Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, December 8

Bila Musim Tengkujuh

Assalam...

Kecoh sana sini banjir, sana sini air naik dan paling teruk tiada bekalan letik dan juga bekalan air. Haih....macam mana pula ni ek, takkan nak mandi, nak bersihkan najis guna air banjir  pula kot. Tapi itu hakikat yang mungkin sesetengah tempat alami. Syukur aku di Shah Alam ni tak dilanda banjir, walau pun boleh kata hampir setiap hari sepanjang minggu hujan.

Paling kesian negeri Pahang, Johor, Terengganu dan juga Kelantan sedang mengalami banjir teruk. Ini gambar yang aku ambil dari FB. Semoga semua yang diduga tabah menghadapi dugaan ni. Harta dunia cuma pinjaman semata-mata.




Rumah aku sejak dear balik ni memang sentiasa ada banyak baju. Maklum saja dear jenis suka tukar-tukar baju. Baju pakai di rumah lain, baju nak keluar lain...ish...yang membasuh senang tapi hal menjemur dengan keadaan cuaca hujan memang bercinta aku rasa.

Nak jemur luar rumah tapi jiran dan rembat ampai aku, alahai ampai tu aku minta dear buatkan di bawah bumbung tempat kami jemur kain. Jadi kalau hujan memang kami jemur kat situ. Tapi  faham-faham je la kan, keluarga jiran aku ramai orang sebab anaknya je dah 5...jadi mesti makan ruang. Takkan nak jemur dalam rumah je kot. Ish...tak pe la kalau tumpang kan.

Cuma kadang-kadang bila hari cuti aku pun nak juga jemur kain di luar, takkan hari-hari baju sidai dalam rumah je kan. Tapi sayang bila tengok dia dah tumpang siap-siap, tak minta izin tu aku tak kisah cuma kalau jemur tu boleh makan hari pula. Kalau sehari tak pe ni sampai 2 3 hari...jadi memang tak de peluang untuk aku jemur kat situ. Huhu...aku redha kiranya dia buat siapa cepat dia dapat.

Jalan mudah memang setiap kali mesin basuh penuh aku basuh kain tu, jemur dalam rumah je senang tak perlu nak bersakit hati, bersalah sangka pula kan. Hehe...

Mana kain yang dah kering angkat tapi mana yang masih lembab tinggalkan je dulu. Esoknya kalau nak jemur lagi yang lain aku pilih-pilih lagi. Ha...tapi bukannya sehari 2 kali aku basuh kain, kalau malam dah basuh paling cepat akan basuh lagi mungkin selepas tengahari atau petang. Aku jadi rimas pula nak kumpul kain banyak-banyak tunggu masa basuk sehari sekali. Haih....memang kami dalam rumah ni tak ramai jadi buat macam tu memang tak patut. Eh...kalau ramai lagi tak patut.

Saturday, December 7

Kepulangan Yang Dinanti

Assalam...

Ahad lepas memang teringin rasa nak pergi ke Jerantut sana tapi mujur dear melarang dengan cara baik. Hehe...bukan apa nak juga tengok suasana kampung sebab tengok dalam gambar tak puas kan.

Kata dear memang kampung sangat cuma ramai juga orang asing tinggal menyewa di sana sebab mencari rezeki sebagai pemungut buah kelapa sawit. Gaji sebagai pemungut pun boleh tahan juga tau, jangan pandang rendah ye. 1 tan sawit yang di petik akan dapat RM40.00 seorang. Pernah kata dear 1 hari mereka dapat petik sehingga berbelas tan sehari. Wah....memang kaya mereka tu kan, walaupun mereka orang asing tapi hasil pendapatan memang dihantar setiap bulan atau selang sebulan pada keluarga di seberang.

Itu kisah mengenai penduduk kampung dan kebanyakkan kawan-kawan kerja dear pun anak jati kampung tu juga. Haih...senang kan tak perlu merantau jauh mencari rezeki. Tapi adatlah bila jiwa masih muda dan masih belum ada tanggungan memang selalu curi tulang. Duit yang dapat pun memang cepat habis dengan bermacam-macam belanja yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah dear selamat balik bersama kami bertiga semula  ahad lepas. Dear balik naik bas sebab tak sanggup nak tunggu bosnya datang ambil. Dear memang tak bawa kereta lagi pun kalau dear bawa kereta aku pula macam mana kan....huhu

Alang-alang dear tiba tengahari jadi aku terus ajak dear pergi makan  sizling di Giant Stadium. Sangat biasa dengan Giant ni sebab dulu masa belajar di poli tiap-tiap minggu mesti jejak kaki ke sana. Sekarang selalu jejak kaki ke Giant Bukit Kemuning. :p

Ramainya orang mujur dapat juga tempat duduk, kami makan sizzling dan nasi ayam. Cukup buat kami berempat kenyang. Yang penting kami dah berempat semula. Tapi tak tahu untuk berapa lama, harap-harap selepas ni dear tak kerja jauh-jauh lagi.

Friday, December 6

Prosedur Buka Buku Rekod Di Klinik Desa/Kerajaan

Assalam...

Teringat masa pergi klinik desa baru-baru ni, terjumpa junior tempat kerja lama. Aura pengantin baru lagi tu tapi dah terima rezeki sepantas kilat. Hehe...bunting pelamin kata orang. Muda lagi pula tu dalam awal 20an kalau tak silap, tak pe dapat anak awal senang nak jaga kan, nanti dah besar anak macam adik je kan. Sama kes macam bos aku, kahwin awal 20an sekarang umur belum cecah 40 tahun anak dah SPM tahun ni. Huhu....syoknya la kan.

Cuma kesian tengok bila tertanya-tanya macam mana prosedur nak buka buku tu. Aih...kesian kan tapi ini hakikat orang yang pertama kali mengandung dan mahu buat buku rekod di klinik kerajaan.

Ini berdasarkan pengalaman aku je dan tak tahu lain tempat lain prosedurnya pula ek. Aku pernah buat buku rekod di klinik desa Jalan Kebun, Shah Alam tempat lain aku tak pasti sama atau tidak.

1. Masukkan kad pengenalan dalam bakul yang disediakan sebab di sini nombor akan diberikan  oleh jururawat kemudian nanti. Bukan sendiri tekan mesin nombor tu ek.

2. Jururawat akan berikan nombor giliran dan minta pergi buang air kencing dalam botol...hehe...sebab nanti dia akan cek air kencing tu. Kalau klinik jalan desa yang aku pergi ni sila kencing dalam botol yang sama nombor dengan giliran yang kita dapat.

3. Menunggu giliran tiba adalah sangat lama, ada kala Dr. gigi datang dan dia akan cek gigi kita untuk rekod dia. Tau je la kan, masa mengandung ni selalu ada kes kekurangan kalsium jadi penting juga untuk penjagaan gigi yang sempurna semasa mengandung. Sila jangan pandang rendah sebab ada kawan tempat kerja cerita kawan dia terpaksa cabut semua gigi bawah sebab alami kerosakkan semasa mengandung. Kesian sangat sebab umur baru cecah 40an.

4. Kemudian jururawat akan panggil untuk ambil darah. Jadi sila ke makmal untuk proses ambil darah ni. Tak sakit pun, dia ambil 1 tiub kecil je dan biasanya ambil dari lengan tak kisah kiri atau kanan.

5. Jururawat akan panggil untuk sesi soal jawab. Ha...masa ni mereka akan tanya macam mana tau mengandung, tarikh haid terakhir adalah sangat penting sebab memudahkan mereka untuk tentukan tarikh bersalin kelak. Kalau pernah scan di klinik luar boleh bagi mereka sekali.

6. Jururawat akan periksa perut, ketinggian dan berat pun diambil kira. Berat memang sentiasa dipantau, kalau naik sikit tak apa tapi kalau banyak memang mereka bising-bising.

7. Berjumpa Dr., biasanya Dr. sekadar melihat keadaan ibu mengandung sahaja.

8. Jururawat akan berikan vitamin dan juga tarikh untuk temujanji akan datang. Dia juga akan berikan tarikh untuk MGTT (minum air glucose).

9. 1 buku akan ditinggalkan di klinik dan akan  digunakan sepanjang tempoh mengandung dan 1 lagi buku akan diberikan pada ibu mengandung untuk rekod ibu sendiri. Jadi setiap kali datang klinik cuma perlu bawa buku tu saja hingga sampai saat bersalin. Jadi sangat penting buku itu dibawa ke mana sahaja bila usia kandungan sudah cecah 8 bulan ke atas.

Ok, ini berdasarkan pengalaman aku di tempat aku. Lain tempat aku tak pasti sama atau tidak sebab belum pernah buat buku rekod ditempat lain.

Sekadar panduan buat bakal ibu baru yang tertanya-tanya kan. Sebab aku dulu pun macam tu juga. Tapi  masa tu aku fikir tak payah pening-pening jadi sekadar follow the flow je kata orang. Nak tanya orang bukan nak cerita sangat kan, jadi sendiri lalui baru tahu.

Thursday, December 5

Pengalaman Buat Kali Ke 3

Assalam....

Sentiasa bersyukur walau pun rezeki memang tidak diminta, walau pun rezeki lain yang kami minta tapi dapat rezeki lain pula ok tetap diterima dengan hati terbuka dan tenang. Haih...tak teruja sangat macam kali pertama dulu cuma teruja sikit bila dear kerja jauh rezeki ini tiba-tiba muncul pula.

Hehe...rezeki apakah ini?

Cer teka....

Kalau dulu seawal kahwin memang teruja dan tidak sabar untuk dapatkan rezeki nan satu ni tapi bila dah ada 2 rasa teruja tu kurang memuncak, tambahan lagi baru masuk kerja jadi agak kelam kabut sikit jadinya. Tapi apa-apa pun rezeki yang Allah beri pasti ada keistimewaannya kan. Kata orang rezeki berganda.

Sudah hampir separuh perjalanan aku lalui, biarpun separuh perjalanan tu dengan ketiadaan dear disisi aku. Syukur Allah berikan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku hadapi semua ujianNya.

Menanti separuh lagi tempoh masa untuk bertemu rezeki yang baru. Doaku agar semuanya berjalan lancar nanti. Sama seperti kedatangan 2 rezeki yang lalu.

p/s: setakat ini sengal-sengal pinggang sangat membisakan pergerakan seharian, tapi kerja tetap kerja dan perjalan hidup harus diteruskan walaupun terkadang sakitnya hanya Allah je yang tahu.

Wednesday, December 4

WW - Mainan Lama

Assalam...



Rindu nak main, tapi kanak-kanak sekarang tak pernah nampak pun main mainan ni sekarang. Haih...zaman dah berubah.