Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, August 2

Susu Oh Susu

Salam...

Teringat tentang susu ibu bila memandang wajah lembut baby Zikri bila tido. Sayu jugak la hati ni. Tapi nak buat macam mana kan hakikat perlu ditempuhi juga. :) smile hokeh!

Susah nak imbas kenangan pertama kali Zikri hisap susu formula, bak kata pepatah diluah mati emak ditelan mati ayah. Perggghhh bermadah berhelah plak!

Bermula selepas beberapa hari balik dr hospital, atas alasan "maybe" tak cukup susu so sebab tu Zikri asyik ngempeng...dlm bahasa melayunya, hisap tetek sambil tido. Tp nak dilarang mertua yg bg cadangan so ikutkan je la.

Mula2 ok la, nak juga ambik susu tu tp bila sampai kat kg dah tak nak plak. Kadang2 je Zikri layan la susu botol ni, so dlm kepala dah budget nak beli breast pump nak simpan stok susu.



Sayangnya sampai tiba hari naik kerja breast pump masih blm sampai, tak blh nak salahkan juga pasal aku pernah try perah dan simpan dlm peti MIL kata Zikri tolak. Hmmmm tp aku pernah cuba mlm2 perah & bg kat Zikri nak jer la plak...huishhhh... ni bukan kes nak argue ngan MIL ok. Cuma pelik ngan keadaan bby je.

Breast pump sampai try pump dpt la sket, 2 pun berpeluh2 nak dptkan 4oz. huh nasib baik dear tolong perahkan, kalo tak maunya aku letak tepi je. Tp bila fikir kalo simpan bukan Zikri nak minum pun....

Skrg breast pump aku simpan blk masuk kotak, insyaallah ada rezeki blh gunakan untuk anak yg akan dtg. Hmmm bila la plak neh? ahahhaha

So setakat ni aku bersyukur masih mampu berikan Zikri susu badan setiap malam, tak perlu susah2 nak prepare air, botol semua. Tinggal bangun dan suapkan je, cume kekadang tak selesa nak bg baring so kene duduk la tp memang puas hati.


Siang mama kerja Zikri dpt susu formula tp malam biar la die menetek sampai puas! aku pun turut puas hati.

Buat masa ni Alhamdulilah Zikri blm ada masalah ngn susu sejak dari awal2 lagi. Dumex! tu la yg kami pilih, tp kalo ikutkan aku nak bg anmum tp tak pe la as long as Zikri masih serasi mama akan ikutkan. Tak mau tukar2 kang tak pasal2 tak srasi plak cume kerana jenama yg mama suka!

Sekarang mencuba yg termampu memberikan Zikri susu badan sehingga usia 6 bulan, jika lebih itu rezeki dari yg Esa. :)


No comments: