Assalam...
Hari ni dah masuk hari ke 12 berpantang, tapi aku masih belum mula makan jamu lagi. Heh! kenapa eh? saje malas nak tunggu makan time dah kat kampung nanti je la. Lagi pun ashraf tak kene demam kuning so anytime dah blh start makan selepas hari ke 10 ikut kata nurse klinik desa.
Ini la jamu yang akan aku mula makan dari esok. Kenapa nak tunggu esok bukan hari ni?pasal esok bakal balik kampung...hahahhaha. Ada 4 jenis bahan semuanya. Kalau tak silap total harga untuk semuanya ni tak sampai RM200.
Yang ni param, untuk dipakai dikepala selepas mandi dan dibiarkan kering. Tujuannya untuk mengelakkan angin naik ke kepala.
Ini pula pilis. Pilis ni untuk disapu di badan dan dibuat sebagai lulur. Baunya tak kuat la, tapi bila dipakai terasa kulit jadi lembut pula. Heh! kesan terbaik ok.
Ini pula manjakani, kalau ikut set untuk bersalin mak cik tu bagi satu bekas je tp aku pula order nak 2 bekas so tinggal tambah kan duit sket je la kan. Tak kisah asalkan badan rasa selesa lepas berpantang nanti. Lepas pantang pun masih boleh makan ok. Manjakani kan elok untuk perempuan....:p
Yang last, jamu serbuk. Kakak ipar aku yang sorang tu rajin juga la makan, tapi ada yang sorang ni pula kalau nak makan kene tambah masuk madu kalau tidak langsung tak boleh telan katanya la. Pada aku pula, tinggal bancuh dengan air suam pas tu terus minum, bancuh biar pekat-pekat kalau cair susah la nak habiskan nanti. Heh....yang pasti bila mula makan jamu mesti panas 1 badan tu pasal aku tunggu balik kg pasal kat kg sejuk sikit dari kat umah MIL ni maybe pasal ada pokok kayu sekeliling rumah kot.
No comments:
Post a Comment