Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 25

Rindu Berblog

Assalam...

Wah...lama gila rasanya tak mengupdate blog ni. Tak sempat sesangat nak menyentuh. Tambah-tambah pula sejak masuk kerja ni bertimbun-timbun tender masuk. Ada yg mengejar katalog dan ada juga yang mengejar sebut harga dari supplier. Uih...silap-silap kami balik yang dikejar mereka..hahaha

Sabtu lepas ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5, ish sekejap je kan. Tak ada apa-apa celebration yang istimewa pun pada tarikh itu maybe pasal aku pun tak kisah sangat. Eh kisah juga tapi buat tak heran la pasal date tu aku terpaksa kerja juga. Sabo je la.....kene pulak hari tu dear off...cit sgt tak adil! ni yang nak marah bos ni.

Dah aku kata tak ada apa celebration la kan, ahad semalam aku masakkan kuih apam. Konon boleh la potong-potong makan ala-ala kek tapi dek kerana letih kul 9 malam je aku terus tido sekali bila tidurkan ashraf. Sabo je la dear, mujur dear dah makan dengan kawan-kawan sebelum balik rumah. Pagi-pagi bangun rasa macam kebulur sangat. :) mengantuk telah mengatasi segalanya. Tambah-tambah pula letih layan anak ber2 dirumah.

Sekali sekala tinggal berdua dirumah seharian memang enjoy tapi ada juga penatnya. Kerja rumah jangan harap la nak siap, ada saja kerja yang tergendala. Sabar aja la kan bila anak dah 2 ni. Rasa macam kejutan pun ada. Malu gila bila orang datang rumah tengok rumah bersepah dan tak kemas. Bukan masalah tak kemas tapi dah naik malas nak kemas pasal tak lama pas kemas Zikri akan sepahkan mainan nya lagi. Baik aku tolak tepi mainan dia tu...dari pada berulang kali nak aku kemaskan. (dasar pemalas punya mak la aku ni)

Perihal susu...Alhamdulillah masih diberikan susu yang banyak lagi. Teringin nak mencuba pelbagai supplement yg ada tapi nanti dulu. Ketibaan bulan ramadhan nanti harap-harap susu sentiasa ada seperti sekarang dan mampu berikan yang terbaik buat ashraf. Kalau ikut sejarah masa zikri dulu susu mula susut masa bulan pose ni la. Mengharapkan keberkatan bulan pose semoga susu banyak. :)

1 comment:

Yaati Nor said...

KASI POST SKET GMBR SUSU NAK TGK..