Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, December 24

Bila Hujan Turun

Assalam...

Sejak beberapa hari ni hujan turun dengan agak lebat paling tidak pun sekadar gerimis tapi berpanjangan. Suhu pun sekarang sejuk je aku rasa. Bila hujan turun berpanjangan dan kebiasaan hujung tahun memang musim banjir di kawasan pantai timur sana tapi rasanya banjir kali ini lebih teruk berbanding sebelum ni rasanya. Dan aku kadang-kadang tak percaya tengok berita tunjuk aktiviti orang kat pusat penempatan tu...sebab yang aku tau kat sana kan banjir sampai ada tempat tu banjir sehingga tingkat 3 bangunan sekolah. MasyaAllah....ujian Allah buat mereka.

Kampung aku pun sekarang sedang berjaga-jaga sebab dekat dengan sungai Perak. Kalau air sungai naik lagi di sebabkan empangan gerik di buka mungkin air naik sampai ke atas jalanraya dan akan berlaku banjir di rumah kampung. Mak aku dah ada di sini cuma takut dengan segala dokumen penting yang tinggal tapi mungkin juga abang aku tolong simpankan di rumah dia buat sementara waktu.


Keadaan banjir di Kuala Kangsar, nampak memang dalam airnya ni.


Ini gambar jalan nak pergi ke tepi sungai perak, disini ramai orang kampung yang memelihara kambing, kerbau dan lembu...mungkin sudah di pindahkan peliharaan mereka aku rasa. Kawasan ini kurang 30 meter dari jalan besar dan tak jauh dari rumah kampung.


Semoga Allah memelihara kita di bawah lindungannya semasa sedang menghadapi ujianNya.

Tuesday, December 23

Kebanggaan Keluarga

Assalam...

Beberapa bulan lepas seorang kawan sekampung, sekolah aku bagitau cerita mengenai abang aku ada di surat khabar Utusan. Tapi memang tak sempat nak beli dan baca sebab dapat tau pun dah petang dan masa tu dah sampai masa nak balik rumah, tak terasa nak pergi beli surat khabar pula...hehehe tak pe kita baca yang online pun boleh kan.

Aku anak bongsu, beza umur kami 4 tahun je jadi masa kecik aku banyak habiskan masa main dengan abang aku ni la. Tapi bila meningkat usia masuk sekolah menengah aku dah tak berapa rapat lagi. Banyak juga yang dia tolong aku, masa nak masuk politeknik dulu dia yang tolong...masa belajar dia pernah ulang alik ambil dan hantar aku ke asrama. Huhu...kenangan paling manis mandi air tali air belakang rumah....seronok siap ada buaian lagi tapi aku tak pasti siapa yang buat sama ada arwah bapak aku atau abang-abang aku.

Alhamdulillah abang aku berjaya dalam bidang yang dia minat, walaupun katanya pada mula join usia sudah lebih 20an tapi kata orang biar lambat asalkan selamat. ha....tapi bagi abang aku biar lambat asalkan dia boleh berjaya pergi setinggi mana yang dia mampu.

Aku tak pernah tau minat dia pada bidang ini, sebab sejak habis SPM bermacam-macam kerja yang dia buat. Pernah dapat tawaran sambung belajar di Uitm tapi tak berjaya menamatkan pelajaran dia kemudian sambung belajar di Politeknik dan berjaya mendapatkan Diploma. Keluar dari politeknik ni la macam-macam kerja yang dia buat untuk cari duit.


Buat abang, keluarga kita bangga dengan pencapaian yang abang dapat sekarang. Walau pun arwah bapa kita dah tak ada tapi kita tau arwah mesti bangga dengan pencapaian yang dah dimiliki sekarang ni. Semoga terus kekal dan berjaya menghadapi ujian akan datang.

Wednesday, December 17

Risau VS Sayang

Assalam...

Sejak kebelakangan ni cuaca tak menentu...hujan turun tak mengira masa, kebiasaannya masa aku balik kerja hujan turun agak lebat. Jadi jalan nak balik rumah bertakung dek kerana jalan yang rosak kerana ada kerja pembinaan di kawasan berdekatan.

Mahu atau tidak setiap hari jika selepas hujan yang agak lebat mesti jalan naik air. Bertabahlah hati bawa kereta antik yang disayang meredah air...setakat ini alhamdulillah Allah masih berikan kemudahan untuk aku pulang dengan selamat. Banyak juga kereta yang patah balik ikut jalan lain tapi pada aku jalan dah terlampau dekat agak sayang untuk aku bazirkan minyak pusing ikut jalan jauh.

Tanya juga pada dear kalau selalu redah air begini tak mengapa ke? kata dear kita tak tahu air tu boleh sampai enjin atau tidak, yang penting jangan bawa laju sudah la...tu je pesan dear. Ceh...yang menghadap ni risau sangat. Tiap kali sampai kat tempat ni memang seriau bila nampak kereta beratur panjang. Bila dah depan air tu punya lah beria doa minta agar Allah permudahkan perjalanan aku..ye la takut tetiba kereta buat hal dah jem kat situ.

Tak tau salah siapa sekarang ni, tak ada pihak yang buat apa-apa tindakan aku tengok buat masa ni. Jadi tunggu dan lihat je la. Yang pasti jalan makin lama makin mendap.


Kawasan air bertakung dalam petak merah...tinggal lagi beberapa kilometer je kot dah nak sampai rumah.

Monday, December 15

Bila Dah Bercuti Panjang

Assalam...

Mood nak bekerja langsung tak datang hari ni, maklum saja kerja menanti berlambak-lambak hinggakan tak tahu nak buat yang mana satu. Bila tengok kerja ini orang ni kata buat dia punya dulu, buat kerja lain kerja yang lain datang lagi...bila la kerja nak selesai ni ek. Kebetulan pulak badan mula tak sihat, mungkin seronok duduk rumah rehat terus diserang selesema dan deman juga. Fuh...harap-harap Amsyar tak di jangkiti pula. Memang Amar dan Ashraf demam 2 hari ni tapi syukur demam tak tinggi jadi boleh lah makan ubat mana yang ada je kan.

Ok, sentiasa berharap mood kerja datang dengan cepat...tak nak balik lambat kesian kat anak-anak menunggu di rumah nenek lama-lama pula.

Monday, December 8

Mari Menghabiskan Cuti Tahun

Assalam...

Mood pagi ni memang tak datang langsung walau pun kerja bersepah-sepah atas meja minta aku siapkan juga sebelum rabu. Sebab Rabu nanti nak cuti panjang hingga hari Jumaat. Nak pergi mana? duduk rumah diam-diam layan anak-anak dan mak yang datang kerumah. Alhamdulillah cuti tahun masih ada lagi 9 hari tapi cuma boleh ambil 2 hari je sebab memang susah bos nak bagi cuti panjang-panjang. 5 hari bawa ke tahun depan cuti lebih nanti mungkin akan ambil cuti lagi sebab nak daftar tadika anak-anak. Kalau tak habis juga bos akan bayar tahun depan.

Nak cuti 2 hari tu pun punya lah payah sebab ada aje bos yang tak setuju aku nak bercuti padahal katanya aku sekadar menghabiskan cuti yang ada je. Eh...takkan sepanjang tahun kerja je mesti mau cuti. Mana nak elak bulan 9 dulu aku cuti sakit seminggu sebab sakit mata dan sejak tu terus mereka cop aku kerap ambil cuti. Adoi kekadang rasa macam teruk-teruk sangat jangan bagi aku ni cuti tahun lagi senang kan. Geram rasanya bila orang asyik pertikaikan apa yang aku buat.


Gambar tiada kaitan tapi sekadar menyenangkan hati, tengok gambar lama teringat kenangan dulu-dulu. Hehe...ini gambar masa selepas bertunang kami ambil di Sunway Piramid kiranya ini gambar berdua buat pertama kali. Memang nampak dear lain sangat mukanya, lebih 'kecil' berbanding sekarang. :p