Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, April 2

Hari Sukan Pasti 2015

Assalam...

Seronok bila tengok anak-anak seronok dengan aktiviti mereka. Ini kisah awal bulan 2 dulu, anak-anak ada sukan tahunan Pasti kawasan Jalan Kebun. Dalam satu kawasan ada 2 buah pasti dan jumlah pelajar hampir 200 orang.

Acara cuma ada 2 acara je untuk setiap pelajar...jadi siapa menang dia dapat medal, yang kalah dapat tipuware je. Amar kalah 2 acara tapi Ashraf menang tempat ke 2 dua dua acara yang dia masuk...Budak tu memang macam lipas kudung kalau bab sukan lumba lari ni.

Acara tarik bola dalam gelung



Acara lumba lari...dua-dua pun Amar kalah.
Walaupun hari tu dear cuma datang hantarkan makanan untuk sarapan beramai-ramai tapi aku tau anak-anak tetap gembira. Balik rumah keletihan terus tidur selepas mandi. Amsyar pagi tu aku tinggalkan di rumah akak ipar, nak bawa tapi tak sanggup takut nanti mengamuk nak tidur dan tak sampai hati nak tinggalkan anak begitu saja walaupun ada guru yang menjaga mereka.

Insyaallah tahun hadapan akan ada lagi sukan begini. Terhibur melihat gelagat kanak-kanak ni kan.

No comments: