Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 30

Sepi Seketika

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis, ye ada perkara yang tak diingini terjadi dan mula sibuk dengan urusan keluarga. Anak -anak semakin membesar dan ada bermacam perangai. Permulaan ramadan agak pahit dek kerana telefon bimbit ku dicuri oleh anak muda usia belasan tahun depan mata je, hanya Allah je tahu apa aku rasa. 

Persiapan raya disibukkan lagi dengan peperiksaan pertengahan tahun Amar dan Ashraf. Syukur keputusan masih membanggakan kami sebagai mama dan ayah.

Tahun ni pertama kali beraya berenam dan dengan anak perempuan. Dear minta aku belikan kain warna merah muda, tapi aku pilih warna yang tak terlalu cerah atau terang. Faham je la, keluargaku lebih ramai lelaki dari perempuan.



Raya tahun ni giliran beraya di Perak. Best sangat la, lagipun beraya kali pertama dengan Nur Aisyah.

Ok, ni je dulu yang dapat aku coretkan,. Insyaallah ada masa aku menulis lagi.

Monday, April 9

Jualan Gudang Fackelmann

Assalamualaikum...

Hari Ahad semalam mama dapat cuci mata sekejap. Jadi la walaupun dapat beli sikit tapi puas dan cukup untuk di gunakan. Kawan sekelas mama belajar dulu post dalam Facebook bagitau ada jualan gudang dekat kawasan rumah kita. Mama ajak ayah pergi sebab lebih senang nak pilih barang kalau ayah pun ada apa-apa barang nak beli. Walaupun mama tau semua jualan adalah barang dapur. Haha..

Alhamdulillah mama memang mencari loyang 4 segi comel dan loyang bulat yang comel sebab oven mama pun comel kan. Tak pe cukup untuk mama guna untuk buat kek dan biskut yang anak-anak mama suka.



Mama ambil 1 senduk kayu, 1 pemukul telur, 1 scoop ais krim, 1 loyang bulat dan 1 loyang empat segi harga yang mama perlu bayar cuma rm29.00 je. Mama cakap kat ayah bagi mama rm50.00 pun ada lebih lagi. Ikutkan hati memang banyak nak beli tapi kalau beli tak guna lebih baik tak payah kan.

Insyaallah dah ada loyang baru semoga semangat nak membakar pun datang selalu la hendaknya. Anak-anak mama pun kuat makan tau.

Saturday, April 7

Zikri Ashraf Diserang Ketumbit

Assalamualaikum...

2 hari lepas Ashraf mengadu bagitau Amsyar tumbuk mata dia tapi mama fikir kamu semua memang selalu bergurau dan bergaduh sama-sama. Tapi bila pagi esoknya mama kejutkan mama tengok mata Ashraf bengkak, orang panggil ketumbit. Tak teruk sangat sebab bengkak kecil je tapi ayah sarankan tak perlu pergi sekolah hari tu.

Mama bawa Ashraf ke klinik untuk dapatkan ubat dan juga cuti sakit kalau perlu. Alhamdulillah doktor cakap tak teruk dan dapat cuti sakit 2 hari. Fuh!!!! Sabar la mama kena jadi jururawat lagi. Nur Aisyah dah baik batuk Ashraf pula yang ketumbit.

Kata doktor ketumbit ni berlaku sebab Ashraf tak menjaga kebersihan dengan baik. Huhu..anak-anak memang susah nak basuh kaki bersih selepas main basikal di luar. Penat mama pesan, dah puas mama tegur akhirnya kena juga. Tak pe mujur tak lama dan tak berjangkit.
Mata kiri dah kurang bengkak dah, sekolah agama je guna cuti sakit sebab sekolah kebangsaan latihan sukan sanggup pergi sekolah juga.

Ragam anak-anak bila masuk kereta, borak cerita makan apa, belajar apa, beli gula-gula apa...seronok nya mereka bercerita.

2 hari juga ambil masa untuk baik. Doktor beri surat cuti sakit untuk 2 hari dan 2 sekolah. Maksudnya setiap sekolah ada surat yang tertulis nama pelajar dan sekolah mana. Syukur sekarang lepas 2 hari dah mula kurang. Tinggal nak habiskan antibiotik je. Ubat sapu pun sapu sikit je kalau dulu nak sapu je dia seronok tapi lepas sapu pedih, dan meleleh air mata. Kasihan tapi bila tak jaga kebersihan itu lah balasannya. Mama pesan lain kali tolong dengar ye anak-anak.

Ujian Prestasi 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bersyukur mama pada Allah sebab bagi mama anak-anak yang bijak. Walaupun cuma ujian tapi sekurang-kurang nya ia menjadi pengukur buat anak-anak mama sama ada belajar dengan baik atau tidak. Malam tadi mama tengok dalam SAPS ONLINE keputusan ujian sekolah kebangsaan sangat teruja. Baik Amar mau pun Ashraf, kedua-duanya dapat keputusan yang sangat baik. Mama pun belum tentu boleh buat. Bayangkan Ashraf bersaing dengan 400 lebih pelajar, Amar pula 360 lebih pelajar. Fuh!!! Memang hebat.






Insyaallah peperiksaan akan datang pasti anak-anak mama boleh buat lebih baik lagi. Pagi tadi masa kita tunggu Amsyar keluar dari Pasti Amar bagi kad prestasi dari ustazah sekolah agama. Keputusan sangat wow juga. Syukur pada Allah memudahkan urusan anak-anak menghadapi ujian dengan baik.

Moga kejayaan sentiasa mengiringi anak-anak mama.

Mama simpan sini kenangan untuk anak-anak mama, mungkin suatu hari nanti kad dan kertas keputusan peperiksaan akan hilang tapi gambar ni pasti tak akan hilang dan mama akan simpan semua kenangan anak-anak mama untuk kamu semua ingat sampai bila-bila. Mama dan ayah bersyukur sangat walaupun mama dan ayah tak sempat nak mengajar kamu semua tapi keputusan yang kamu semua dapat cukup menggembirakan kami. Semoga Allah lindungi anak-anak mama semua.

Saturday, March 31

Balik Kampung 1 Minggu

Assalamualaikum...

Lama dah mama tak menulis di sini, sibuk melayan anak-anak yang tak sihat termasuk mama sendiri batuk yang agak teruk. Terkencing juga kadang tu. Entah lah ujian Allah kot.

Syukur anak-anak dah selesai menghadapi ujian pertama. Keputusan akan dapat lebih kurang 2 minggu lepas sekolah. Cuti sekolah 1 minggu yang lalu pun mama sibuk melayan kamu semua. Kita balik kampung mama dan tinggal sana 6 hari. Alhamdulillah ayah benarkan kita duduk kampung lama sikit. Cuma kasihan kan ayah yang berpenat sikit terpaksa ulang alik ambil kita. Ahad ayah balik klang, Jumaat ayah datang ambil kita semula. Ayah tak nak bawa kereta takut nanti kalau mama nak pergi mana-mana ada la kenderaan. Lagi pun ayah cakap ayah nak jimat minyak.

Duduk kampung anak-anak juga yang seronok. Apa tidaknya main dengan sepupu puas-puas. Seronok tengok dapat jumpa sepupu terus sakan bermain. Makan, mandi dan tidur kena paksa kalau tidak memang tak buat. Geram juga tapi biarkan je sebab ini masa mereka nak bergaul bersama kan. Main pasir, main tab dan main basikal....biarkan je, paling mama marah bila naik basikal pergi jauh dari kawasan rumah opah. Dah la anak-anak mama ni tak pandai sangat jalan kampung lepas tu sibuk nak kesana kemari. Ni la kesan dia bila dah ramai kan.

Duduk kampung hampir 1 minggu tak kemana pun, cuma dapat selesaikan urusan simpan duit raya anak-anak yang tertangguh sebab hujung Syawal mama dah bersalinkan Nur Aisyah. Tak berkesempatan lagi nak pergi. Memang berniat nak pergi dengan anak-anak semua biar mereka tau mama simpan semua duit tu dalam bank, mama tak guna 1 sen pun. Alhamdulillah siap mama daftarkan haji terus. Jadinya, mama dan ayah perlu konsisten mengingatkan anak-anak untuk menabung dan mama pun kena la serius juga untuk simpankan buat anak-anak mama semua.

Dapat bawa opah ke Econsave baru buka membeli keperluan dapur. Opah memang lah tak nak meminta bantuan orang sangat. Kecuali dah terdesak. Bila Pak Yang dah gerak balik Kedah opah baru bisik bagitau banyak barang dah habis. Terus ajak pergi beli. Pilih sendiri puas hati kata opah. Anak-anak dapat peluang pergi jalan-jalan. Seronoklah derang.

Paling mama tak tahan bila 2 malam Nur Aisyah tak lena tidur. Batuk agak teruk sampai mama pun tak selesa dan risau je nak tidur. Susu pun kurang bila malam. Sabar lah mama layankan je la. Mujur tidur siang lebih lama juga walaupun batuk tetap ada. Hari ke 3 mama bawa ke klinik dan alhamdulillah doktor bagitau paru-paru ok, cuma tekak je yang merah. Sebab tu susu kurang hisap. Syukur juga ayah tinggalkan kereta. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati juga. Keluar klinik terus carikan opah stok lauk untuk beberapa hari. Sebab esoknya kita nak balik rumah dah. Mama ajak ayah balik awal sebab nak kemaskan barang sekolah dan nak rehat juga bila dah 2 malam berjaga.

Alhamdulillah puas sangat mama dapat luangkan masa kat kampung. Anak-anak pun seronok, dapat main walaupun sepupu tu tinggal tak jauh pun dari rumah kami. Biar anak-anak mama kenal saudara, ini tujuan utama mama. Dapat jumpa, kenal semula mana yang dah jarang-jarang jumpa dan merapatkan hubungan juga.

Hasil balik dari kampung semestinya 2 bakul kain, huhu sabar la mama melipat dan mengemas sendirian.