Assalam...
Weh...apa punya title la aku letak ni eh. Belasah je la kan, dah mmg pasal tu yg aku nak tulis la ni maka relakan aja walaupun title panjang berjela.
Kurang 2 bulan la nak bertemu ngan kekasih hati ke 4 aku. Yahooooo...pantas mungkin masa berlalu atau aku sengaja buat2 tak tau? heh sabo je la kan. Sesibuk mana pun, tak mungkin melupakan walaupun sekejap. Ditambah dengan tendangan kasih & sayang dr kaki comel kat dlm perut yg makin memboncet ni lagi la tak blh lupa.
So apa preparation aku skrg eh? Time Zikri dulu sibuk cari online apa yg patut aku siapkan time awal2 ni. Nak tak nak yg ke 2 ni belajar dari pengalaman sendiri sahaja ok. Kata org pengalaman adalah guru terbaik buat kita kan.... :p
1. Jamu.
Yg ni mesti letak no 1 pasal yg ni kene start gune time dah blik umah, mmg la jamu tu start makan lepas seminggu 2 tp yg pilis ngan param tu tak blh tinggal ok, harus mula pakai bila sampai di rumah MIL.
2. Baju bajan.
Nampak cam dah complete tp tak tau la kan kot2 last minute ada plak yg tertinggal. Semua dah letak dan susun leklok kat dlm bakul. Tinggal tunggu masa je. Awal?eh kang kalo last minute kelam kabut pulak nak siap2 kan. Hahahaha...
3. BP.
Last year dpt beli Medela Harmony online. Harga blh tahan tu yg tak tertahan nak beli jugak tp ntah la skrg dah lupa plak kat mana aku beli eh, pasal kalo blh tingin nak tgok price untuk Medela FS plak. Huh tamak sungguh kan!
4. Jiwa & raga?
Ni pasal persediaan minda aku la kot. Rasanya mmg mencabar sket la pasal dear pernah luahkan kalo aku nak berpantang di kg mungkin Zikri terpaksa tinggal ngan MIL! huh kejam kan mereka2 ni.....tp yg ni blm aku sedia lg nak berpisah lbh dari 8 9 jam dgn zikri. Dah la susah nak dptkan die, last2 suh pisah2 lak...Tak kira la walaupun sebulan ke mmg tak sanggup. Tp kesian plak mak kat kg takkan mak nak dtg klang nak jg aku kot?anak Yang kat kg tu cam ne la plak?
Kebetulan akak ipar aku pun bakal bersalin tahun ni, due die bulan march tp aku april...hmmmm abg dah minta mak dtg jengukkan akak ipar pasal abg keje kat terengganu akak ipar plak kat rawang. Oh yg ni mmg perlu difikirkan dengan sedalam2 nya la kan. Nak bincang ngan dear tp tunggu bila dah sampai masanya. Kalo MIL paksa gak tinggalkan Zikri aku pasti mintak dear blk kg tiap2 minggu! Tak pun rela aku berpantang di rumah sendiri.
Urghhhh penat kan bila fikir2 kan pasal persediaan ni. Ye la apa yg patut nak beli apa yg tidak tp pada aku time dlm pantang pun blh beli gak. Cume tingin untuk 2nd baby nanti full BF. Apa guna ada Medela Harmony tu kan, tak mau ajar baby guna botol time dlm pantang. Kalo time dah naik kerja tu terpaksa la jugak ajarkan, takkan nak biar bby kebuluran plak kan. Moga2 termakbul la impian yg ni, jgn MIL suh bg susu botol gak dah la, pasal time zikri tu ari MIL la yg bising2 katanya zikri lapar lg la apa la, susu kurang la...lastnya mmg guna botol jugak kan. Saba je la aku.