Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, October 31

Kerana Nila

Assalam...

Tak tau kenapa, tapi memang sejak sekolah selepas mak serahkan bulat-bulat urusan mencuci pakaian sekolah pada aku memang jarang sangat aku akan nila baju dan juga tudung sekolah. Hehe....sebenarnya aku suka menila semua baju warna putih tapi kadang-kadang nila tu tak betul-betul kene jadi berbelang-belang pula. Akhirnya aku dah tak kuasa nak menila baju lagi.

Bila masuk poli bukan selalu pakai baju warna putih ni melainkan telekung jadi memang tak kuasa nak menyimpan stok walau pun sebotol nila sepanjang belajar di sana....huhu jimat sangat kot aku ni. Erk...tapi bila tengok kawan-kawan sebilik guna telekung yang bernila...alahai cantiknya telekung dia, nampak macam telekung baru la plak. Ha...itu la kelebihan kalau nilakan sesuatu baju yang bewarna putih kan. Nampak macam baru je bila pakai.

Bila dah kahwin ni lagi la jarang nak menila baju, sebab dah memang tak berminat nak pakai baju warna putih kosong. Huhu...Dear pun sama bukan aku je.

Tapi bila dengar adik ipar kena sindir dengan kakaknya sendiri sebab tak nila kain bedung anaknya je pun...haih aku pula yang sedar. Pentingnya menila tu pada keluarga ipar aku. Dear kata tak kisahlah...asalkan baju tu bersih.

Biarpun bersih tapi kan lebih cantik bila dinila, warnanya pun tak nampak kuning je kan. Haha... cuba korang bayangkan kain bedung budak yang warna putih tu bila di nila? kan nampak cantik nampak lagi bersih. Wow....sangat menyedarkan aku tau.



Nak lagi pulak kakak ipar memang rajin nilakan baju putih anak dia, kebetulan dia nilakan sekali baju Ashraf yang memang kebetulan dia basuh dan warna putih pula. (anak aku memang ada banyak baju warna putih tau) Sekali tengok, aih...siap nila nih! cantik la pula.

Jadi sejak itu aku pun mulakan juga aktiviti menila ni, tapi aku akan buat bila hari cuti je. Hari bekerja entah kemana perginya rajin tu aku pun tak tau nak cari sebab payah sangat nak jumpa. Hehe...

Teringat masa kecil dulu, arwah bapa beli nila kiub. Bila nak guna mak masukkan nila dalam kain putih dan ikatkan. Kalau nak guna tinggal rendamkan je macam sup bunjut. Agak-agak dah pekat warnanya baru ambil dan simpan dalam bekas lain. Cumanya nila ni cepat cair la kalau tak silap, tapi warnanya tetap cantik macam nila sekarang yang ada dalam botol. Lebih senang dan lebih cepat nak gunakan.


P/s : rasanya nanti kalau dapat tau mengandung lagi aku nak siapkan bedung dan barut yang berwarna-warni. Takut pula tetiba datang malas dan nampak dek kakak ipar terus kene sembur. Huhu...tak sanggup!


No comments: