Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, April 2

Hari Sukan Pasti 2015

Assalam...

Seronok bila tengok anak-anak seronok dengan aktiviti mereka. Ini kisah awal bulan 2 dulu, anak-anak ada sukan tahunan Pasti kawasan Jalan Kebun. Dalam satu kawasan ada 2 buah pasti dan jumlah pelajar hampir 200 orang.

Acara cuma ada 2 acara je untuk setiap pelajar...jadi siapa menang dia dapat medal, yang kalah dapat tipuware je. Amar kalah 2 acara tapi Ashraf menang tempat ke 2 dua dua acara yang dia masuk...Budak tu memang macam lipas kudung kalau bab sukan lumba lari ni.

Acara tarik bola dalam gelung



Acara lumba lari...dua-dua pun Amar kalah.
Walaupun hari tu dear cuma datang hantarkan makanan untuk sarapan beramai-ramai tapi aku tau anak-anak tetap gembira. Balik rumah keletihan terus tidur selepas mandi. Amsyar pagi tu aku tinggalkan di rumah akak ipar, nak bawa tapi tak sanggup takut nanti mengamuk nak tidur dan tak sampai hati nak tinggalkan anak begitu saja walaupun ada guru yang menjaga mereka.

Insyaallah tahun hadapan akan ada lagi sukan begini. Terhibur melihat gelagat kanak-kanak ni kan.

Wednesday, April 1

Kos Kahwin Sekarang

Assalam..

Keluarga mertua sedang sibuk siapkan semua untuk majlis perkahwinan adik ipar dear. Lagi pun ini majlis penutup dalam keluarga mertua semestinya semua nakkan yang terbaik sebagai penutup majlis kan. Heh...aku apa pun tak tolong bukan sebab aku tak nak tolong tapi sebab mereka tak de bincang apa pun dengan aku...tau je mereka cerita dalam whatsapps group. Eh..jangan kata aku ni sombong tapi mesti akak ipar tak nak peningkan aku kot, apa aje lah yang aku mampu buatkan...hehe... sibuk melayan kerja balik rumah nak layan 3 putera tu lagi. Kepenatan ok.

Terjumpa post ni dalam FB, fuh... menangis aku kalau masa aku nak kawin dulu terpaksa guna wang sebanyak ni. Kerja entah ke mana, konon bila kahwin nak senangkan hati mak bapak kalau begini belanja mau pusing kepala mak ngan arwah bapa aku.

Alhamdulillah Allah mudahkan niat baik kedua ibu bapa aku. Mereka tanggung majlis aku 100% dan aku cuma membantu sahaja. Jumlah keseluruhan tak sampai 4 ribu pun. Tak termasuk hantaran dari pihak lelaki. Sebab aku pilih majlis yang ringkas je.

Malam ahad ada kenduri makan tapi tiada majlis malam berinai sebab aku belum nikah lagi. Pihak laki minta kami nikah pagi ahad. Jadi malam aku sekadar pakai baju kurung sambut tetamu dan bermesra dengan sedara mara je.

Pagi ahad akad nikah di masjid, ditemani rakan sekampung dan sekolah. Tiada baju yang mewah...sekadar baju kurung sahaja..berjalan kaki ke masjid sebab masjid dekat je dengan rumah. Balik je ada orang tumpangkan kami.

Bersanding di rumah selepas akad nikah...kos mak andam, mekap dan jurugambar cuma RM 500.00...ok sekarang mesti dah beribu kan.

Ish...tu dulu kan, orang lain buat majlis gempak tapi aku biasa-biasa je. Yang kami pentingkan lepas kawin tak ada hutang.

Sebelah dear pun sama..kos kendutri hampir 10 ribu tapi aku tak pasti termasuk hantaran ke tidak. Kalau tak silap tak termasuk kot, sebab duit yang orang bagi pun dah lepas tampung kos beli daging, ayam, bahan kering dan juga beras tu semua la. Dear keluarkan modal untuk pelamin, mekap dan karaoke je katanya.

Eh...bulan madu pun kami tak pergi, ye la dah rancang tapi mak aku demam lepas tu sambung pula dengan arwah bapa aku demam jadi terbatal terus sampai sekarang anak dah 3 tak pernah nak bulan madu. sekadar bulan madu dalam rumah je. :p

Tapi aku rasa tak de orang nak buat majlis seringkas aku ni...ye la macam tak gah kan...pape pun keputusan di tangan anda.


Thursday, February 19

Tahun Baru Cina 2015

Assalam...

Yahoo cuti panjang sudah pun bermula, nak kata seronok pun tak juga sebab yang cuti aku sorang je. Dear cuti sampai hari ahad aku cuti sampai selasa dan tadika anak-anak cuti sampai ahad juga. Fuh..mujur mereka tak sibuk ajak balik kampung, kalau tidak sudah meredah jam la kami.

Aktiviti hari pertama cuti..rabu- kami pergi ambil mykid Amsyar di plaza masalam itu pun bukan aku yang pergi buat tapi kawan sekolah yang tolong buatkan..jadi tinggal aku pergi ambil je.

Nak menyinggah ke tabung haji tapi orang ramai sangat terus ajak dear balik rumah.

Hari khamis cuti hari ke 2, join kawan-kawan dear tangkap ikan..boleh tahan juga hasilnya. Cuma masa menunggu tu agak lama juga.

Esok jumaat masih belum tahu mahu buat apa, mungkin duduk rumah main dengan anak-anak je

Buat rakan yang meraikan tahun baru ni aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUM NI. :-)


Friday, January 30

Bila Anak Sudah Tadika

Asssalam

Sudah hampir sebulan anak2 mula bersekolah tadika, alhamdullillah nampaknya mereka sudah boleh menerima ilmu Dari guru mereka. Paling cepat Dan paling bising bersuara pastinya Ashraf berbanding Amar.

Masih awal lagi jadi biarkan mereka belajar sambil be remain sekarang no..akan datang past I mereka sendiri tau tujuan ke sekolah.

Paling tak dapat lari..kerja rumah aku jadi bertambah, korban demi anak2

Wednesday, December 24

Bila Hujan Turun

Assalam...

Sejak beberapa hari ni hujan turun dengan agak lebat paling tidak pun sekadar gerimis tapi berpanjangan. Suhu pun sekarang sejuk je aku rasa. Bila hujan turun berpanjangan dan kebiasaan hujung tahun memang musim banjir di kawasan pantai timur sana tapi rasanya banjir kali ini lebih teruk berbanding sebelum ni rasanya. Dan aku kadang-kadang tak percaya tengok berita tunjuk aktiviti orang kat pusat penempatan tu...sebab yang aku tau kat sana kan banjir sampai ada tempat tu banjir sehingga tingkat 3 bangunan sekolah. MasyaAllah....ujian Allah buat mereka.

Kampung aku pun sekarang sedang berjaga-jaga sebab dekat dengan sungai Perak. Kalau air sungai naik lagi di sebabkan empangan gerik di buka mungkin air naik sampai ke atas jalanraya dan akan berlaku banjir di rumah kampung. Mak aku dah ada di sini cuma takut dengan segala dokumen penting yang tinggal tapi mungkin juga abang aku tolong simpankan di rumah dia buat sementara waktu.


Keadaan banjir di Kuala Kangsar, nampak memang dalam airnya ni.


Ini gambar jalan nak pergi ke tepi sungai perak, disini ramai orang kampung yang memelihara kambing, kerbau dan lembu...mungkin sudah di pindahkan peliharaan mereka aku rasa. Kawasan ini kurang 30 meter dari jalan besar dan tak jauh dari rumah kampung.


Semoga Allah memelihara kita di bawah lindungannya semasa sedang menghadapi ujianNya.