Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, May 21

Cuti @ Cameron Highlands

Salam...

Alhamdulillah sekarang aku ngan family dah selamat kembali ke tanah tumpah darah Zikri, Selangor. Kami sampai dari Cameron Highlands hari rabu lepas. Plan nak tido sana 2 malam tp dear kene blk awal pasal nak kerja so nak tak nak balik awal juga la.

Gerak pergi Cameron pg selasa, mak siap kirim macam2 makanan lagi tp ntah la ada yg elok blh dimakan ada jugak yg dah tak brape nak elok. Kami sampai di Tanah Rata kul 2 ptg, terus g check in kat Century Pines Resort Hotel. Kira lokasi agak strategi pasal dekat ngan hospital, masjid, bandar tanah rata dan juga taman2.
Sampai je kat sana nak kuar pun rase mls pasl cuaca berkabus diiringi dengan hujan renyai2. Aktiviti ptg tu cume tido je la, nak kuar pun hujan makin lama makin lebat. Makanan dear yg pegi dapatkan ikut selera tekak dear ngan aku la. Alhamdulillah Zikri tido lena dan tak de la sebarang masalah yg timbul sepanjang masa disana.
Sepanjang malam lepak kat bilik berbual2 suami isteri dek kerana lama tak berborak panjang. Kesempatan masa yg ada jangan disia2kan ok! :)


Pg Rabu check out hotel, amik gambo sket trus gerak g Brinchang nak tgok apa yg ada kat sana rupe2nya tak ada apa yg menarik pun. Terus gerak cari ladang strawberi plan nak petik tp skali bukan musim la plak...huhuhu kesian kami bertiga. Tak pe la kan, asalkan dpt beli & makan strwberi fresh cukup la.


Teruskan perjalanan pergi ke Riglet tp sebelum tu singgah kat tempat tanam teh cameron amik gambo je. Nak lepak lama2 cian lak pasal zikri tido time tu kat kete sorang2. Dpt jejak kaki kat sana kira dah cukup la kan, pasal memang dah lama plan nak kuar jalan2 bertiga ni, lg plak ni 1st time kami jalan2.

Pling tak best pg sana keadaan jalan yg sgt2 memeningkan kepala aku ngan Zikri. Mujur Zikri tu tak pandai nak cakap kalo tak maunya die komplen apsal jalannya bengkang bengkok! hahahah...Tp apa2 pun kami bertiga enjoy!

No comments: