali dalam darjah satu pastinya cikgu akan bertanya mengenai cita-cita ni. Hehe…masa ni hampir satu kelas akan jawab mahu jadi cikgu, askar, ataupun jururawat.

Bila usia bertambah semakin bijak, ada yang jawab mahu jadi doctor, pensyarah, arkitek atau pun jurutera. Alhamdulillah ada juga antara kami yang Berjaya capai cita-cita tersebut.

Seorang kawan baik sangat berminat mahu menjadi seorang ustazah kerana terpikat dan minat dengan cara pengajaran seorang ustazah di sekolah kami. Menarik kan? Bermula dari sekolah rendah terus ke sekolah menengah berasaskan islam seterusnya matrikulasi dan yang terakhir menyambung pelajaran di UIA. 

Alhamdulillah sekarang menjalankan tugas sebagai seorang ustazah di sekolah di Perak. Maksudnya….bila dia ada impian dia meletakkan seluruh minat dan azamnya hingga berjaya. Ingat senang nak berjaya? Huhu….macam-macam dugaannya. Bukan setakat kawan yang ni je tapi mesti semua orang akan rasa kan perkara yang sama.

Masa remaja.

Bila mengajak usia dan masuk sekolah menengah lain pula impian masing-masing kalau dibandingkan dengan masa sekolah rendah. Haha….memang la kan, sebab masa ni semua sudah tahu apa lebih atau kurangnya sesuatu pekerjaan itu. Takkan sekadar mahu bercita-cita mahu jadi guru biasa, apa salahnya bercita-cita menjadi seorang guru besar pulak. :)

Masa remaja ni aku dengan jiran sebelah rumah yang sebaya kami  pernah menulis sebuah cerpin panjang. Wah.. teruja sangat masa tu, aku baca cerpin dia dan dia baca cerpin aku pula. Seronok sangat tapi cuma satu cerpin  tu je la yang aku tulis. Jiran aku tu aku tak pasti pula berapa banyak cerita yang dia karang.

Masa belajar di politeknik berjumpa dengan berbagai ragam rakan-rakan lagi. Ada yang belajar bukan sebab minat tapi terima dengan apa juga tawaran ketika itu. Haih….kalau ikutkan masa ni la kan kita perlu pilih arah haluan pelajaran kita kan.

Contohnya macam kelas aku kelas pemasaran, sekarang bukan semuanya yang meneruskan kerja dalam bidang pemasaran ni tapi sudah berpecah kepada pelbagai cabang kerja tak kira ada kaitan dengan pemasaran atau tidak. Ada yang jadi guru, tentera dan tak kurang juga suri rumah….aku la tu! Hahahaha

Ok, cita-cita aku masa kecil mahu jadi arkitek tapi bila dapat keputusan PMR yang subjek sains tak berapa baik terus terpaksa batalkan niat mahu masuk sekolah teknik. Walau pun selepas habis SPM masih minat lagi tapi tiada panduan langsung untuk aku rujuk masa tu. Bukan macam pelajar sekarang ni, boleh rujuk dari internet. Masa aku dulu internet ni macam agak terhad sangat. Bila sambung belajar baru kenal internet. Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidak terlambat untuk aku kenal internet.

Kerja di syarikat pendawaian elektrik sangat menyeronokkan, selari dengan minat aku sebab masa tu aku perlu sentiasa melihat lukisan pelan rumah/bangunan. Selapas itu dapat berkenalan dengan kakak satu pejabat yang memang ambil bidang lukisan pelan. Sangat seronok melihatnya membuat lukisan pelan bila bos minta. Tapi bila diselidiki itu bukan bidang yang dia impikan. Haha….

Sekarang berminat nak meneruskan semula cita-cita masa kecil lagi pun mak jadi tukang jahit, opah pun tukang jahit termasuk juga arwah moyangku pun menjadi tukang jahit juga. Berkemungkinan minat ini sudah mengalir mengikut darah keturunan agaknya…sebab mak cik aku 2 orang menjadi tukang jahit cuma sepupu aku sahaja yang belum ada tunjukkan minat ni lagi.

Pendek kata bukan semua yang kita cita-cita/impikan menjadi kenyataan. Lagi pun tak semestinya cita-cita kita akan sesuai dengan kita nanti. Yang pasti kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.



 

Saturday, March 2

Potty Train Amar

Assalam...

Sudah hampir 2 minggu aku amalkan potty train untuk Amar ni, syukur Amar berjaya masuk tandas dengan mudah sekali. Buat pertama kali mahu mengajar Amar dan masih belum ada pengalaman lagi aku cuba membuat perancangan persediaan sendiri. Ada baca dari internet tapi kata orang lain budak lain caranya.

Tersangat teruja juga bila Amar pandai lebih awal dari jangkaan kami suami isteri.

*Persediaan Minda*

Nak ajar potty train ni aku perlu siapkan minda yang paling penting. Kata orang jangan marah anak kalau terkencing merata-rata kan. Jadi aku persiapkan minda aku agar aku tak marah Amar bila terkencing. Alhamdulillah berjaya dan Amar cuma terkencing 2 3 kali sahaja semasa minggu pertama.

Hati juga perlu tenang dan sabar sebab hal-hal membersihkan lagi mana nak melayan adiknya lagi. Haih….memang menduga.

*Menyediakan Seluar Dalam*

Ada orang kata susah kan, tapi pada aku sangat-sangat senang…mana tidaknya kalau terbuang air besar tak perlu nak membasuh beria-ria pada satu tempat. Ajar pakai seluar dalam juga lebih senang sekurang-kurangnya akan datang dia sudah tahu tiada lagi diapers tapi tang ada hanyalah seluar dalam.

Seluar dalam untuk kanak-kanak sekarang sudah bermacam-macam corak jadi lagi senang mahu menarik perhatian mereka untuk pakai.

*Barangan Rumah*

Pada aku barangan rumah lebih kepada tilam tidur dia dan juga tempat bermain. Tilam tidur untuk ajar tidur siang tanpa diapers. Yang ni pun Amar berjaya dan cuma sekali terkencing semasa tidur.

Rumah aku tak guna permaidani jadi lagi senang nak bersihkan. Sekadar tikar biasa cuma perlu bersihkan dengan air je. Lain la kalau guna permaidani memang leceh sebab berat nak basuh dan jemur.

Mahu ajar Amar buang air besar pun tidak menjadi satu masalah besar.untuk beberapa kali aku ajarkan buang air besar di lantai sahaja tapi bila lihat dia sudah tahu aku ajarkan dia duduk di mangkuk tandas. Lagi pun mangkuk tandas tinggi bahaya pada Amar kalau terjatuh pula nanti. Mungkin perlu sediakan tangga untuk memudahkan dia panjat dan duduk di mangkuk tandas. Kalau tandas cangkung lagi senang kerja. :)

Pada sesiapa yang mahu ajar anak buang air ditandas kenal potensi anak dahulu. Macam Amar aku tahu dia suka bila aku minta dia mask bilik air. Sentiasa mengingatkan anak-anak bila mahu kencing perlua masuk tandas sebab bila mereka sudah ralit/leka bermain mereka akan lupa dan menyebabkan mereka terkencing. Ada yang kata mulakan dari 15 minit sekali kemudian setengah jam sekali dan seterusnya sejam sekali sehingga dia faham.

Setakat ini masih belum ajar Amar keluar rumah tanpa diapers sebab kami jarang-jarang sangat keluar jalan-jalan pergi pasaraya. Sekadar pergi kedai dan rumah nenek memang sudah berjaya. Lampin yang ada pun memang jimat, sebab dipakai waktu malam sahaja.  Ok ada siapa-siapa tahu macam mana nak ajar anak berhenti pakai diapers 100% tak? Hehhe…sebab anak-anak abang aku masih pakai bila tidur malam.


 

Friday, March 1

Hagemaru

Assalam...


Sejak duduk rumah terlayan pula kartun ni, ish...kalau ikutkan kakak ipar aku semuanya tak berapa suka dengan kartun ni. Mula-mula tak tahu juga kenapa tapi bila aku sendiri tonton memang buat menyampah pun ada..

Pada aku kartun ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Selalu memberikan pengajaran yang tidak baik. Kanak-kanak ni perlukan pelajaran yang lurus ( straight) bukannya berkias-kias macam kartun ni.

Contohnya.
Selalu bersikap kedekut tak kira dengan sesiapa pun.
Suka mengambil kesempatan.
Ibu bapa yang selalu sekelapa dengan perangai anak-anak.

Huih....boleh gila kalau hari-hari layan cerita ni :p