Assalam...
Dah masuk hari Jumaat baru sempat nak update, semalam asyik cuba nak update tapi kekangan masa handlekan 1 tender pun dah tak sempat belum ada 2 3 tender lagi.
Hari Rabu lepas kami sekeluarga berhujan pergi klinik desa di Jalan Kebun untuk tengok perkembangan terbaru anak-anak kami. Oh penat pun ada tapi biarlah kami bersusah sekarang tapi akan datang bila mereka dah besar kami pasti akan teringatkan kenangan semasa mereka kecil. Hmmmmmmm anugerah Allah yang tiada nilai bagi aku dan suami.
Gambar jangan harap la aku nak ambil, dear pun tak sempat jugak. Nak layan Zikri yang tengah selsema lagi, nak main hujan juga tu. Sabar aja la kan. Mujur masa kami keluar dan sampai klinik hujan belum lebat jadi syukur la kan Allah dah permudahkan perjalanan kami.
Tak perlu beratur panjang atau duduk lama menunggu giliran. Biasanya kalau hari hujan pasti tak ramai orang yang datang, akak ipar sebelah rumah pun masih sempat lagi mengusik suruh aku cuti je pasal hari hujan dan nak bawa anak pergi klinik. Mungkin kerana dia tidak berkerja so dia akan fikir cuti lagi senang. Sayang ok sekarang nak bercuti sesuka hati. Biar la aku cuti untuk perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja.
Ayah bawa Zikri pergi timbang, berat turun dari last timbang di hospital minggu lepas. Dari 12.7kg turun ke pada 12.2kg. Tapi Ashraf pula naik dari last timbang bulan lepas semasa masih di alam pantang lagi. Dari 4.9kg naik ke 6kg. huh!! kalau nak tau ashraf ni tak kuat susu pun, jauh beza dengan abangya dulu.
Ashraf kene inject untuk 2 bulan dan berkemungkinan akan demam tapi aku dah pesan pada akak ipar untuk bagi ubat demam pagi tu sebelum tinggalkan. Alhamdulillah ashraf tak demam, kalau demam risaunya la aku. Tambah-tambah pula Zikri pun masih demam walaupun suhunya tak tinggi. Zikri akan datang klinik lagi 3 bulan untuk cek terakhir, ashraf pula perlu datang bulan depan untuk inject lagi. Ulang alik ke klinik lagi la nampak gayanya ni.
Untuk kebaikan anak apa salahnya aku berkorban masa sedikit kan, kalau nak pergi klinik bawa ashraf sorang aku tak kesah jangan Zikri nak join sama sudah la...mau pening aku nak melayan. hehehhehe..
No comments:
Post a Comment