Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, June 27

Majlis Cukur Jambul

Salam...

Oh lamanya tidak menaip skrg ni dek kerana sentiasa kesuntukan waktu. Minggu ni kerja aku asyik terganggu tapi alhamdulillah dpt jugak aku laksanakan tugas2 penting. Kalo minggu lepas amik cuti nak tolong k ton masak untuk kenduru tahlil minggu ni plak aku terambik EL pasal terlalu sakit untuk kugagahkan diri nak pergi klinik. Hari Sabtu memang dah apply cuti pasal nak buat majlis cukur jambul Zikri.

Malam sabtu, aku ngan dear kuar cari barang untuk masak2 esok pg. Siap bawa keluar Zikri sekali ok, MIL kata bawa la pasal cian nanti kalo Zikri tinggal tak de sapa nak tunggu sebab MIL nak buat karipap. Buat pertama kali aku ngan dear bawa Zikri keluar pergi Econsave, mula2 ok la tp last2 bila dah ngantuk mula la die meragam. Mujur ada puting tp masalah nya cian lak tgok die tido sambil didukung so aku lari g kereta la, ni kes dear tak mau bawa stroller ok.

Menu majlis cukur jambul ayam masak kicap, sambal tumis udang, ikan rohu 3 rasa sumbangan a. wan, sayur lodeh, kuih karipap, kuih seri ayu sumbangan a. wan, kuih bahulu sumbangan bibik dear, buah pisang dan jugak buah tembikai. Syok ok, menu malam tu. Heh memang penat la nak siapkan tp yg penting berbaloi. Ingat nak buat akikah sekali tp dear kata tunggu la nanti2 kalo adik2 nya ada yg kawen ke blh bagi lagi ramai org yg makan. Ok jugak la kan idea tu cume tak tau bile la plak.

Mak, yang & keluarga, abg & keluarga serta akak dtg dari pihak aku, miss mak already ok. Majlis bermula lepas maghrib, agak ramai jugak la tetamu yg dtg. Alhamdulillah makanan berlebih juga walaupun pada mulanya di sangka tak ramai yg dtg. Ok la mata dah layu + takut Zikri bngun lak so layan la semua pic ok. :)

No comments: