Assalam....
Pernah dulu aku ceritakan nak tukarkan Zikri Amar dengan susu dugro perisa coklat. Minggu lepas dear pergi daftarkan untuk si adik di JPN Selangor cawangan di Plaza Masalam, Shah Alam. Senang kalau hal-hal JPN disini pasal lebih cepat dan mudah je nak pergi lagi pula paling dekat dengan rumah. Lupakan dulu perihal JPN ni pasal nak cerita kisah susu untuk si Amar.
Dear sempat singgah di Giant level bawah plaza masalam ni pasal aku dah siap kirim awal-awal apa yang patut dear beli. Tapi malangnya entah macam mana dear boleh pulak terambil perisa coklat untuk 2 pek sekali gus! aduyai....di rumah aku ingatkan dear sengaja ambil tapi rupanya dear tak sengaja dan main ambil je pasal masa tu dear cuma tengok umur sahaja. Ceh!
Ok petang tu nak tak nak kami terpaksa juga try mana la tahu si Amar nak terima. Untuk 1st time ok la die habiskan tapi buat kali entah ke berapa pada esok harinya dia dah mula tak nak terima. Nak tak nak dear kene beli lagi 1 pek perisa asli. Padan muka!
Tapi sayang pula pasal Amar minum susu ni asyik kembung tak kira siang malam. Sampaikan tidur malam mengamuk-ngamuk dan sempat juga la si ayah lepaskan geram pasal mengantuk tahan mata nak layan dia.
Sekarang yang pasti takkan beli lagi perisa coklat. Heh! ingatkan sembelit tapi rupanya kembung. Daripada mencari masalah lebih baik kami elakkan awal-awal.
No comments:
Post a Comment