Alhamdulillah masih diberikan kesempatan masa dan ruang untuk mengupdate blog malam ni. Walau pun dilanda kebisingan yg amat dek suara anak2 buah tapi aku perlu gagahkan juga nak menidurkan Zikri dengan tenang.
Ptg sabtu lalu opah Zikri dari kg datang untuk menghadiri jemputn perkahwinan adik ipar pak cik. Aku dan dear bersama Zikri sempat join sekaki pasal time ni la nak bagi opah jumpa cucu setelah hampir sebulan tak jumpa. Apa yg opah blh katakan?heehhe "semangatnya badan Zikri ni" hahahhaha memang semangat sekarang ni sampaikan anak2 buah panggil macam2 nama panggilan. Gendut la, gempal la, chubby la.....pape je la kan asalkan Zikri sihat sentiasa.
Malam minggu aku, dear ngan Zikri tido di umah akak di puchong. Tp biasa la, maybe beralih tempat tido so Zikri meragam sket la tak nak tido. Di pujuk2 lastnya tido la jugak tp pg2 kul 6 lbh die dah bgun pasal dengar bunyi opah tgh masak2. Bese la kan umah flat kecik so tido kat hall depan dapur lak kat bklg tu pasal dgr bunyi.
Tghari pergi jemputan di Taman Medan dengan mak dan akak skali. Kalo ikutkan hati nak tunggu sampai pengantin bersanding tp dah pukul 12 lbh masih dimekapkan lagi pengantinnya, makanya aku dengan tanpa segan silu ajak mak ngan akak blk. Kalo nak tunggu maunye aku tak berkesempatan nak tgok intan bersanding. Ni pun dah ku abaikan nak tgok intan sanding, dpt tgok intan pakai baju pengantin lagi ok la.
Gerak g Tanjung Karang umah mertua intan, nak blk kg last week mlas pasal cian lak nak bawa Zikri jalan jauh ni. Kalo ikutkan dear nak jalan2 kuar umah pun tak bagi tau. Sampai umah mertua intan mak oiiiii umah betul2 tgh bendang, terpaksa menapak hampir 5 - 10mnt!! nasib baik time kami pergi ada kereta masuk. Dah di ajak tumpang dlm kepanasan apa lagi baik jgn lepaskan peluang keemasan ni...:)
Nasib kami baik, intan baru selesai bergambar outdoor yg pastinya berlatar belakangkan permandangan sawah padi di belakang umah mertua intan. Kalo ikutkan nak makan tp ntah la bila dah sampai rase kenyang lak, minum2 je la. Sempat la intan ajak kami bertiga ambil gambar bersama ngan pengantin di atas pelamin. Walaupun mula2 agak malu tp lastnya ku turutkan juga la kehendak pengantin.
Sempat melayan suara2 sumbangan pengantin baru menyanyikan 2 buah lagu. heh mujur time aku kawen dulu tak kene paksa cam ni. Kalo tak, tak tau la nak lari g mana...hahahha Hampir kul 4 kami gerak blk, tkut kang terlewat lak. Tak elok kata mak kalo baby time senja2 kat luar.
Sempat melayan Mc Donald sambil lepak2 tgok ikan dan kura2 di tasik kota kemuning. Tp sayang kura2 agak kurang plak ptg tu. Sampai umah MIL kul 6 lbh, mandikan Zikri pas tu tidokan terus.
Saat pling mencabar tiba malam hari pasal MIL kata maybe Zikri penat g jalan2. Die menangis sekuat hati walaupun MIL yg pujuk. Aku lg la mati kutu! aku bukan pandai bab2 jaga baby, skali kene mcm ni mak oiiii rasa cam nak nangis sekali. Tp aku perlu tabah, MIL suh dear g bawa umah atuk yg pandai tgok2kan baby ni. Alhamdulillah setelah atuk bacakan surah yassin depan Zikri die nampak lega sket. Sampai umah bg susu terus tido, ni mesti keletihan tambah plak tido tak cukup.
"Ya Allah, memang maha kaya kuasa Mu. Berikan aku dan suamiku kekuatan, kesabaran, ketenangan jiwa dan kemudahan untuk mengharungi dugaan semasa membesarkan Zikri. Ini lah pengalaman pertama kami, insyaallah akan kami cuba corak kan Zikri dengan corak2 yg terbaik."
No comments:
Post a Comment