Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, July 21

Ramadan Bulan Yang Sibuk

Assalam...

Setiap tahun ramadan aku tak pernah sibuk, cuma biasanya  mengantuk je la sebab kurang tidur. Bangun sahur kemudian rehat sekejap terus siap-siap nak pergi kerja. Ha...tu je la.... tapi tahun ni lain sikit sebab dah jadi pembantu mak kan.

Kurang tidur dan kurang rehat. Sibuk sangat rasanya, sambil melayan kerenah anak-anak. Derang pun nak di siapkan juga makan minumnya. Kesian pula  kalau tak di beri makan nasi. Apa yang ada aku bagi je la,  kadang-kadang ada baki nasi aku gorengkan telur tak pun kalau tiada  baki makanan aku  masakkan juga sesuatu untuk mereka makan, macam tak rela tengok anak-anak kenyang dengan minum susu je. :p

Walaupun tak perlu masak tengahari tapi sekarang perlu masak petang. Dari pagi menjahit petang mulakan aktiviti memasak. Alhamdulillah tahun ini Allah permurahkan rezeki, kalau tahun lepas-lepas aku cuma beli makanan tapi  tahun ini aku diberikan kesempatan masak sendiri. Boleh bertukar-tukar menu dengan kakak ipar dan juga mertua. Seronok rasanya bila masak lebih dan dapat di rasai oleh orang lain.

Hari ini sudah 12 ramadan jadi tinggal lebih kurang 10 hingga 15 hari lagi untuk siapkan tempahan yang ada. Mak merancang mahu balik kampung lebih awal sebab mahu kemaskan rumah kampung. Nak raya la katakan. :p

No comments: