Yes!!! hari ni khamis so esok cuti panjang lagi la nampak gayanya. Tp sayang cuti yg ada tak blh nak g mana2 la. Cian plak nak jalan2 kuar bawa Zikri, kang kalo dukung maunya aku penat, dear penat Zikri pun sama penat gak. hehehe.... :)
Skrg dah lewat mlm baru sempat nak update blog, mlm ni Zikri meragam tak nak tido plak. Huh! sabo je la kan. Nasib baik die nak gak tido lepas disusukan, didodoi2kan ngan ditepuk2 sket. hmmm tido lena ye sayang...malam ni mama jaga sayang sorang2 pasal ayah terpaksa keluar kerja.
Tension amat lak bila tgok dear 2 mlm berturut2 kerja. Time aku blk keje nampak dear tido mls rasanya nak kejutkan. Lastnya terpaksa juga pasal ada call in dari member kerja. Tak nak bagi tp dari pada kawan tu asyik call je baik aku bg je kat dear hp tu.
Zikri sepanjang minggu ni aku kerja di jaga dengan rapi oleh neneknya. Kesian gak nenek kene jaga2 org baby, anak adik ipar yg baru 5 bln lbh. Bezanya skrg ni Zikri kerap tido dan tak byak kerenah Tp akan dtg sapa yg tau kan? Amat sukar nak dpt kan pengasuh plak time ni, puas dear tanya semua org dah book awal2 la plak. Kekadang rasa cam nak marah je, tp nak buat mcm mana kang kalo aku hantar die tak jaga Zikri ngan baik aku juga yg frusttt tertonggeng!
Tambah2 plak skrg ni ada je kes yg tak elok terjadi kat baby. So ada kebaikan juga kalo MIL yg jaga cume kesian tu je la yg menebal dlm hati aku ni.
Nenek ajar Zikri tido dalam buai, walhal aku ngan dear plan tak mau Zikri tido buai. Ni kes tido kat tilam terganggu dek bunyi2 bising la ni. Heh esok nak tgok mau tak Zikri tido kat tilam macam dulu2.... :) kalo tak lena abes la aku kene cari buai plak.
Hal kerja dlm seminggu ni, memang la bosan. Ingatkan cuti 2 bln sampai la pc baru untuk aku, last2 org lain plak yg merasa. Aku dpt pakai pc lama ngan pinjam CPU org. Huh! pling skit hati bila request nak dptkan CPU @ set PC baru ditolak mentah2 dek bos purchaser atas alasan tiada peruntukan.
Hampir setaun aku kerja dan hampir 6 bulan aku duduk tender department aku hanya bekerja dengan berkongsi pc. Sape tak bengang kalo tiap kali tgh rush tender aku terpaksa pinjam pc org lain. Tak pe la kan mungkin nasib dah tertulis aku terpaksa berkongsi pc ke..hahahaha sedapkan hati la ni.
Next week genap Zikri 2 bulan, selasa dah confirm ngan klinik desa nak bawa Zikri g check up ngan inject untuk 2 bln punye. Ayark...ramai kata bby akan demam, nurse pun ada bgtau masa kat kg tu ari. Nak kene makan ubat demam dulu ke? pasal ada yg bgtau makan dulu so tak de la lepas tu baby demam teruk.
Ok la now time to sleep..gud nite!
No comments:
Post a Comment