Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, April 7

3 : Check up Minggu Ke 36

Assalam...

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 36 minggu ni. Ha...seram dah mula ada ni ye la walaupun ini kali ke 3 tapi tetap juga seram. Dear pun aku siap ingatkan kalau tiba-tiba aku minta balik tu balik je la. Hehe...

Alhamdulillah setakat ini baby membesar dengan sempurnanya, dan sudah mencecah 3kg. Ini buat aku seram sebab aku takut makin membesar dengan jayanya pula nanti. Haih...pape pun ini perancangan yang Allah dah aturkan untuk aku kan. Terima je apa pun yang di berikanNya.

Hari Rabu lepas cek up di Barakah dan sepatutnya ke klinik desa tapi aku tak pergi klinik desa pun. Cuma pergi Barakah sahaja. Sebab sudah masuk 36 minggu ni mesti jenguk klinik desa setiap minggu. Tak kuasa aku nak minta bos keluar awal je tiap minggu. Bos pun kalau boleh tak mahu bagi sebab kerja memang dah berlonggok-longgok menunggu.

Jadi sekarang memang tak nak jejak kaki ke klinik desa lagi, menunggu tiba masa bersalin dan cek up last dengan Dr. Khiriah pada 27 april nanti. Harap-harap semuanya berjalan lancar walaupun berkemungkinan tiada peluang baby keluar disambut oleh dia. Hehe...dia bercuti seminggu masa due.

Saturday, April 5

Bila Air Dicatu

Assalam...

Semenjak masuk bulan Mac lepas kawasan Jalan Kebun terlibat untuk program catuan air oleh pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor. Nak buat macam mana, merungut pada siapa....siapa yang mahu dengar rungutan kami ni? jadi terpaksa bersabar je la.

Sepanjang Mac masih boleh bersabar lagi mana tidaknya air mati dan hidup semula boleh kata ikut jadual tapi bila masuk April ni mula jadi tak menentu. Tak tahu kenapa sampaikan air tangki bilik air dan semua air simpanan dalam tong, baldi dan segala jenis bekas yang boleh simpan air pun habis digunakan...bukan setakat rumah aku je termasuk rumah kakak ipar sebelah rumah pun sama.

Haha....bila musim air dicatu ni semua jadi malas nak memasak, makan pun siap guna pinggan pakai buang...melampau bunyinya kan tapi tak sanggup nak biarkan pinggan disinki selama lebih 2 hari. Bak kata akak ipar kalau ada kuali pakai buang memang dia beli punya, nampak sangat ketara jadinya bila tiada air.

Rumah aku setakat ini bil air bukan tinggi mana pun, paling tinggi RM3.00 je tak pun percuma. Bayar RM 3.00 tu pun sebab anak-anak jiran rajin guna paip rumah aku untuk basuk kaki atau tangan lepas main. Biarlah lagipun bukan ketara sangat beza bil kami. Tapi terpaksa jadi mangsa catuan air juga.

Paling tak boleh tahan sejak masuk april ni hampir setiap hari hujan turun dengan lebat. Seronok tak terkata ye la mesti lepas ni mesti tiada lagi catuan air ni tapi meleset sebab sambung juga sampai hujung april...uwa......penat sangat tau nak jimat air yang memang dah boleh dikatakan tersangat jimat cermat.

Sebab apa aku kata jimat? sejak dear kerja jauh mana ada aku masak setiap hari, baju basuh sekali atau 2 hari sekali je. Nak kata rajin siram longkang pun tak de maknanya, basuh kereta lagi la jauh sekali. Siram pokok? ish...tak de pokok kat rumah yang aku nak siram.

Paling sakit hati bila Amar atau Ashraf terkencing, mak aiiii seksa bila nak basuh cadar ngan baju derang yang hancing tu.

Kakak ipar siap minta anak-anak dia kencing dalam mangkuk tandas dan akan siram selepas beberapa kali derang buang air kencing. Huhu...terpaksa la buat macam ni kalau tak memang cepat habis air.

Aku pula sekarang dah mula kerap ulang alik ke tandas tapi apa boleh buat pergi juga la, takkan nak tahan pula.

Apa pun tersangat mengharapkan catuan air ni dihentikan sebab bagi aku lebih banyak menyusahkan lagi memudahkan. Tak pasti mengapa masih disambung sedangkan hujan turun semakin kerap dan lebat. Semoga Allah membantu aku dan orang lain bersabar menghadapi ujian ini.


Friday, March 28

Bingka Labu

Assalam...

Ini entry entah beberapa minggu lepas sudah aku letakkan gambar. Terlupa saja nak taipkan kisahnya dan resepi nya. Huhu...dasar orang yang terlalu sibuk sekarang ni kan. Konon nye la sibuk sangat padahal malam-malam pukul 10.00 malam dah tidur.

Akan datang kalau duduk rumah mesti nak cuba buat semuanya. Dah bersepah-sepah resepi aku ambil mana tidaknya tak cukup dari internet aku siap beli majalah rasa lagi ye. Hehehe... ok kuih bingka ni aku buat sebab beli sebiji besar labu dari econsave. Ingat nak buat masak lemak je tapi last-last fikir teringin nak cuba resepi lain buat bingka labu. Sedap juga, dear dan anak-anak bukan nak makan sangat jadi aku seorang je la yang makan. Nanti kalau balik kampung nak masakkan untuk mak, nak mak komen plak...


Suka kerak-keraknya, tapi entah kenapa 2 kali masak keraknya tak tebal...geram tul!


Ini piring kopi tau, bukan pinggan makan nasi jadi kuihnya memang comel.

Bahan-bahan
Labu (di kukus dan di lenyek)
Gula
Santan pekat
tepung gandum
Garam
Air
5 biji telur (kali ke 2 guna 4 biji telur pun dah cukup)

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan kecuali labu yang sudah di lenyek.
2. Masukkan labu dan gaul rata.
3. Tuang dalam acuan dan bakar.
(aku bakar dalam loyang di atas dapur gas. Lambat sikit, tapi kerat dapat lebih dari bakar dalam oven. Hehe...)

 

Saturday, March 22

Kenduri Tahlil Arwah Adam

Assalam...

Alhamdulillah hampir sebulan lalu kami sekeluarga berkesempatan mengadakan majlis bacaan Yassin buat Arwah anak saudara dear yang  meninggal setahun yang lalu...


Aku tak tolong apa pun makanan semua kakak ipar tempah dari orang lain tinggal bungkus masukkan air, dadih dan juga sedikit kuih muih. Tapi sayangnya baki yang dibawa balik malam tu memang banyak sebab ramai ahli surau balik selepas solat maghrib.

Sayang betul dengan makanan yang berlebihan tu.

Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang beriman, insyallah kerana arwah seorang anak OKU yang tersangat tampan dipandang.(Al-Fatihah)


Thursday, March 13

Bila Ada 2 Anak Lelaki

Assalam...

Wehu....bila tengok ragam anak-anak ni memang sakit hati pun ada, bayangkan balik kerja penat-penat terus minta bukakan tv saluran kartun. Amboi...tak menyempat nak letak bawang terus minta buat itu ini plak dah. Bila dah bukakan tv memang melekat kat situ la budak berdua ni. Lagi-lagi kalau kartun ultraman, ryukendo dan yang seangkatan memang kusyuk tengok.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku selalu bagitau pukul 8.00 malam masa mama tengok tv jadi mereka tak boleh bising, tapi sesekali terlajak juga derang ni tengok tv bila aku sibuk dalam bilik buat kerja atau pun mengaji selepas solat magrib.


Kalau sedang mood baik memang boleh geng, tapi bila mood nak gaduh tiba memang sakit hati tengok. Sekejap-sekejap ada je yang mengadu tak pun menangis. Adoi la...



Ini mainan yang tinggal, kebanyakkan lori besar ada yang masih elok aku simpan, yang mana tercabut tayar ke patah ke semua aku buang. Tak menahan sakit mata tengok mainan ni bersepah-sepah 1 rumah.

Mula berangan nak kemaskan bilik belakang untuk buat bilik mereka tidur waktu siang dan jadi bilik mainan jadi tak melibatkan ruang tamu ni tapi tu la tak kuat semangat nak kemaskan barang yang banyak.

Biarpun mereka sepahkan tetapi bila masa aku minta derang kemaskan mesti kemas, yang selalu jadi mangsa Amar la sebab Ashraf pandai bagi alasan nak elakkan diri dari kutip satu persatu mainan...hmm...kecik-kecik dah pandai nak mengelat.

Nanti bila ada adik tak tahu la macam mana nak buat, mungkin bersepah juga.