Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, May 28

Buai & Susu

Salam...

Selamat Hari Wesak! hehehhe yg pasti aku cuti setelah 4 hari kerja minggu ni. Wah memang very2 upload kerja. Ni kes aku dah lama tinggalkan kerja so sikit sebanyak lupa juga la kan. Terkial2 nak cari brg tp tu untuk 1st ngan 2nd day je la ok. Yg pasti hari2 kemudiannya semua berjalan dengan lancar semula.

Hari ni duduk umah layan Zikri je, dear lak cam bese la kene kerja dek kerana SYABAS tgh berusaha nak membuang mana2 kontraktor yg tak memenuhi kehendak mereka. Dek kerana nak masukkan kroni kontraktor yg lain menjadi mangsa keadaan. Sabo je la.

Skrg Zikri tgh lena diulit intan so ni time for mama untuk berblog plak! huahahhaha...ptg2 dah sempat tgok blog tp langsung tak sempat nak update.

Tghari dear blk umah rehat nak solat jumaat sempat jugak keluar pg mencari buaian mesin untuk Zikri. Ni kes takut Zikri tak tido lena nanti kalo nenek yg jaga, lg pun mesin buaian yg ada untuk Irfan takkan nak share2 guna kot. Better beli so sendiri nak pakai ke tak nak pakai ke terpulang la.

Kalo ikutkan aku nye plan, tak nak bg Zikri tido buai tp kesian lak ngan MIL yg jg kat umah ni 2 org baby. So terima mana je yg baik, yg penting mlm Zikri tido atas tilam.

Lg 1 hal susu, plan aku nak bg full breastfeed tp tak blh lak pasal sume org dok kata susu kurang. Geram gak, pasal tak de sokongan langsung dr org lain. Nak tak nak dear ikut kata MIL bg susu botol. Buat masa ni time aku kerja bg susu botol time aku kat umah aku bg susu badan la. Tu pun time kat ofis dah rase full sgt breast tu sampaikan kekadang rase tak selesa. Mujur tak sampai tahap basah baju, pernah basah tp kalo pakai baju kurung jarang la nak nampak kesan basah tu.

Teruk kan, semua yg aku rancang fail lak aku rasa. Tp tak pe la as long as Zikri berada dlm keadaan yg sihat dan sempurna hendaknya.



No comments: