Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 6

Cari Baju

Salam...

Malam dah semakin larut, tp aku blm rasa ngantuk lagi gara2 hari ni kurang kerja yg membebankan minda. Alhamdulillah kerja2 di minggu lalu siap selesai sepenuhnya. Dapat la hujung minggu bercuti merehatkan minda.
Aku dah plan dengan dear nak pg jalan2 cari baju raya, tp aku tak plan nak beli baju Zikri yg lastnya memang aku langsung tak beli pasal kesian tgok dear dukung Zikri kemana aje kami pergi.

Kami keluar pergi IOI Mall tempat aku dan dear selalu bermadu asmara time tunangan dulu.
Plan mencari kain pasang untuk raya dpt disempurnakan setelah aku membeli 6 potong kain pasang. huhuhuh bnyak ok lbh RM200 tu, aik tak de la cantik2 sgt kain tu tp ok la pasal lama tak buat baju kan. Tambah lak sepasang untuk adik ipar, sepasang lagi untuk MIL. Untuk mak lak maybe nak cari lain kali lak. heheh rambang mata tgok tau.

Masalah kami bermula time siap2 nak keluar, aku minta dear masukkan stroller siap2 kat kete tp dear buat tak tau. Sampaila ketikanya adik ipar aku nak keluar dia minta husband nya masukkan stroller ke kereta akak ipar aku. Oh ingtkan stroller tu ada kat umah tp dlm BONET KERETA DIA! wah......frust pun ada, pasal kalo nak dibandingkan die cuma keluar nak cari barang2 sket je. Dear kata tak pe la dear blh dukung Zikri so aku accept kan juga ok walaupun aku dah bayangkan awal2 macam mana keadaan kami nanti.

Sampai2 kami pusing2 jap, dear duduk ngan Zikri kat luar aku masuk kedai kain pusing2 pilih kain. lepak2 kat Jusco bagi Zikri susu the kami pergi makan Pizza Hut plak. Sgt tension ok bila mkan pun kene gilir2 mujur Zikri tak meragam. Oh dear kenapa la stroller tu mereka yg guna................. hua...memang nak nangis tau pasal kata dear mak cik bg stroller tu pada kami. Tp buat masa ni blm sekali pun kami dpt rasa gunakan. Lastnya dear kata tak pe la kita mengalah saja nanti cari stroller sendiri. Kesabaran je la aku tau ngan perangai org ni.

Harap2 Allah berikan aku kesabaran yg tinggi dek kerana aku ni cepat melatah dengan sikap sesetengah org. Alangkah indahnya jika semua yg kita rancang menjadi kenyataan. Tapi hanya Allah saja yg tau hikmah disebalik suatu kejadian tu kan. Yg pasti kami tetap gembira setelah hidup ber3! :)

No comments: