Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, February 27

Rutin Harian Bila Jadi Suri Rumah

Assalam...

Alhamdulillah pejam celik sudah lebih 2 minggu menjadi suri rumah. Memang masa tersangat terhad untuk diri sendiri bahkan nak catatkan sesuatu dalam blog pun akan ambil masa yang panjang. Ye la kalau masa bekerja dulu boleh draft banyak-banyak entry bila masa lapang. Sekarang ni ambil masa juga untuk menaip, muat naik gambar lagi dan nak edit-edit ejaan sebab lappy ada masalah sikit. Sabar je la kan.

Pagi
Seawal pukul 7.00 pagi mesti dah bangun...ini kalau ikutkan dah terlewat sangat tapi bila masa tak solat boleh la. Haha... mesti lah bangun seawal pukul 6.30 atau pun 6.45 pagi. Kalau tidak tak dapat nak siapkan sarapan dear walaupun dear jenis yang tak berapa nak sangat makan sarapan ni. Aku paksa juga dia makan, sebab kerja dia berat...kalau tak ada tenaga macam mana mahu buat kerja. :p

Dear pergi kerja pukul lagi 5 minit pukul 8.00 pagi sebab tempat kerja dekat sangat dengan rumah. Aku pula terus siap-siap mandikan anak-anak, jemur kain, lipat kain atau pun basuh pinggan mangkuk yang ada. Tapi sejak duduk rumah ni kain jarang nak berlonggok tunggu di basuh maupun di lipat.....bagusnya la kan.

Anak-anak biasanya akan tonton upin ipin tak kira dari lappy atau pun dari TV. Tiap-tiap hari pukul 8.30 pagi sudah ada Upin ipin di TV9. (ha....dah boleh hafal rancangan TV untuk anak-anak dan juga aku). Sambil melayan mereka aku keluarkan bahan untuk masak tengahari nanti. Dear sentiasa balik makan kalau tidak ada kerja luar.

Kalau malas nak masak sarapan aku keluar beli nasi lemak, kuih dengan anak-anak. :)

Mula memasak seawal jam 10.30 pagi atau pun 11.00 pagi. Awal kan, ye la pukul 12.00 tengahari dear sudah balik rumah makan. Yang penting masak nasi dahulu, lauk tu kemudian baru masak. Biasanya dear yang akan belikan lauk setiap 2 atau 3 hari sekali. Senang kalau dear yang pergi sebab kalau aku yang pergi leceh sebab nak usung 2 orang ni pergi sama.

Tengahari
Biasanya lepas dear balik makan tengahari aku akan mandikan lagi anak-anak kemudian akan tidurkan mereka. Syukur Amar pun sudah pandai tidur siang tanpa diapers lagi. Setakat ni sudah seminggu aku ajar cuma sekali dia terkencing semasa tidur siang.

Bila anak-anak sudah tidur aku akan buat kerja aku pula. Solat dan kemaskan dapur atau pun tonton TV/online. Masa ni je la boleh nak online sebab kalau  mereka nampak aku buka lappy mesti sibuk minta bajak atau upin ipin. Haih...

Petang
Jarang-jarang sangat nak bawa mereka keluar, jadi pergi jalan-jalan rumah kakak ipar je senang. Tak pun main depan rumah dengan anak-anak jiran. Sesekali kalau rajin aku bawa mereka pergi main di taman. Balik rumah mesti kepenatan bermain... hahhahah.

Sesekali keluar juga beli pisang goreng dan keropok lekor. Huhu....mujur boleh pandu kereta kalau tidak memang mati kutu hari-hari fikir nak masak apa.

Malam
Biasanya dear balik sebelum maghrib, jadi selepas maghrib kami bersiap-siap untuk makan malam. Kami memang sentiasa makan awal sejak ada anak ni. Sudah terbiasa pula. Lagi pun lepas makan boleh rehat-rehat tonton tv, main atau pun melayan kerenah anak-anak. Pukul 9.00 atau 9.30 malam kami sudah masuk tidur kalau tiada aktiviti.

Anak-anak tidur terkadang kami suami isteri pun tertidur sama. Sebelum tidurkan anak-anak aku hidupkan mesin untuk basuk uniform kerja dear. Jadi  kalau tertidur pun tak rugi sebab kain dah siap di basuh. Kadang-kadang kami bangun tonton tv lagi tak pun kami suami isteri bual-bual kosong...ini la masa nak bercerita perkembangan anak-anak selepas seharian melayan mereka.

Mesti ada orang kata bosan duduk rumah jaga anak, tapi setakat ini aku tak menyesal dengan keputusan yang sudah aku ambil. Lebih baik melayan kerenah anak-anak di rumah dari melayan peel bos yang menggila setiap hari.

 

Tuesday, February 26

Perihal Jiran

Assalam...

Tengahari tadi hujan, masa nak solat terpandang kain yang masih tersidai di ampaian jiran sebelah rumah. Haih....hujan sudah lebat, akak ipar nak tolong angkat kakinya sedang sakit. Mau atau tak tengok sajalah kain yang sudah pun basah disiram hujan.

Ini akibatnya kalau tidak bermesra dengan jiran. Kalau aku tahu dia keluar aku tolong ambilkan juga kainnya tu tapi kata akak ipar mereka keluar masa tu cuaca pun memang dah mendung. Kalau ikut kata akal aku kenapa tidak ambil kain kemudianbaru keluar....haih...atau pun mungkin mereka mahu keluar sebentar je kot.

Sekurang-kurangnya sejak aku duduk rumah ni  memang kami langsung tidak bertegur sapa, jangan kata tegur sapa...nak senyum kalau terserempak bila menjemur kain pun tidak. Aku pernah juga  2 3 kali senyum-senyum tapi bila dah tiada balasan yang baik lebih baik aku buat tak tau. Kalau jiran-jiran yang lain semua ok, senyum je bukannya nak berlari sampai keluarkan peluh pun susah ke? adat la tu kan...manusia ni mana ada yang sama hatinya.

Bukan tak pernah nak tolong kejutkan jiran ambil kain bila hujan, pernah juga aku ambilkan kain mereka bila mereka keluar. Terpulang sama ada aku bawa masuk rumah atau pun letakkan ditempat yang tidak terkena hujan. Mudah bila mereka balik nanti. Senang hati tak perlu risau baju basah di rumah.

Lagipun mereka ni dengar kata memang jenis yang tak banyak cakap.Eh...tak  kan dengan jiran dekat rumah pun tak cakap? tapi ini hakikatnya....pelik/terkejut mula-mula sebab tak sangka terjumpa dengan orang yang perangainya begini. Bukan setakat suami tapi dengan isterinya sekali.

Jauh terlintas dalam hati nak mengata mereka, tapi kasihan dengan mereka. Hampir semua orang tidak sukakan perangai mereka.

Paling ketara bila sampah di tempat letak kereta dibuang begitu saja. Kawasan tempat letak kereta sebelah kanan kereta abang ipar dan aku sebelah kiri. Hampir setiap minggu pasti ada sampah tak kira tisu atau pun kertas suratkhabar lama. Kalau aku rajin aku tolong lah bersihkan/kutipkan tapi bukan selalu...kalau dah nampak semak sangat dimata aku ni.



Kesimpulannya la kan, kalau berjiran silalah rajin-rajinkan senyum sesama kita. Bukan susah sangat kan. Sekurang-kurannya kalau tak mahu bertegur sapa, cukup lah sekadar senyum je. :)


 

Sunday, February 24

Pecah Masuk Sekali Lagi

Assalam...

Ha....tak tahu kenapa berlaku sekali lagi dan yang paling menyedihkan kali ini habuan yang mereka dapat agak lumayan juga. Haih....penat bekerja siang malam mencari rezeki mereka dengan mudah terus ambil.

Yup...masa dapat panggilan dari mak tengahari Ahad lepas rasa macam nak tunggu sekejap lagi akan aku call semula sebab aku sibuk nak masak dan kejar masa nak keluar dengan  kakak ipar dan anak buah. Tapi entah kenapa berat hati terus buat call tu. Terkejut sangat bila mak  kata ada berita baik yang mak nak bagitau. Rupanya rumah mak dipecah masuk sekali lagi. Syukur semua yang ada di rumah malam itu selamat dan tidak diapa-apakan.

Kebetulan malam tu abang dari Bukit Beruntung balik kampung sebab mahu pergi majlis jemputan kahwin kenalan mereka di Lahat. Mereka sampai hampir tengah malam dan kejadian dijangka berlaku lingkungan pukul 1.00 pagi hingga pukul 4 pagi. Syukur tiada siapa diganggu cuma kehilangan duit sahaja.

Abang perasa bila mereka sudah mahu bergerak ke rumah pengantin. Kononnya mahu masukkan duit untuk hadiah pada pengantin nanti. Haih.....terkejut sangat mak bila dapat tahu ada duit yang hilang. Mujur HP masing-masing bawa tidur sama kalau tidak memang hilang sama.

Bila pusing-pusing satu rumah mak dapat jumpa pintu utama atas tidak berkunci seperti biasa. Aduhai.....disini mereka masuk pula. Maksudnya masuk kali pertama beberapa bulan lepas mereka sempat mencari beberapa jalan masuk lagi rupanya.

Sangat licik kan, tapi itu cara mereka mencari rezeki. Dengan cara yang sangat-sangat dibenci orang ramai. Mereka tu aku tak tau siapa....berkemungkinan besar orang kampung aku juga.

Kebanyakan jiran yang dipecah masuk rumah adalah mereka yang keseorangan macam mak aku, atau tiada lelaki dirumah ketika itu. Rumah yang ada suami/lelaki mereka tidak jejak masuk. Yes...sebelum ni masa arwah ada memang tidak pernah lagi mengalami pecah masuk ni.

Sekarang tidur malam mak sangat membimbangkan...kami di sini jauh, hanya mampu berdoa agar mak sentiasa selamat di lindungiNya. InsyaAllah kami adik beradik merancang yang terbaik buat keselamatan mak.
 

Friday, February 22

Potty Train - Hari ke 3 & 4

Assalam...

Semakin hari semakin banyak perubahannya. Manatidaknya lebih cepat Amar pandai dari tempoh yang kami jangkakan. Alhamdulillah...untu hari ke 3 dia terbuang air kecil sekali je...dan untuk hari ke 4 tiada lagi terbuang dan mahu buang air besar pun pandai bagitau nak berak.

Aku target mungkin akan ambil masa seminggu dua untuk dia membiasakan diri buang air kecil dan besar dalam bilik air tapi tahu-tahu lebih awal dari jangkaan.

Rasanya mungkin sebab dia suka main air, ha.....bila rasa nak terkencing aku terus ajak dia lari masuk bilik air main air. Hehe...maunya tak seronok! Lagi satu mungkin selesa bila pakai seluar kecil dari diapers. Petang semalam tidur aku pakaikan diaper masih bersih, tak kencing....mungkin selepas ini aku mahu latih  tidur siang tanpa diapers pula.



 

Gelegat Mereka.

Assalam...

Boleh dikatakan sepanjang hari semalam hujan turun mencurah-curah. Tak lebat sangat cuma renyai-renyai dari pagi sampai ke malam. Kain yang dibasuh pun tak kering langsung. Hari ini nak tak nak perlu la jemur lagi. Mujur tak kerja boleh la kerjakan kain-kain ni semua.

Petang terasa lapar lagi walau pun dah  makan nasi tengaharinya. Makan tengahari pukul 12.00 pukul 3 petang tentu dah terasa lapar semula. Tengok apa yang ada dalam peti sejuk....jadi ini saja hasilnya, masak jemput-jemput cendawan. Senang cerita, bancuhan tanpa cili biar anak-anak boleh makan sama.


Sementara siapkan bahan anak-anak aku biarkan mereka makan kuey tiew goreng paginya. Eh....syukur Amar nak suapkan Ashraf makan sama. Terasa sangat comel gelagat mereka berdua ni.


Harap-harap Amar sentiasa menjadi pelindung buat adiknya kelak. :)