Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 29

2 Minggu Lagi

Assalam...

Sudah masuk hari ke 20 puasa...huhu tersangat pantas masa berlalu. Jadi tinggal seminggu lagi untuk siapkan tempahan orang. Syukur setakat ini sudah siap hampir 80% tinggal pakaian aku, anak-anak, mak dengan kakak. Haih....orang sendiri jadi lewat-lewat sikit.

Hujung minggu depan mungkin mak balik kampung, nak kemas rumah untuk raya. Hehe....adat la kan, rumah sendiri mesti disayang.

Jadi minggu ni perlu selesaikan semua tempahan, minggu hadapan tinggal serahkan pada empunya. Mak pun dah merancang nak buat biskut raya. Bahan pun dah beli, tinggal tunggu masa je nak buat. :p

Sibuk sungguh rasanya Ramadan tahun ini, moga apa yang aku dan mak lakukan diberkati Allah dan mendapat rezeki yang halal.

Friday, July 26

Membaiki Bumbung Rumah Sewa

Assalam...

Bersambung dari masalah sisa kumbahan sekarang masalah bumbung bocor bila hujan lebat dan angin kuat. Takut sebab air meleleh ke kawasan dimana wayar di letakkan.

Masalah ini pun kami dah ajukan pada tuan rumah, sebab tidak mahu buat kerja tanpa pengetahuannya.

Keadaan awal penyambung antara bumbung yang dah tercabut takut juga kalau-kalau angin kuat penyambung tu jatuh ke bawah menimpa budak-budak.

Barang-barang kerja yang dear bawa naik ke atas.

Setelah siap di baiki


Nampak lebih kemas dan selamat berbanding keadaan asal.

Tukang baiki :)
Selesai semua masalah dengan rumah, jadi boleh beraya dengan rumah yang selesa sekarang... haha

Thursday, July 25

Perkhidmatan Indah Water

Assalam...

Sejak beberapa minggu lepas aku tengok tandas rumah asyik susah nak turun selepas flush. Jadi bila terasa sangat-sangat tidak selesa aku minta dear carikan jalan penyelesaian. Mujur bila dear tanya pada adik ipar dia ada  kenalan yang bekerja di IWK. Ha..senang nak uruskan.

Dear buat temujanji dengan En. Atan, staff IWK untuk datang hari Isnin minggu lepas tapi En. Atan ada kerja yang perlu diselesaikan jadi tertangguh pada keesokkan harinya. Tak kisah lah kan asalkan tak terlalu lama lagi menunggu.

En. Atan datang hampir pukul 4.00 petang selepas selesaikan tugasannya. Terus bincang apa yang patut dan dia pun terus mulakan kerjanya. Tidak mengambil masa yang lama rupanya eh nak sedut sisa kumbahan tu tapi sempat juga la sembang sikit-sikit cuma anak-anak takut bila dengar bunyi lori tu masa sedut kumbahan tu....sabar je la.


Tuan rumah simen penutup atas jadi En. Atan minta kebenaran untuk pecahkan sedikit simen.

Sisa kumbahan sedang di sedut.

Setelah kerja  selesai IWK pun balik...hehe

Alhamdulillah, memandangkan rumah sewa kami tidak membayar perkhidmatan IWK setiap bulan jadi ini jalan penyelesaiannya. Tinggi lubang kumbahan tak dalam sekadar tinggi orang dewasa sahaja tapi bahaya pada kanak-kanak. Mungkin sebab itu juga tuan rumah menyimen penutupnya.

Sisa kumbahan ni akan di buang ke Banting kata En. Atan....tapi bahagian mana aku tak pasti. Katanya akan di gunakan sebagai baja. Baja apa? dia pun tak bagitau...haha

Bau? ada la sikit-sikit, tak adalah ketara sangat setakat bau di bawa angin lalu je. Tapi cuba fikir logik takkan sisa kumbahan ni tak ada bau langsung kot...hehe

Syukur juga kami tak perlu bayar harga penuh, dapat diskaun sikit katanya. Ha...semua kos ni kami cas balik pada tuan rumah. Dan yang penting tuan rumah telah diberitahu terlebih dahulu takut akan datang tuan rumah bising-bising pula.

*selesai 1 masalah, ada lagi 1 masalah...masalah bumbung pulak*


Sunday, July 21

Ramadan Bulan Yang Sibuk

Assalam...

Setiap tahun ramadan aku tak pernah sibuk, cuma biasanya  mengantuk je la sebab kurang tidur. Bangun sahur kemudian rehat sekejap terus siap-siap nak pergi kerja. Ha...tu je la.... tapi tahun ni lain sikit sebab dah jadi pembantu mak kan.

Kurang tidur dan kurang rehat. Sibuk sangat rasanya, sambil melayan kerenah anak-anak. Derang pun nak di siapkan juga makan minumnya. Kesian pula  kalau tak di beri makan nasi. Apa yang ada aku bagi je la,  kadang-kadang ada baki nasi aku gorengkan telur tak pun kalau tiada  baki makanan aku  masakkan juga sesuatu untuk mereka makan, macam tak rela tengok anak-anak kenyang dengan minum susu je. :p

Walaupun tak perlu masak tengahari tapi sekarang perlu masak petang. Dari pagi menjahit petang mulakan aktiviti memasak. Alhamdulillah tahun ini Allah permurahkan rezeki, kalau tahun lepas-lepas aku cuma beli makanan tapi  tahun ini aku diberikan kesempatan masak sendiri. Boleh bertukar-tukar menu dengan kakak ipar dan juga mertua. Seronok rasanya bila masak lebih dan dapat di rasai oleh orang lain.

Hari ini sudah 12 ramadan jadi tinggal lebih kurang 10 hingga 15 hari lagi untuk siapkan tempahan yang ada. Mak merancang mahu balik kampung lebih awal sebab mahu kemaskan rumah kampung. Nak raya la katakan. :p

Friday, July 19

Salam Ramadan

Assalam...

Aduhai...makin lama blog ni terabai pulak aku rasa. Maaflah sekarang kesibukan tersangat-sangat. Masa macam mengejar je aku setiap hari. Tempahan  orang pun masih ada banyak belum siap.  Puasa dah masuk hari ke 11 esok. Mahu atau tidak perlu lipat gandakan usaha, tak nak orang kecewa bila aku bagi tau baju raya mereka tak siap.

Paling menakutkan....sempat ke aku nak buat baju raya aku, dear dan anak-anak?

Hua..... tak rela fikirkan kalau tak sempat. Takkan pagi raya anak-anak pakai baju kemeja pulak? :p

Sekarang berkerja siang malam usahakan selagi mampu....harap-harap dapat siap seminggu sebelum raya.

Hehe....bila jadi tukang jahit baru tahu apa tukang jahit rasakan. Pening kepala tengok kain orang sana sini belum siap. Paling best dapat mesin baru yang lama diidamkan. Eh...memang berminat nak ada mesin jahit lama dah tapi bila mak ajak buat bisness sama-sama lagi melonjak rasanya. Jadi sekarang kerja menjadi lebih pantas.



Rasanya belum terlambat nak ucap selamat berpuasa buat semua umat Islam.. :)