Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 11

Masa Aku

Assalam…

Ouh,penatnya aku sekarang ni…terkejar-kejar kesana-kemari. Rasa macam feed up pun ada tapi sabar la kan, ini baru permulaan. Lagipun tak lama je lagi, lepas ni bila si adik sudah pandai merangkak maupun berjalan juga pastinya lebih mencabar emosi dan minda aku. Heh! Macam mana nak tambah anak lagi ni ek?(ada hati lagi nak tambah anak aku ni pasal kalau boleh nak gegurl plak!)

Isnin hingga jumaat, pagi aku bermula pukul 6 pagi. Mandi, solat siapkan beg-beg baju anak, beg aku dan juga masakkan sarapan kalau rasa nak sarapan kalau tidak roti maupun biskut pun dah cukup. Mujur dapat suami yang tak memilih bab makan minum ni.

Pukul 7, kekadang si abang dah mandi pasal biasa dia suka bangun awal kalau belum ini tugas ayah untuk mandikan dia. Si adik biasa jarang sangat bangun awal kecuali bila si abang kacau. Kesian kan. Pukul 8 pagi semua cargas keluar rumah, kalau ikutkan aku sebelum pukul 8 lagi aku nak semua keluar pasal nanti aku mesti lambat sampai ofis, dah la bos sekrang rajin pula masuk awal. Gile kalau kena tangkap dengan bos.

Balik ofis kul 6petang sampai umah mak mertua kul 6.30petang. itu pun kalau tak singgah mana-mana dan tidak ada jem di mana-mana. (jarang sesangat jalan yang aku gunakan jem) kemas-kemas barang, tunggu MIL solat 6.45 petang baru keluar umah MIL. Rumah MIL ngan rumah aku lebih kurang 5 minit je, ok la kan dekat senang sikit. Si abang akak ipar dah bawakan siap-siap dan tinggalkan di rumah akak ipar sebelah rumah aku senang sikit tak payah dia nak ulang alik bawa naik moto dan aku tak payah pening kepala nak bawa 2 orang kanak-kanak dalam 1 masa. Hahahahaha

Kul 7 malam siap masukkan semua beg dan barang yang berkaitan. Duduk sambil bagi adik susu yang si abang pun sibuk nak susu jugak tak pun dia asyik nak kacau si adik je. Biasa dia akan main apa-apa mainan dan tunjukkan dekat adiknya. Ehmmm payah kan nak bagitau kat abang ni yang adiknya tak pandai main lagi. Sabar sangat-sangat je la aku. Kalau nak makan nasi malam tu aku akan masak nasi sambil layan mereka berdua la.

Kul 7.30 atau 7.45 malam baru dapat mandi dan solat itu pun setelah dibuat pelbagai cara untuk bagi abang tidak kacau adik. Solat pun aku solat kat ruang tamu rumah pasal biar mereka berdua Nampak aku ada dekat dengan mereka walaupun solat tu tak sampai 10 minit pun tapi biar la aku solat depan mereka. Senang sikit hati aku. :)

Kul 8malam kekadang dear dah balik kekadang tidak. Sambil masak basuh kain, tengok-tengok anak-anak yang berdua tu main jangan sampai zikri kacau ashraf pula. Pasal pernah terjadi bantal adiknya ditarik. Ish….mujur la adiknya tak nangis. Gewam sekejap!

Kul 8.30 boleh siap masak pasal biasa aku akan masak simple-simple je la, kecuali kalau dear ada baru la boleh masak renyah-renyah pasal ada yang boleh tolong tengokkan anak-anak. Selalunya aku dengan dear makan lewat malam pasal kami selesa bila makan sama-sama bila anak-anak dah tidur. Kalau dear balik lewat sangat aku akan makan sorang-sorang sambil suapkan zikri. Sekarang apa yang kami makan semua dia nak makan juga.

Selalunya adiknya pukul 9 dah mula nak tidur tapi kalau si abangnya pula susah sikit nak tidurkan terpaksa la buaikan dulu. Kemudian baru la angkat letak kat tilam. Selalunya time mereka ni dah tidur sempat la aku lipat kain, jemur kain dan juga kemaskan pinggan mangkuk kat dlm sinki. Kemas-kemaskan beg baju untuk mereka berdua termasuk juga siapkan beg pum untuk aku buat stok susu di ofis.

Waktu tidur paling lewat 11 malam atau pun 12 malam tapi pernah 1 hari aku ngan dear tidur pukul 1 pagi gara-gara aku gatal nak masak apam malam-malam. Heh itu la padahnya. Tapi apa yang penting kami gembira berempat walaupun penat yang amat. Memang la ka nada ketikanya aku rasa apsal la dear ni tak tolong langsung tapi aku terpaksa sejukkan hati sendiri. Dear dah berkorban masa keluarga untuk kerja mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Kerja-kerja di rumah pun bukannya teruk sangat tapi agak penat juga bila tengok barang-barang bersepah bila balik dari kerja. Ini memang hasil kerja tangan Zikri amar, tak ada tapi-tapi memang dia paling cekap buat kerja ni semua.

Pendek kata menjadi ibu memang memenatkan tapi mujur juga dear ada pasal rajin membantu. Hehe…syukur sangat la kan.

(Nota kaki: owh bulan ni 2 orang kawan sepoli dulu mengandung! Hahhahaha...anak-anak mereka dah besar sorang dah 2 tahun sorang lagi 4 tahun. Ish…memang tertunggu-tunggu kawan nak tambah baby ni. Tahniah!)

2 comments:

Yaati Nor said...

huhuhuh sape lagi ngandung tu?sila khabarkan namanya? aku ketinggalan la..

Azian & Zaini said...

zila raes budak DIN dengan eja razak senior kita, kawan hajar..

ko bila lagi ti?